19.5.14

London Pusat ‘Selfie’ Dunia..

AssaLamualaikum
Tergelak juga bila baca berita ini di Metro. Haha! fenomena selfie dimana-mana. Menurut sini :

London: Bandar raya London kini bukan lagi dikenali sebagai antara kota paling sibuk dan besar, sebaliknya dianggap sebagai pusat “selfie” dunia.

Menurut analisis daripada pakar media sosial London menjadi bandar raya paling banyak menjadi latar untuk seseorang melakukan “selfie”.

Suggestme.com berkata, sebanyak 14 peratus “selfie” mencatatkan kawasan seperti London Eye, bangunan parlimen dan Istana Buckingham sebagai antara kawasan paling popular untuk aksi berkenaan.

Mengikuti London ialah bandar raya New York apabila Time Square dan patung Statue of Liberty menjadi pilihan utama pengamal “selfie.” Suggestme.com menganalisis 6.3 juta jumlah mesej dalam Twitter, Facebook , Instagram dan laman sosial lain sebelum membuat kesimpulan itu.

Tempat ketiga diduduki Amsterdam manakala Barcelona, Paris, Berlin, Rome, Sydney, Istanbul, dan Athens berada dalam kedudukan sepuluh tangga teratas. - Agensi
Foto
ORANG ramai mengambil gambar ‘selfie’ bersama Perdana Menteri Britain David Cameron di 
London.
Tengok tu, PM depa pun sporting selfie dengan orang ramai. Hehe! Agak-agak bila Malaysia nak duk di tangga negara yang rakyat nya suka berselfie?? Haha!
WasSaLam^_^

Related Posts:

  • Terima Kasih Yan... AssaLamualaikum Lama tak bersiaran. Hampir seminggu. Entahlah macam banyak plak urusan dua tiga hari kebelakangan ni. Tapi itulah, entah apa yang di… Read More
  • Perang Dalam Islam AssaLamualaikum Info. Cara peperangan pada zaman nabi. Bukan macam sekarang. Sana sini berbunuhan tanpa ihsan. Nyawa manusia bagai tiada nilai. Wani… Read More
  • Power Of Sedekah.. AssaLamualaikum KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA? Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuha… Read More
  • Si abang Pae-Bedak Sejuk AssaLamualaikum Tengok ni hah! Si abang Pae pakai sendiri bedak sejuk. Suka dia. Ambil bedak, letak air sikit lepas tu tengok cermin pakai. Hahaha! … Read More
  • Keselamatan Internet DiKalangan Kanak-Kanak 2014 AssaLamualaikum Sedarkah kita bahawa terkadang semua maklumat tentang diri & keluarga sebenarnya ‘didedahkan’ oleh kita sendiri menerusi lam… Read More

27 comments:

  1. hahahahhaa..tudia selfie..

    ReplyDelete
  2. Msia tak termasuk dlm senarai ker...hehehe...

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:01 pm

    hehehe KA Pulak x brp suka berselfie ni !

    ReplyDelete
  4. Dah jadi trend sekarang Atie.. orang semua ber selfie :)

    ReplyDelete
  5. dalam pesbuk kebanyakkan semua selfie. tapi rasa annoying bila hari2 selfie dgn gaya yang sama. tempat yg sama =.= (itu kira jela rasa)

    ReplyDelete
  6. Nak berjngkit dgn malaysia dh tu...

    ReplyDelete
  7. Salam Isnin, Atie...
    Waaa, London pusat selfie... cuma nrl kurang sikit selfie ni... :)

    ReplyDelete
  8. rajin selfie dgn anak beranak jer ;p

    ReplyDelete
  9. trend gitu tapi rasanyer dah lamapun orang buat cuma tak ketara.. bila duk sebut selfie selfie baruler jadi trend...

    ReplyDelete
  10. Anak2 saya mmg pandai selfie… Saya belum terjebak lagi… hihihi

    ReplyDelete
  11. rasanya rakyat malaysia berlambak jer yang berselfie, budak2 kecik pun dah pandai ha, cuma london tu ramai sangat tourist berselfie takleh lawan tourist ke malaysia jer lagi hihihi.

    ReplyDelete
  12. selfie dh wujud lama dh..skg ja ada nama baruuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  13. kalau terlampau ramai kena penyakit selfie ni ...macam tak boleh buat kerja lain pulak...leka...

    ReplyDelete
  14. curlass kn penangan selfie ni.ada monopod lagi le loghat.hahaha

    *mahal jga ye oat chocolate tu kat sabah..
    **tima kasih sis :)

    ReplyDelete
  15. tercari2 nama negara kita. tak de ya..
    kak anim tak pandai lagi. jap lagi berjangkitle tu..

    ReplyDelete
  16. Hiburkan diri.. ikut masinglah ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masing2.. cuma yg elok2 je lah ya selfie tu ;)

      Delete
  17. kalau noe g london...sah2 la nk berselfie gak...hehehe...virus selfie ni..

    ReplyDelete
  18. terjebak juga dengan selfie..hehehe

    # membalas kunjungan di sini ;)

    ReplyDelete
  19. selfie dah jadi trend kan pa'e ... hehehee

    ReplyDelete
  20. Tapi yang pasti PM kita,Sultan mana entah dan seorang lg tak ingat pun berselfie sudah... ternampak ni twitter. PM sendiri upload. Hahaha

    ReplyDelete
  21. Tak mustahil M'sia pun akan tersenarai sama Atie bila monopod kini dijual murah-murah di sana-sini..

    ReplyDelete
  22. alah kat malaysia nie selfie kang dah mula lama dulu..cuma orang tak guna perkataan selfie jer...sy dolu2 pun suka..skrang nie nak tengok muka kat cermin pun tak sempat...apatah lg nak berselefie...heheh

    ReplyDelete
  23. hahahaha..jgn kak atie...nnti susah la kalau rakyat gila selfie..hehe

    ReplyDelete
  24. Malaysia?.....hampir dah Atie....tengok ajelah Pa'e.... dlm blog ni separuh dah gambar Pa'e berselfie...kedua gambar mama....hehe

    ReplyDelete
  25. Agaknya semua orang kat sana tangkap gamabr setiap saat..habis dah rakyat mereka pon ramai kan..mesti tak pelik kalau nak selalu selfie..kat sini segan sikit..hehehee

    ReplyDelete
  26. So far x pernah berselfie la lagi

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..