Monday, 20 April 2015

Ibu..Pernah Buang abang Pa'e tak?

AssaLamualaikum
Bila selalu tertengok berita kes buang bayi di TV, abg Pa'e akan terdiam. Seolah-olah dia faham dan kasihan. Boleh tengok di wajahnya. Kalau dia tengah bermain, dia akan berhenti dan tengok. Selalu sangat keluar dari mulutku " ya Allah! kesiannya". Dia pun akan tanya " kenapa Ibu & babah dia buang dia Ibu". Erm kadang tak terjawab juga. Nak menerangkan kan tu agak susah.
Sembab! Muka serius saya:)
 Last-last aku plak yang ditanyanya " Ibu pernah buang Abg Pa'e tak masa baby". Adoi nak! soalanmu bah! haha! sekali aku jawab "pernah" berubah air muka dia tau. Siap sembunyi muka bawah bantal. Merajuk lah tu. Haha! Terpaksa expalain semula kat dia " Ibu sayang anak ibu, mana boleh buang". Barulah dia ok semula. Terfikir juga, anak-anak pun tahu fikir dah kan. Ya Allah! macam manalah orang tergamak untuk buang anak, sedangkan berjuta diluar sana yang mengharapkan kehadiran anak-anak kecil dalam hidup mereka. 
Muhasabah diri sendiri.
WasSaLam^_^

24 comments:

  1. Singgah pagi...
    kan..tapi itulah manusia kak...
    tidak pernah kenal erti bersyukur...
    Allah dah beri rezeki untuk mengandung 9 bulan..
    lahir kan anak..buang mcm buang sampah...
    sedih laaaa....kita yg nak sangat anak..Allah sedang menguji kesabaran..ketabahan untuk mengharunginya.....

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum
    selamat pagi
    singgah pagi :)
    sory hari ini anum bz skit..

    ReplyDelete
  3. Pa'e mesti seorang yang sensitif dan lembut jiwanya..mesti dia senang mesra dengan budak-budak lagi muda dari dia

    ReplyDelete
  4. biasalah bile hidup dah terdesak.biasa yg buang ni sebab anak tak sah taraf..ko dh sedap2, bila dh keluar baby tu pandai plak nk buang2....jenis manusia x pikir panjang...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum atie..

    lahai sian abg pa'e ibu menyakat dia ye..

    ReplyDelete
  6. penyayang abang paee ni atie..pandai dia sedih bila tengok baby dibuang

    ReplyDelete
  7. Dekat kg. kakak kan Atie ada perempuan gila selepas lahirkan baby tapi dia punya sayang mengalahkan anak-anak yg sebelumnya - kesian tau. Itu org gila pun tahu sayang. Yg buang anak tu tak tahu nak cakap. Mengalahlah org gila dan binatang kan..

    ReplyDelete
  8. Budak besar pae pun pandai brfikir kan, org yg buang ank tu dh xboleh fikir lgi agaknya,lagi lh bila dah ditinggl dek llaki durjana..
    Hiss geram pulak akak bila isu buang ank ni, sdgkn kakak nk dpt ank bukan main susah.

    ReplyDelete
  9. soalan maut terus dier tanya..
    bebudak kan atie, mungkin dier terpikir camtu..

    ReplyDelete
  10. alahai..sedihnyaa soalan dia..

    ReplyDelete
  11. bijak pae nih... pndai dia pikir sampai gitu sekali....

    ReplyDelete
  12. Sedih juga Pae tu bila atie kata "pernah".. maknanya Pae tahu kesian pada anak2 yg dibuang tu.. Jiwa penyayang Pae ni .. good boy

    ReplyDelete
  13. alahai soalan..
    rasa nak peluk budak ni.

    ReplyDelete
  14. HIHI..
    biasalah budak dia akn blajar drp keadaan sekeliling dia..
    asya pon pnh tanya camtu tau...

    ReplyDelete
  15. Salam .hee saperlar tak sayang anak, tapi ada mak kann, kannns ;p

    ReplyDelete
  16. kes buang bayi memang buat SB geram. sedapnya time buat pastu buang mcm buang sampah.

    ReplyDelete
  17. kucing pun tahu sayang anak ...

    anak2 sekarang bijaknya lain macam..kadang2 tak terjawab dek akal :-))

    ReplyDelete
  18. Hihi bijak abg pa'e tnya gitu.. tu lah budak2 skrg dh makin bijak ..bijak dr yg mbuang tu.. sedih btol klu kes ni dh mkin mjadi2..
    Sory atie lmbat terjah sini,tenet lmbab ge ciput dh haa

    ReplyDelete
  19. org tak fikir panjang tu sedangkan bila tua nanti , anak tu lah yg akan jadi peneman ...

    ReplyDelete
  20. Tergamak sebab terpaksa Atie.... Perhubungan yg tak halal menjadikan kita sanggup buat apa saja untuk mengelakkan malu

    ReplyDelete
  21. soalan abg pa'e tu huuuuu

    hurmm kadang bila perasaan takut dan malu dah makin banyak dalam diri. tambah faktor keliling lagi jadi lah kes macam ni huuuu

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..