18.6.13

::Tangani Masalah Anak-Anak Suka Bergaduh...

AssaLamualaikum
Anak suka bergaduh? kekadang kita tak boleh nak duga kan. Budak tengah membesar, memanglah macam-macam gayanya. Tak terlepas juga budak tumpis Pa'e tu. Kadang pandai buat gaya ala-ala nak cari gaduh. Pandai menjeling, pandai tarik muka. Haha!

INFO (LIKE & SHARE)

Tangani Masalah Anak-Anak Suka Bergaduh

A. Mengapa mereka bergaduh? 

1. Seorang anak berasa tidak mendapat perhatian yang sama banyak dengan adik beradik lain. Atau mereka berasa dibebankan dengan banyak tanggungjawab berbanding adik beradik lain. 

2. Fasa pembesaran mereka juga mempengaruhi sikap mereka terhadap orang lain dan bagaimana mereka menerima hakikat perlu berkongsi perhatian dan kasih sayang ibu bapa dengan adik beradik lain. 

3. Ada kala kanak-kanak yang lapar, bosan dan mungkin penat dengan persekitaran menyebabkan mereka suka memulakan pergaduhan.

4. Mereka inginkan perhatian ibu bapa atau kakak atau abang.

B. Bagaimana anda menangani pergaduhan anak-anak? 

1. Jangan memihak dan jangan terbabit kecuali jika pergaduhan itu boleh mendatangkan kecederaan fizikal. Sebabnya, jika anda kerap campur tangan mungkin menimbulkan pemahaman kepada mereka, ibu atau bapa akan sentiasa ada untuk membantu mereka. Jadi, mereka tidak upaya untuk berdikari menyelesaikan masalah sendiri. Apabila anda memihak pula, akan timbul kefahaman pada seorang lagi anak, dia sentiasa dilindungi dan sentiasa selamat kerana lebih disayangi. 

2. Hati-hati dengan anak yang suka mengadu. Mungkin dia betul dan mungkin juga tidak. Kadangkala mendengar sebelah pihak hanya menyelesaikan perkara itu sekejap saja sebelum mereka bergaduh semula. Kadangkala mereka juga sering menuduh adik beradik lain atas kesilapan yang dibuat. 

3. Jangan membuat perbandingan siapa yang lebih baik dan sebaliknya 

4. Perhatikan masa dan hari atau pola yang memungkinkan pergaduhan boleh tercetus. Misalnya pertukaran jadual rutin harian. 

5. Luangkan masa berkualiti dengan anak-anak. Misalnya berkhemah atau melancong sekeluarga. Aktiviti begini akan lebih mengeratkan lagi hubungan mereka apabila mula berkongsi cerita.

6. Jangan fokus keterlaluan anak mana yang patut disalahkan, sebaliknya selesaikan dengan baik membabitkan kedua-duanya. Misalnya saling bermaafan. 

7. Bantu anak anda membentuk kemahiran bagi mengatasi konfliknya sendiri. Misalnya ajar mereka bertolak ansur, saling menghormati dan mengagihkan makanan atau apa saja barangan yang perlu dikongsi secara adil.

8. Apabila mereka bergaduh anda cuba meleraikannya, sebaiknya jangan tengking atau membebel. Nasihat dengan baik mengapa mereka tidak boleh bergaduh dan apa kesannya jika mereka bergaduh. 

9. Paling utama, jika anda kerap menengking atau menaikkan suara apabila bersama mereka, mulakan dengan mengurangkan atau menghapuskannya langsung. Tingkah laku anda mudah ditiru anak.

Sharing is caring. Mari sama-sama kita amalkan. Moga bermanfaat pada kita sebagai ibu bapa.
WasSaLam^_^

18 comments:

  1. thanks for sharing atie..bagus buat tambah parenting elmu..:)
    abg aidan nie kalau ade geng punrsnya pandai gak bergaduh..heheh

    ReplyDelete
  2. kami adik beradik masa kecik till now suka bgadoh... tp bler jauh, rindu2an he3

    ReplyDelete
  3. tq...Atie...perkongsian yg menarik....moga boleh menjadi panduan untuk semua...

    ReplyDelete
  4. Kakak rasa kalau budak perempuan kurang sikit gaduhnya tapi kalau lelaki adalah sikit risiko lebih sebab lebih lasak sikit. Kalau budak perempuan paling-paling pun masam muka - itulah ibu-bapa kena ada ketika terpaksa campur-tangan juga..

    ReplyDelete
  5. Nice sharing..ada betulnya...hehehehe.... :D

    ReplyDelete
  6. Thx for sharing Atie..anak2 noe ni pun sama...bergaduh jer...walaupun berdua jer...ada n3 yang noe buat pasal diaorg bergaduh ni.. http://alyadina.blogspot.com/2013/02/masalah-anak-anak-bergaduh-bertengkar.html

    ReplyDelete
  7. Anonymous1:36 pm

    ibu bapa jgn ada pilih kasih. kena bagi nasihat & marah sama rata !

    ReplyDelete
  8. memang ada betulnya tu Atie.....
    Sebab ada apa yg dilistkan kat atas tu dah ada yg berlaku kat OKje...huhu redho ajelah

    ReplyDelete
  9. anak-anak dara aida 24 jam berjumpa sure bergaduh...
    hmmmm... mcm mcm tips aida guna.
    akhir nya jadi tarzan juga :-)

    ReplyDelete
  10. Betul tu... parents sepatutnya bersikap adil antara keduanya... jgn berat sebelah...

    ReplyDelete
  11. pening jgk kdg2 tgk budak2 bergaduh.. dh jd mak nanti camne la. hihi..

    ReplyDelete
  12. Kami dulu suka bergaduh adik beradik time kecik, dan kami tau pelbagai cara mak kami buat... hampeh, kesian beliau. hahhaa

    ReplyDelete
  13. tq for sharing atie!;)

    ReplyDelete
  14. Nice info dear..:).. tgh cari tips utk anak2 yg suka bgaduh ni..hoho..pening kepala :)

    ReplyDelete
  15. Terima kasih sharing .. sangat bermanfaat... Nak blaja tak tingi suara dengan anak-anak ni..hehe..kekadang geram juga

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..