Wednesday, 30 April 2014

Tentang Felda Sahabat Resort

AssaLamualaikum
Entry lama. Baru rajin nak publish. hehe!
Untuk menjawab persoalan daripada Ummu Aidan Arissa.
Tempat kami bawa pae mandi kolam hari tu.
Soalan daripada Doktor :
Perjalanan ke Felda Sahabat Resort ni mengambil masa lebih kurang dalam 1 jam setengah dari Bandar Lahad Datu. Resort ni sebenarnya terletak di kawasan pantai. Tak berapa nak pandai nak explain lah tentang tempat ni. Tengok gambar je lah ya:
simpang ke Felda Sahabat Resort
kawasan pantai Felda Sahabat di sebelah petang
Gambar-gambar yang diabadikan masa Op Daulat 2013
Lobi menunggu
Kenangan OP Daulat
Untuk pengetahuan semua, disinilah pusat operasi media semasa peristiwa Tanduo 2013 lalu. Tempat ini menjadi tumpuan media dan orang-orang kenamaan pada masa itu. Cuma itulah sejak peristiwa Tanduo, kawasan pantai agak sunyi pada sebelah malam. Hanya anggota keselamatan yang dibenarkan berada dikawasan pantai. Peristiwa Tanduo memang meninggalkan kesan pada masyarakat setempat terutama masyarakat di Felda Sahabat.
WasSaLam^_^

24 comments:

  1. oh memang dekat dengan kes lahad datu hari tu kan..tengok pon sunyi je tempat ni..so kena berhati-hati jugak lah kan Atie..esp time malam

    ReplyDelete
  2. yelah risau kalau2 terjadi yang diluar kawalan lagi kan kak

    ReplyDelete
  3. kalo nak go for budget holiday, perhaps boleh tgl kat resort ne ye kan kak?

    ReplyDelete
  4. nampak best..
    sunyi sikit mungkin sebab peristiwa tu masih baru lagi atie..susah dorang nak lupakan..lagi2 ada nyawa yang terkorban..
    zee ada member dok felda sahabat ni..

    ReplyDelete
  5. Subhanallah... cantik nyer pantai tu...

    meninggalkan kesan wpon da setahun berlalu yer...

    ReplyDelete
  6. best tmpt ne... wajib dtg g sini kalo balik tmpt macik d sana... :)

    ReplyDelete
  7. Bestnya tmpt nie Atie..jauh plak nak smpai situ...kalau dekat dah lama smpai hihihi

    ReplyDelete
  8. Ok juga tempat ni Atiey tp kerisauan tu masih ada kan sejak peristiwa Tanduo tu :)

    ReplyDelete
  9. tq berkongsi, mmg menarik nampaknyer kat sini yer !

    ReplyDelete
  10. Oh... memang takutlah kalau nak beriadah waktu malam sebab kes yg lepas itu.
    Kakak tengok memang nampak menarik dan nyaman sangat.

    ReplyDelete
  11. salam atie..sori lambat dtg umah nie..:)
    kalau dengar felda biasanya org ingatkwsn pedalaman ngan aktivit pertanian gitukan..tak sangka felda nie cam resort gitu...hmmm mmg terkenang2 peristiwa tuh kalau sebut felda nie kan..

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum akk..lama x snggh blog akk.maaf akak..ni bru start sya berblogging blik.huhu..semoga akk dgn fmily sihat2 ya..aritu da jgk cik bg pg ops daulat ni kak.sebulan.duk tepi pntai la dia ckp.tq kongsi info kak ya..aritu sya dpt tgk gmbq pntai ja.hehe

    ReplyDelete
  13. Assalam..

    bakal suami anak sedara (insyaallah) pun orang LAhad Datu..kalau silap, rasanya dekat2 ni jugak kpg dia sbb dia pernah cite masa kes hari tu, family2 dia x bleh kuar umah..

    hrp Msia ni kekal aman selamanya..amin

    ReplyDelete
  14. As salam Atie.. nostalgia Felda sahabat. Semoga negara yang berdaulat ini senantiasa terpelihara. Aaminn

    ReplyDelete
  15. Salam Rabu, Atie..
    Ooo... kat sini tempatnya time peristiwa Lahad Datu thn lepas... nampak kawasan pantai tu sunyi waktu petang pun... :)

    ReplyDelete
  16. owh, banyak kesan tragedi tu pada felda sahabat rupanya… sama mcm UAA, ingatkan betul2 felda…ala-ala resort rupanya

    ReplyDelete
  17. kaka...kalau malam memang NDA d benarkan masuk p dalam tu...tapi memang selamat tempat tu sebab banyak polisco menjaga kan...

    ReplyDelete
  18. sbb satu peristiwa...impaknya amat besar...mesti cantik kawasan ni...

    ReplyDelete
  19. Owh! Dekat dengan tempat kejadian berdarah Lahad Datu tu ya...
    Tempat yang bakal menjadi sejarah negara...sejarah hitam yang pasti menjadi kenagan pahit mereka2 yang menjadi mangsa...

    ReplyDelete
  20. Tak dapat bayangkan sebab belum sampai Atie hehe...
    OK jugakkan Atie...tak ramai org lagi best kita puas nak berkuak lentang hehe

    ReplyDelete
  21. ok jugak tempat dia tu.. macam best je kan..

    ReplyDelete
  22. Ohhh..ok..ok...
    Terima kasih ya...

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..