Thursday, 7 May 2015

BBQ opis - 2

Salam Petang Khamis semua.
Dulu pernah cerita tentang BBQ Opis kami. Terkadang kami tak plan, tetiba rasa nak buat BBQ dan makan-makan bersama sambil santai. Terus jak pergi beli barang then malamnya buat. Masing-masing diberi tugas supaya senang dan teratur. Kali ini kami buat pada 05/01/15 lalu (Haha! cerita terperam). Aku bawa sekali Budak Tumpis tu. Kami buat dikawasan lapang, padang tenis. Sukalah dia dapat jumpa kawan-kawan anak office mate.
Kami buat BBQ ni bermula lepas Maghrib dan habis lebih kurang pukul 10.00pm. Budak-budak lelaki yang tukang panggang. Kami ni tukang makan jak. Haha! Sambil makan ada juga yang berkaraoke. Masing-masing tunjuk bakat. Sesekali bolehlah makan-makan, santai dan release tension setelah seharian menghadap komputer.
WasSaLam^_^

26 comments:

  1. bestnya.lama dah buat bbq ni

    ReplyDelete
  2. BESTNYA SESEKALI BERKUMPUL DGN RAKAN2 SAMBIL BERBEQUE JAMU SELERA...MENGERATKN JUGA HUBUNGAN PRSHBATN...

    ReplyDelete
  3. betul tu atiey..sesekali makan2 sama kawan2 opis memang hilang sebentar rasa penat bekerja..:-))

    ReplyDelete
  4. Merapatkan ukhuwah sesama kakitangan dan famili tu Atie..
    karaoke tu ada hadiah ke..
    Tengok ada hamper tu..

    ReplyDelete
  5. wah best tu atie bbq wangi panggang segala macam tu buat tks sabar nak makan

    ReplyDelete
  6. Wah best bbq atie.. dah tbau bauan asap tu..eee

    ReplyDelete
  7. Bestnya makan bbq. Lagi-lagi bakor ayam atau kambing. Pehh... :)

    ReplyDelete
  8. Meriah...
    Kalau makan ramai2 memang best.

    ReplyDelete
  9. Hoho... bbq sedapp ba tuu.. hehe.. klu sudi kunjungi blog saya kak... heheh

    ReplyDelete
  10. bia semua bersatu hati , mudah je nak membuatnya ... ada hamper lagi u ...

    ReplyDelete
  11. seronok kan atie..bila sesekali dapat berkumpul santai macam ni

    ReplyDelete
  12. sesekali mcm ni mmg best ...

    ReplyDelete
  13. syok lah camni.... lagi2 kalu ramai2... seronok sgt lah...

    ReplyDelete
  14. seronok opis ada aktiviti camni..

    ReplyDelete
  15. Syiokk bbq sekali sekala ni Atie..

    ReplyDelete
  16. lama tak buat bbq...nampak sonok sgt ni...

    salam, tq drop by my blog n drop ur comment, saya follow sini terus...

    ReplyDelete
  17. Sedapnya sesekali layan bbq..

    ReplyDelete
  18. kekadang untung jadi orang perempuan... macam nilah. atau jadi orang tua macam saya... nanti depa mai hidang depan mata...

    ReplyDelete
  19. Bestlah macam ni. Sesekali dapat berkumpul. Borak-borak kosong, makan, makan dan makan. Kat office saya ni jaranglah buat macam ni. Kang lain pulak yang depa panggang!

    ReplyDelete
  20. unit akak semua sporting kan. boleh je masuk dengan kepala memasing

    ReplyDelete
  21. Assalam atie,
    bab2 panggang memanggang memang kojer laki yer dop he3

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..