9.6.14

Tabung Haji Debit-i-Master Card

AssaLamualaikum
Berkongsi berita baik untuk pendeposit Tabung Haji. Kemudahan untuk semua.
Info dari Facebook Official Tabung Haji. Sesiapa yang berminat boleh lah memohon:
Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon Tabung Haji Debit-i Mastercard: 

1. Individu berumur 18 tahun ke atas.
2. Mempunyai akaun simpanan dengan TH.
3. Tiada keperluan pendapatan minima.
4. Deposit minima sebanyak RM205 di dalam akaun simpanan semasa permohonan Tabung Haji Debit-i Mastercard

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Center di talian 03 6207 1919 – THCC atau layari www.tabunghaji.gov.my. Moga memberi manfaat.
WasSALam^_^

22 comments:

  1. menarik juga nih ...

    ReplyDelete
  2. menarik..mudah nak kuarkan duit dari ATM. hehehehe

    ReplyDelete
  3. bila senang nak kuar duit, bahaya juga ati. kalau prosedur susah, selamat duit yg tersimpan nak p haji..heee

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing atie..:)

    ReplyDelete
  5. Tak sempat bukak akaun tabung haji ms nak dtg sini dulu..huhuhu..tompang akaun mak jer lah..:)

    ReplyDelete
  6. sgt bagus! aida da pun call tabung haji sebaik saje baca post ni :-)
    akan apply. utk kemudahan di kemudian hari in shaa Allah...
    tq for sharing this info.

    ReplyDelete
  7. wahhhh bestnya kak. kemudahan dia banyak tue

    ReplyDelete
  8. Wah, tabung haji pun dah ada debit card... menarik juga ni... :)

    ReplyDelete
  9. Macam menarik tapi tu lah nanti asyik kuar duit pulak.. dulu akak simpan kat situ sebab susah nak kuar jadi boleh lah menabung..

    ReplyDelete
  10. Bukan macam dah ni..memang menarik ni.

    ReplyDelete
  11. menarik. tapi takut tergoda asik nak kuarkan duitttt je hahaha

    ReplyDelete
  12. klu kros cam xnak je sbb takut2 tergatai tangan p jolok keluar duit. heheh

    ReplyDelete
  13. Thanks for the info atie.

    ReplyDelete
  14. akak tak de pun akaun TH ni. anak anak ada ler. ntah bila berkesempatan nak gi bukak account.

    ReplyDelete
  15. Terima kasih untuk info ni Atiey....tapi Mia rasa guna buku je lah buat masa ni...takut bila ada card, gatal jak tangan mo cucuk...hehehe

    ReplyDelete
  16. X mau la guna. Nanti cepat la habis duit tbg haji tu. Simpan utk pegi haji. Bukan utk sopink.

    ReplyDelete
  17. NANTI TAK PERGI HAJI LE.. SEBAB DAH BANYAK GUNA.. SENANG NAK KELUAR..

    ReplyDelete
  18. Herm..... dl ingt tabung haji mcm simpanan tetap sbb susah nak kuarkan duit, ada debit card ni, senang la pulak keluarkan duit ye..hukhuk..
    Tapi apapun menarik juga ^_^

    ReplyDelete
  19. tak da akun tabung haji.blh gtau cik abe dgn mak je la.thanks akak berkongsi

    ReplyDelete
  20. dh ada debit card ni senang laa nk kluarkan duit..haha..mak niesa suka simpan tabung haji sbb ssh nk kluarkan..hehe

    ReplyDelete
  21. Ini sudah bagus ni....
    Tapi masalahnya kang tak menyimpanlah OKje kalau cenggini, asyik keluar je hehe

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..