16.7.13

::Hubungan Suami Isteri di Akhirat Kelak...

AssaLamualaikum
Syurga isteri ditapak kaki suami. 
Sebab itulah kalau boleh nak sehidup semati dengan suami hingga lah ditemukan semula diakhirat. 
Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami Dan Isteri Di Akhirat Kelak?
1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. 
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki dikalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia. 

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya. 
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga. 

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga. 
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan dikahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga. 

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. 
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga. 

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. 
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini didunia sekiranya suaminya masuk syurga. 

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya. 
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.'
Sumber : SINI    
WasSaLam^_^

Related Posts:

  • Tidur... Zzzz Assalamualaikum. Moga semua sihat-sihat hari ini. Semalam tidur cukup tak? hehe! atau ada yang mengalami gangguan tidur? Tidur yang cukup dan berkual… Read More
  • Berdekatan semula... Assalamualaikum. Masa Ramadhan hari tu, memang betul-betul menggembirakan sebab En Kuling dapat transfer balik ke Lahad Datu. Mau tak gembira, dah 2 … Read More
  • Ada yang RINDU abg Pae tak?? AssaLamualaikum. Ada yang rindu abang Pae tak?? haha! perasan lah ko Pae ramai peminat. Last update beberapa bulan lalu, rasanya my bujang tu masih T… Read More
  • Cak..Cak... Assalamualaikum. Kelu jari jemari nak menaip ni hah! haha! berkurun menghilang, bertapa di gua. Kihkih! Masih adakah yang ingat?? Kalau lupa, apo na… Read More
  • Oh Durian RM70- 2 biji... AssaLamualaikum. Musim sekarang ni sana-sini orang post tentang durian. Yang kita ni pun teringin lah nak makan. Dah beberapa hari asyik dok cakap na… Read More

20 comments:

  1. point no.3 tu harus d bawa kepada suami... suapaya sama2 beramal...

    ReplyDelete
  2. Salam atie..bagusnya perkongsian nie..moga kita bersama2 ngan laling kita hinggalah diakhirah dan inshaallah disyurga nanti.:)

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing ^_^

    ReplyDelete
  4. Nice sharing...Thanx Atiey...moga kita dapat bersama orang tersayang till Jannah...

    ReplyDelete
  5. nice sharing...ayah ila pernah cerita pasal nie... =)

    ReplyDelete
  6. tq share atie..
    smoga suami isteri sma2 btemu di jannah..amin

    ReplyDelete
  7. MOga kita dapat masuk syurga bersama suami dan ahli keluarga kita kan Atie

    ReplyDelete
  8. Impian setiap kita mahu ke syurga bersama-sama ahli keluarga kita kan...

    ReplyDelete
  9. Anonymous12:49 pm

    Info yg sgt2 menarik ni !

    ReplyDelete
  10. info yg bagus....leh tnjuk kat para suami nih

    ReplyDelete
  11. Info yang sangat bagus atiey....memang menjadi impian kita semua masuk syurga bersama pasangan masing2 dan keluarga..

    ReplyDelete
  12. Dulu pernah dengar, janda yang kematian suami kalau boleh berkahwin lain. sebabnya, dosa yang dilakukannya di dunia masih tetap di tanggung si suami yang dah meninggal. bila dah kahwin lain maka suami terakhir tu la yang akan menanggung dosanya .

    nice info.

    ReplyDelete
  13. good sharing kak :)

    ReplyDelete
  14. Gud info..pengetahuan baru ni..

    ReplyDelete
  15. Nice info :) alhamdulillah

    ReplyDelete
  16. thanks for sharing sis..

    ReplyDelete
  17. tq share..kalo boleh di dunia dan akhirat pun ttp bersama..in shaa ALLAH

    ReplyDelete
  18. Semoga M Dan my Hubby kekal hingga ke syurga..Aaminn

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..