8.10.14

Oh! My Sabah-Banjir & Jalan Retak

AssaLamualaikum
Petang-petang ni baru ada sedikit mood. Hehe! Itu pun mood sedih sebab kejadian banjir yang berlaku di Penampang, Sabah. Berlaku tiba-tiba sejak semalam, moga makin surut lah. Dah masuk TV3 juga semalam. Simpati pada semua mangsa. Moga tabah menghadapinya. 
Musibah melanda, datang tanpa diduga.
Banjir di Penampang. Macam tenggelam dah bandar ni :(
Sumber: Sabahan.FM
Ini pula gambar jalan retak disepanjang jalan Donggongon-Tambunan km 45.6km dari Kota Kinabalu. Jabatan Kerjaraya menasihatkan org ramai agar tidak melalui jalan tersebut kerana mengalami keretakan teruk dan jalan tersebut tidak selamat untuk dilalui.
Doakan agar Bumi Sabah sentiasa dalam lindungan-NYA ya!
WasSaLam^_^

18 comments:

  1. Moga diberi ketabahan kepada semua mangsa..akak tahu pon bila tengok tv semalam..

    ReplyDelete
  2. wsalam Atie, moga dipermudahkan urusan dan miga air surut cepat..

    ReplyDelete
  3. Nurul pun tengok dalam berita semalam... Harap air cepat surut...

    ReplyDelete
  4. kak dengar kat berita, sekolah ada yang tutup. mudah2an cepat surutnya...

    ReplyDelete
  5. Tengah musim dah hujung tahun ni kan...

    ReplyDelete
  6. scary tengok jalan retak...moga banjir cepat surut dan harap dipermudahkan semua urusan...

    ReplyDelete
  7. besar retaknya ... semoga keadan cepat kembali pulih ...

    ReplyDelete
  8. Atie, take care....

    ReplyDelete
  9. Allah hu akbar.. moga segala urusan mangsa yang terlibat dipermudahkan..

    ReplyDelete
  10. salam atie ..
    moga yg terlibat dgn banjir ni bersabar dgn ujian Allah swt ..

    ReplyDelete
  11. Memang teruk kan banjir kat penampang sabah...rancang nak ke Kota Kinabalu bulan ni tapi nak tengok juga keadaan...kalau masih macam ni mungkin terpaksa tunda...semoga keadaan cepat pulih seperti sedia kala...

    ReplyDelete
  12. waduh..teruk juak retak jalan nya ,Tie..

    ReplyDelete
  13. Anonymous3:55 pm

    bahaya juga tu, kalau ada kenderaan yg lalu kat situ kan.. moga banjir dah reda yer

    ReplyDelete
  14. Dah hampir seminggu hujan di kk ni atiey. Mana nda naik air sungai ..

    ReplyDelete
  15. Mlm Raya tu kat Muar hari tu pun hujan lebat betul....tp syukur tak banjir...

    ReplyDelete
  16. Dugaan ya.. moga orang yang terlibat ni tabah menghadapi dugaan yang ada. Moga lepas ni dijauhkan drp bencana

    ReplyDelete
  17. moga sentiasa dalam lindungan Allah amin amin

    teruk tu kak, jalan tu nampak sangat takut dah la jalan sempit huuuuu

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..