Monday, 2 June 2014

Buku : Projek Anak Bijak & 501 Persoalan Fikah Wanita

AssaLamualaikum
Tentang buku lagi. Tapi belum habis baca dua-duanya pun. Penghabis masa dihujung minggu ku sambil melayan Pa'e tengok kartun. Oleh kerana  tiada peluang nak tengok TV, so baca lah buku daripada bosan sorang-sorang. Haha! Dua buku ni menunggu giliran untuk dihabiskan:
Harapnya dapat memberi ilmu pada aku yang daif ini. Diri yang kurang ilmu.

1. Projek Anak Luar Biasa : sesuai untuk para ibu bapa di zaman serba moden ini. Banyak persoalan tentang anak-anak yang dikupas. Menangani anak yang bermasalah dan pelbagai lagi.
2. 501 Persoalan Fikah Wanita : Mengupas segala jenis masalah wanita masa kini. Disediakan dalam bentuk soal jawab, so senang nak faham. Buku ini dah beberapa kali di ulang cetak, memang laris di pasaran. Tak rugi membeli.

*Aku sebenarnya dalam proses nak memupuk balik minat membaca yang dah lama aku tinggalkan. Sedikit demi sedikit membaca dan mula mengumpul koleksi buku semula. Moga minat ini akan terus bercambah dan harap akan di ikuti oleh budak tumpis sorang tu. Hehe!*
WasSALam^_^

22 comments:

  1. Selamat membaca Atie..
    Bagus kedua-dua buku tu Atie.. tak rugi kita menambah ilmu ni.. :)

    ReplyDelete
  2. Salam isnin atie, Linda ni pun kena pupuk balik ni semangat membaca...kikikiki

    ReplyDelete
  3. akak pun nk pi cari la buku tu.Mcm menarik.

    ReplyDelete
  4. salam atie..wah rajinnya baca buku..sy tak ingat bilakah kali terakhir menghabeskan sebuat buku..akhirnya bertahun tak tak baca..hehehe kene contohi atie nie...

    ReplyDelete
  5. Percayalah Atie, kalau tiap hari Atie membaca lama-lama Pa'e pun akan ikut suka membaca.
    Itu yg beli kita membeli satu buku dia pun nak satu buku.
    Tak apa belikan buku bergambar, melukis atau cara menulis

    ReplyDelete
  6. Mmg minat membaca juga Atiey... tp tu lah susah sangat nak cari masa terluang skg ni...

    ReplyDelete
  7. rajin sungguh baca buku berilmiah... lia ni, buku pasal Dr M tu, da 2 tahun beli, x bukak lagi... novel cepat jer abes... hurmmm kena ubah minda ni...

    ReplyDelete
  8. Saya da 3 buah buku tak hbis lagi... Tapi bertalaqi juga kt tv...

    ReplyDelete
  9. Husben akk mmg ada gout. Tp mb skt kaki smlm bukan sbb gout. Kalau tak bila dah ambik injection dah ok.

    ReplyDelete
  10. slmt membaca atie..
    nk pupuk jgk ni..hu

    ReplyDelete
  11. sy masih suka membaca tp tulah ksempatan tu xde...

    ReplyDelete
  12. membaca itu menambah ilmu . x kira lah membaca di mana ... kena mengalah dgn pa'ie yer . nak wat camna . dgn budak ni klu berebut pun tak ke mana . sudahnya yg besar gak kena mengalah .

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah...
    minat membaca ni memang bagus...terutama bacaan ilmiah...

    Apa lagi yang ada anak2 kecil...mereka akan terdorong sama apa bila sering diajak bersama membaca...

    ReplyDelete
  14. membaca jambatan ilmu..dari sekolah Atiey memang minat membacakan.. :) ..mesti Pa'e ikut mcm ibu dia juga..minat membaca.. ^^

    ReplyDelete
  15. dulu2 suka sangat baca buku yg cemni,
    skrg ni dah kurang..
    bkn tada masa, tapi duk menghabiskan masa dgn benda lain:)

    ReplyDelete
  16. kira dengan suami masing2 minat membaca dan rajin beli buku sampai kalau ada rumah sendiri boleh buat mini library kot. hihihi tapi sejak ada uwais xdan nak membaca ditariknya buku tue =.=

    ReplyDelete
  17. bagusnya atiey..selamat menambahkan ilmu

    ReplyDelete
  18. wahhh..gudluck kak atie..semoga minat membaca tu terus disemai..niesa pn dh lama tinggalkan minat membaca ni...

    ReplyDelete
  19. semoga minat membaca atie akan terus bertambah dan moga jadi ikutan pa'e

    ReplyDelete
  20. selamat membaca sis.
    bgus kan dua dua buku ni

    ReplyDelete
  21. Buku Fiqah wanita tu nampak mcm best jer Atie.....
    Okje ni bukan ulat buku Atie.....tp ulat blog hehe

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..