Tuesday, 17 November 2015

Teringin sambung belajar..

AssaLamualaikum
Tengok kawan-kawan post di FB ada beberapa sahabat baik masa study dulu telah habiskan Master dengan jayanya. Ada beberapa orang juga yang sudah bergelar doktor falsafah. Alhamdulillah, tahniah sahabat-sahabatku sekalian. Aku tumpang berbangga dengan kejayaan kalian. Melihat dari jauh kejayaan korang, ada terdetik betapa kerdil nya aku. Teringin sambung belajar ni dah lama juga sebenarnya, dah pernah suarakan pada En Kuling. En Kuling amat menyokong sebenarnya, dia amat menggalakkan. Cuma aku sahaja yang kadang masih berbelah bahagi. Hihi!
Kenangan zaman study memang antara paling indah dalam hidup aku. Merantau jauh, menyeberang Laut China Selatan. Berkenalan dengan sahabat-sahabat dari pelbagai negeri. Memahami budaya mereka. Alangkah indah! (melalut pulak. Haha). Doakan moga masih ada ruang untuk terus menuntut ilmu demi memperbaiki diri. Rasa-rasanya kalau sambung belajar, otak masih berfungsi dengan baik tak?? Sel-sel otak masih berhubung tak? haha.
Jumpa Lagi..
*Tahniah juga buat sahabat blogger Dr Nurbijen yang telah berjaya menghabiskan pengajian dengan jayanya. Tumpang berbangga.

30 comments:

  1. All the best sis.. sambung jgn xsambung... kumpulkan kehendak, keinginan n kemahuan kerana dri sndri bnyk2..
    n congratulation untk y dah berjaya tu.. fifie pn teringin nk berjaya mcm mereka jgk! Doa kan! hihi :)

    ReplyDelete
  2. Teruskan cita2 utk sambung belajar tu Atie..
    Akak dulu sambung belajar dengan perut membuyut membawa si Nabil ke kelas..
    Kekadang memang kena ada semangat yg kental..

    ReplyDelete
  3. betul - tgk kwn2 sambung master/phd hati terusik juga kan..berbelah bahagi walau dapat greenlight..:)

    ReplyDelete
  4. saya pun teringin sangat, tapi tak sanggup tinggal Adam lama-lama. Dahlah weekdays pun malam je baru ada masa dengan dia. kalau sambung, weekend pun full. Tak sanggup,

    ReplyDelete
  5. Salam singgah hari ni bila masa sikit ni. In sha allah pasti ada jalan nyer !

    ReplyDelete
  6. Samalah..tp kekangan waktu tut membataskan... walaupun nak study part time..tkt masa dengan anak2 x ada plak nanti

    ReplyDelete
  7. teruskan hasrat atie tu...kuatkan semangat .,Insyallah dipermudahkan.

    ReplyDelete
  8. salam atie..
    niat yang terbit tuh jangan sia2kan...teruskan sahaja kerana masa berlalu dengan pantasnya...sekiranya kita lengahkan nanti tak tahu plak apa yg bakal berlaku dikehadapan hari...
    all the best

    ReplyDelete
  9. salam atie ...
    sokong 200% .. terus kan misal ada niat ..
    pengajian aby tamat minggu pertama december ni ..
    3 tahun, cepat masa berlalu kan ..

    ReplyDelete
  10. sama la kita.. teringin juga nak sambung, tapi berbelah bahagi.. suami sgt2 menggalakkan.. cuma ntah mampu ke tidak nk mengharung segala onak duri masa belajar.. hihi.. tambah pula dah berkeluarga..
    apa2 pun.. semoga atie terus bersemangat untuk sambung belajar.. :)

    ReplyDelete
  11. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. pasti boleh atie. anak pun dah besar right. bolehlah teruskan niat :)

    ReplyDelete
  12. Moga impian utk menyambung belajar tu akan jadi nyata :)

    ReplyDelete
  13. baguss tu..masih ada semangat dan minat utk sambung belajar...teruskan hasrat murni...

    ReplyDelete
  14. Saya pun teringin nak sambung lagi.. Tahu dulu, lepas amik ijazah, sambung terus master.. Dah bekerja, macam malas pun ade nak sambung belajar semula..

    ReplyDelete
  15. samalah atie. rasa mcm nak sambung bljr tp bile kenangkan assignment sume tu terus rasa tak sanggup.. Kalo stkt gi kelas je larat lg, hehehe

    ReplyDelete
  16. kalau ada niat teruskanlah atie...ada kemahuan ada usaha pasti jaya.

    ReplyDelete
  17. sambung je kak selagi ada mahu.. moga tercapai ya..

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum...Jika ditakdirkan ada peluang...cuba jer...sambung sahaja...Cik Abang Ok..lagi senang

    ReplyDelete
  19. Bila dah ada niat tu atie, jangan dipersiakan :)
    Akak bagi sokongan dari jauh :)

    Hehehe, tq Atie... Tak perasan pula ada nama terselit kat entry ni :)

    ReplyDelete
  20. akak ni dah tak bersemangat nak sambung belajar..hehehe

    Tapi kalau atie rasa masih boleh nak sambung belajar sambunglah,tentu seronok

    ReplyDelete
  21. sama la kak. teringin jugak. tapi bila fikir fikir fikir tambah dengan ekonomi sekarang ni hurmmm tatau la bila nak realisasikan impian yang satu ni

    ReplyDelete
  22. Bgus sgt..menuntut ilmu tak kira lmbat atau cpt
    Ada peluang jln jer

    ReplyDelete
  23. ruby teringin nak sambung ACCA..

    namun jika tertulis sebaliknya, redho.

    akak atie kalo ade peluang dan rezeki ..pergi je okeh!!!

    ReplyDelete
  24. Moga tercapai segala impian...pergilah sementara usia masih muda

    ReplyDelete
  25. Kalau rasa mampu apa salahnya Atie....belajarlah sampai kenegara cina...ececeh....hihi....

    Kalau mak ni disuruh belajar, harus failed memanjang haha

    ReplyDelete
  26. Haha.. sama dilema kita ni.. saya pun dah beberapa kali isi borang nk sambung master akhirnya tak pos. Ai.. berbelah bagi bila fikirkan masa dan anak2.. rasa hujubg minggu nak lepak saja je.. kalau belajar hujing minggu pasti sibuj dengan assignment.. sian pulak anak2.. maybe belum seru sebenarnya kot.. orang lain boleh je, kita pun kalau nak pasti boleh.. kan?

    ReplyDelete
  27. ramai juga my fren yang ada master dan phd ... tapi sikit pun tak ada niat sambung belajar ... untunglah kalau ada perasaan teringin, go atie go :)

    ReplyDelete
  28. teruskan usaha..belajar ni hingga ke hujung usia pun takkan habis

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..