Thursday, 10 November 2016

Graduation Day Abang Pae

AssaLamualaikum. Graduation day si abang Pae dibuat pada 28/10/2016 (Jumaat) lalu. Dibuat di Ball room, Saujana Putera Lahad Datu. Oleh kerana dibuat pada hari bekerja, so Ibu pun ambil cuti untuk menemani si anak. En Kuling memang tak dapat balik cuti, jadi ibu dan abang Pae buat-buatlah tabah. Haha! sabar saja lah. Jangan mengeluh. Ibu kan ada walau yang lain datang dengan Ibu dan bapa. Acara dimulakan seawal jam 8.00pagi tapi kami dah sampai sana pukul 6.40pagi. Semangat gitu.
Gambar rasmi Graduation Day Abang Pae. Susah betul bila di suruh senyum secara semulajadi, inilah kejadiannya. Memang tak menjadi. Haha!

 Terima sijil dari Pegawai PPD daerah. Tahun lalu dapat nombor 2, tahun ini tiada nombor. Nampaknya kena usaha lagi ditahun-tahun mendatang.
Sebelum majlis bermula, aku suruh dia bergambar sendiri. Itupun kena paksa, siap protes bagi besar mata segala. Haha. Sibuk nak main dengan kengkawan.

Bersama teacher-teacher tersayang
Ini teacher Yen. Merangkap class mate aku masa sekolah. Jadi teacher abang Pae.
Gambar dengan Ibu. Babah tengok dari jauh. Nasib dia OK babah tiada.
MakCu Pae peneman setia. Pengganti en Kuling dihari graduasi si abang Pae. 
Teman bergaduh juga.
Pic bersama teacher Bella & teacher Zen. Teacher yang amat berdedikasi & baik hati. 
Pasti abang Pae rindu nanti :(
Sapu tangan Pink, cenderahati untuk ibu bapa
Berakhir lah sudah sesi persekolahan Tadika si abang Pae selama 2 tahun. Alhamdulillah, banyak perkembangan yang positif selama bersekolah. Moga terus maju di sekolah rendah nanti. Pasti cabaran lebih besar menanti. Jumpa lagi.

13 comments:

  1. Tahniah. Moga jadi ank yg soleh.
    Rasanya nanti ibunya yg rindukan tadika tu nanti. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Tahniah abang Pae..and selamat melangkah ke alam persekolahan tahun depan yer

    Insyallah jadi anak yang soleh

    ReplyDelete
  3. WAHHH cogrt abg pae.. Moga jadi anak y soleh

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...sekejap je Abg Pae dah tamat sekolah tadika..syukur...tahun hadapan bermulalah episod baru untuk Abg Pae...

    ReplyDelete
  5. Encem la abang Pae ni, muka abang2sangat even anak tunggal, ye atie? selamat melangkah ke alam persekolahan yang lebih mencabar ':)

    ReplyDelete
  6. tahniah abg pae πŸ™‚ moga terus sukses

    ReplyDelete
  7. Tahniah.
    Selamat menempuh alam persekolahan yang sebenarnya tahun depan.

    ReplyDelete
  8. Grad dh satu step. Nnt thun depan msuk skolah dh abg pae :) kak atie kne mmbeli blah la nmpknya hjung tahun ni

    ReplyDelete
  9. salam atie ..
    selamat tinggal dunia tadika ..
    persekolahan sebenar menanti dah dengan cabaran yg lebih besar

    ReplyDelete
  10. Yang gambar ramai ramai atas tu satu kelas ke Tie? Tak ramai ek?
    Alahhhhh tak ada no, tak pe Atie, baru tadika je punnn. Banyak jugak acara yg En Kuling missed ye Atie. Tak pelah, demi mencari sesuap nasi katanya. Insyaallah dihujung jalan sana nanti akan sinar bahagia....

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..