AssaLamualaikum
Aku sebenarnya confuse sebab salad buah yang selalu kami makan rupanya memang begini. Mungkin juga ada versi lain di Sabah ini. Itu aku tak pasti, sebab korang faham jak lah aku ni memang failed bab-bab masak dan segala menu bagai ni. Haha!
Tu yang aku pelik bila tengok komen dari kengkawan blogger ni. Ingatkan semua orang tau nak buat salad buah ni ( ataupun ala-ala salad). Haha! Kalau ikut memang senang nak buat, simple dan cepat. Aku memang lah suka buat, sebab Tumpis suka makan. Kira kesukaan dia juga. Sekadar nak share disini boleh lah, kot-kot ada kengkawan nak cuba jugak (ada ker?) :
Bahan-bahan: (semua main agak sendiri)
1. Makaroni (selalu aku guna San Remo)
2. Susu Creamer
3. Mayonis
4. Buah-buahan Tin (boleh juga guna buah segar-di potong dadu/hiris)
5.*Boleh tambah hirisan cheese chesdale bagi sesiapa yang suka (salad akan lemak berkrim)
Cara-Cara:
1. Rebus makaroni sampai korang rasa masak lah..hehe (dalam 7@8minit lah lebih kurang)
2. Bila dah masak, campurkan semua bahan susu, mayonis & buah-buahan tin. Masukkan juga sedikit air buah dari buahan tin tu, supaya sedikit cair. Kalau suka pekat tak perlulah tambah air. Ikut suka hati nak letak mayonis & susu tu sesedap rasa. Kalau suka manis, letak lebih lah. Kalau tak, tak perlu lah banyak susu. Gaul hingga sekata.
3. Sejukkan dalm peti ais. Bila dan sejuk, bolehlah makan:)
Gambar ulang tayang. Inilah hasilnya.
Selamat mencuba!
salam pagi rabu atie.....kakak pun trtanya2 juga knpa ada makaroni salad buah tu....ok juga atie bagi resepi boleh kakak cuba kelak....idea yg kreatif .
ReplyDeletewah menarik tertarik...mcm sodapp..
ReplyDeletenampak sedap nie
ReplyDeleteMenu baru bg saye... ^_~
ReplyDeleteTak pernah buat lagi...
Jadi makaroninya manislah ye Atie.
ReplyDeleteBudak mestilah suka ni:)
memang lain resepinya atie..boleh try ni..anak zee memang suka kalo spageti ke macaroni ni..makan kosong pon jadik dorang..
ReplyDeletesedap nya mesti anak saya suka ni... manis2,, boleh cuba ni thanks sis atie bg resepi :)
ReplyDeleteSelalu salad buah tida makaroni Atiey jadi yang ni kira resepi baru lah konon :)
ReplyDelete1st time akak tengok salad buah ada macaroni...tak terlintas pulak tu..apapon kreatif dan terbaek!!
ReplyDeleteowh sedap ke makaroni ngan susu?tak pernah cuba lagi nih
ReplyDeleteSaya tak makan benda-benda camtu.. Tekak tak lalu..
ReplyDeletemesti anak2 suka ni kalau buat...hihi..
ReplyDeletehuhu...mmng x pernah buat pun salad buah letak macaroni...tp boleh bygkan rasanya mcamana
ReplyDeletersnya salad kat pizza pun ade jugak yg letak makaroni atie...nampak sedap tuh rs manis2 susu..mesti bertambah2...heheh
ReplyDeleteYang ada macaroni ni belum cuba lagi...lepas ni boleh lah...cuba yang baru..
ReplyDeletenampak sedap.boleh cuba ni, selalu buat sup je
ReplyDeleteyelah.. baru tau.. eemm.. bila dipelbagaikan macam2 resepi kita boleh dapat dan cuba kan.. ;)
ReplyDeletewahhh senang dan sedap...
ReplyDeleteSalam Singgah jgk bila ada kelapangan sikit hari ni & tq terus menyokong KA yer. tq share bersama yer
ReplyDeleteowh.. ni versi sabah ye,,'klo sini..salad..buahan+sayur je kan
ReplyDeletememasak ni sebenarnya satu seni . sama ada bahan masakan , cara memasak dan dressing perlu kreatif . kita blh letak apa sahaja dan masak dgn cara apa yg kita suka . dari situlah akan wujudnya berjuta2 resepi kat dunia ni . cuma kita perlu berani mencuba ... makaroni tu pun saya x pernah terfikir nak letak ... bagus idea ni . ada bahannya saya juga nak cuba ...
ReplyDeleteOhhhh tak pernah pulak buat makaroni manis macam tu Atie.....
ReplyDeleteSelalunya makaroni tu goreng pedas jer
salam dear....
ReplyDeletethanks sudi singgah blog sis...
sedapnyaaaaa....hehe...
insyaAllah boleh cuba nanti..nice entry!
www.ekinhoza.blogspot.com
Hihihi..memang nampak sedap!nanti nak cubalah..thanks Atie.
ReplyDeleteakak, kita kan kaya dengan bahasa. mungkin kat tempat akak panggil salad, kat sini panggil lain. seyes kira memang terkejut sebab pestime tengok salah buat ada makaroni, tapi boleh aje cuba makan masakan sabah pulak kan ihihihi
ReplyDeletemacam biras orang sabah, popia nestum dia panggil batang buruk >.<
owwhhh mudah jer... :D tapi kita tak pandai makan makaroni laa... tapi suka la tengok... :D
ReplyDeleteFirst time mkn dkt kampung dulu. mula2 pelik. Sekali mkn nak tambah lg. mmg sedap
ReplyDelete