Wednesday, 4 November 2015

Dinner di Astana Cafe, Tawau

AssaLamualaikum
Cerita masa balik ke Tawau weekend baru-baru ini. Oleh kerana kami balik petang Jumaat selepas kerja, so bila sampai dah malam. Perut pun lapar. Terus cari port untuk makan malam. MakCu si abang Pa'e suggest makan kat Astana Cafe. Kami ikut sahaja.
Nasi Lalap Tawindo. Ini pilihan aku, mak dan MakCu Pae. 
Memang sedap, ayamnya diperap dengan madu dan dibakar, 
terasa kemanisannya. 
Harga RM8
Suasana dalam Cafe, tenang. Penuh dengan barangan Chelsea. 
Mungkin pemiliknya peminat setia:)
Tengoklah tu Mak, En Kuling dan MakCu Pae. Muka lapar menunggu order sampai. Si abang Pae pula mood tak mahu makan datang lagi. Just order kan dia kentang goreng.
Senarai harga menu. Berpatutan dan puas hati makan. Service pun cepat!

Kami kalau pulang kampung, suka mencuba makan di tempat-tempat baru. Maklum kedai makan tumbuh bak cendawan tumbuh lepas hujan (ceh! berperibahasa lah pula). Haha! Lokasi Astana Cafe ni pun senang dicari. Bersebelahan Hotel Astana, Tawau sebaris Wisma Pelabuhan. Memang takkan sesat punya sebab terletak di kawasan bandar. Nak parking pun senang.
Alamat:
TB 4713 Lot 3 Grnd Floor Jln Dunlop (Tawau)
Tawao, Sabah, Malaysia
089-774 777

24 comments:

  1. makan ramai2 bersama famili tersayang dimana saja pun sedap atie...

    ReplyDelete
  2. Dah sebulan tak makan ramai2 cam ni..:'-))

    ReplyDelete
  3. Ayam tu sedap dan murah lah. Yummy

    ReplyDelete
  4. Kalau keluarga kakak kata lalap tu bermaksud ulam Atie
    Jadi nasi lalap tu umpama nasi ulamlah
    Sedapnyaaa:)

    ReplyDelete
  5. salam atie ..
    minggu lps klu tk salah aby ada Tawau Bike Week ..
    mesti banyak moto besar bertandang ke Tawau tu..
    ok la tu ..
    sesekali kena cuba makanan2 dari tempat2 yg eksklusif juga kan atie ..

    ReplyDelete
  6. tengok nama pun teruja. lalap tu apa maknanya atie...hee

    ReplyDelete
  7. Sedap lah plak. Apa maksud lalap tu?

    ReplyDelete
  8. murahnya set nasi tuh dhla ayam nya besar rm8 je sekali ngn nasi n ulam... kalu kt sini compom ayam tu je dh rm8 mau lebih lg...

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap laa.. kunjung balas.. saya follow #767

    ReplyDelete
  10. Murah nya atie..Kalau kat sini dengan ayam seketul besar camtu jangan harap ada Rm 8 .
    Hmmm,...boleh gitau x apa tu nasi lalap?

    ReplyDelete
  11. nasi lalap???
    hehhehe..rupanya mcm nasi ayam penyet pun ada kak atie..

    ReplyDelete
  12. Menggoda tengok ayam tu.. eerrr.. tapi apakan daya.. tengah diet.. bertabahlah wahai tekak.. hehehe..

    ReplyDelete
  13. sedap nampak menu tu, harga pun ok

    ReplyDelete
  14. sedapnya...lapar pulak tengok ayam tu

    ReplyDelete
  15. Mesti penyoking tegar chelsea nih. Hehe

    ReplyDelete
  16. Macam murah je Nasi Lalap Tawindo tu

    ReplyDelete
  17. kenapa murah yang amat ni..jauh beza sgt2 dgn harga kat sini

    ReplyDelete
  18. nasi lalap tawindo? first time dengar ... sekali pandang, ingat nasi ayam penyet :)

    ReplyDelete
  19. yes unik nama nasi tu.
    bila la aida berpeluang holiday ke sabah ni, atie...
    sabah best!

    ReplyDelete
  20. tengok gambo nampak sedaplah!
    okaylah kalau harga bersesuaian dengan rasa hidangan kan
    nama hidangan tu agak pelik dipendengaran =)

    ReplyDelete
  21. Yelah.. nampak mcm sedap je ayam tu Atie....berkilat gitu!! Teringin pulak dah...hihi...
    Ayam penyet ek

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..