12.5.14

Lepak Petang di Highway Tawau

AssaLamualaikum
Masih cerita balik kampung hari tu. Hihi! tak habis-habis. Hari pertama yang kami sampai tu, sebelum balik rumah sempatlah jalan-jalan dulu. Melepas gian nak makan Martabak Jawa dan minum air kelapa susu sambil menikmati pemandangan petang di tepi laut. Hehe!
Tengoklah gaya hero tu. Tak reti duk diam:)
Teman-teman. Tengoklah mata Pa'e tu, siap tutup lagi:)
Martabak & kelapa susu yang mables! nyum! Cecah martabak tu yang sedap!
Kawan pantai ditepi highway Tawau yang sudah di naik taraf. 
Zaman bercinta dengan babah Pa'e dulu tak cantik macam ni Hehe! 
sekarang dah diperindah dan lebih selamat untuk anak-anak kecil. 
Nyaman bila melihat laut.
Pemandangan dari atas kereta. Memang cantik!
Kawasan highway Tawau ni memang menjadi tumpuan orang ramai diwaktu petang. Terutama dihujung minggu. Ramai lah yang membawa anak-anak disini. Ada juga yang memancing. Kiranya tempat riadah juga lah bagi yang berkeluarga. Ada juga disediakan taman untuk kanak-kanak bermain. Masa pergi ni kami tak singgah ke taman permainan tu sebab penuh dengan orang ramai. 
Just bawa Pa'e ronda-ronda dan ambil angin petang.
WasSaLam^_^

25 comments:

  1. Pa'ee pandai posing, siap main tutup2 mata lagi..hahahahaa.

    ReplyDelete
  2. Singgah nak makan murtabak lah kiranya tu Atie.. best duduk tepi laut ni dengan angin bertiup tu.. lagi bertambah nyaman kan atie :)

    ReplyDelete
  3. memang cantik pemandang laut atie..tu yang seronok pa'e posing tu

    ReplyDelete
  4. wah cantik jugak pantai nie kan atie..bolehlahjenjalan petang2...nanti dtg posing lg yer bang pa'e ....heheh

    ReplyDelete
  5. Petang2 lepak tepi pantai mmg best kan Atiey.....nak2 lagi kalau ada kudapan cam tu.....:D

    ReplyDelete
  6. salam
    selamat pagi isnin
    singgah kejap minggu nie anum bz sangat2

    ReplyDelete
  7. cantiknya pemandangan... :)

    ReplyDelete
  8. Memang rasa damai jer tengok laut nikan Atie....indahnya ciptaan Allah Subhanallah...
    Alamak mertabak....lama tak makan! Cukup ke tu Atie....

    ReplyDelete
  9. cantiknya pemadangan. oh murtabak tu.. terliurnya.

    ReplyDelete
  10. Lupa pulak nak officially inform... Atie di tag yek...http://hainomokje.blogspot.com/2014/05/liebster-award.html...kalau nak join joinlah tak pun tak pe...

    ReplyDelete
  11. Dekat sana memang banyak pantai cantik Atie. Kakak selalu tengok kawan-kawan blogger paparkan. Tapi sekali pun kakak tak pernah sampai sana lagi..

    ReplyDelete
  12. nyaman je nengok lpk tp pantai tuh... nampak lain pulak murtabak ngn cicah kt sana... lenkali bg close up skit dik

    ReplyDelete
  13. part balik kampung memang best. maaf lama tak jengah yer ateiy

    ReplyDelete
  14. Anonymous12:54 pm

    aduhai seronok ambik angin2 pantai mcm ni !

    ReplyDelete
  15. apa isi murtabak jawa tu . teringin lak nka tahu . pemandangan yg sungguh indah dipandang .

    ReplyDelete
  16. teserlah muka suka pae sampai tutup2 mata hirup udara segar.hehe..murtabak sedapnya..rasa dh lamatak makan..yg air kelapa susu tu air kelapa campur susu ye..unik tu..selalu coconut shake je kan

    ReplyDelete
  17. amboiiii....mengimbau kembali ya kak..hihihu
    aduiiiii...sedap pula murtabak tu...

    ReplyDelete
  18. sukanya lepak lepak mcm ni tepi laut.
    akak, kelapa susu tu mcm mna erk?

    ReplyDelete
  19. Cantik port lepak ni...mesti best kalau stress2 bleh g lepak sini..,hihi
    Pergghhh!martabak tu sgt la menyelerakan....

    ReplyDelete
  20. pantai!bestnyaa..rindu kat pantai sangat-sangat..bestnya Atie dapat selalu ke pantai kan..boleh release tension..hehee

    ReplyDelete
  21. Ronda2 pn dh ok.

    ReplyDelete
  22. Bestnya lepak2 tengok pemandangan pantai camni...
    X pernah lagi nrl minum air kelapa susu... air kelapa campur susu ke?

    ReplyDelete
  23. lebih kurang sama dengan badan ajam yang kira pegi ritu jugak kak.

    ReplyDelete
  24. suka tengok pae pakai baju oren.. hehe..

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..