27.11.13

::Negara Angola Mengharamkan ISLAM - Masjid Mula DiRuntuhkan....

AssaLamualaikum
Terkejut. Terkedu. Bila baca berita ni semalam. Ya Allah! ada juga negara yang sanggup mengharamkan Islam dinegara mereka. Setahu aku, inilah negara pertama yang melakukannya. Sengketa  dan permusuahan apa lagi yang mereka nak wujudkan. Memang TAK PATUT!! 
ANGOLA menjadi negara pertama di dunia yang memutuskan untuk melarang perkembangan agama Islam dan komuniti Muslim di negara tersebut.
Kerajaan mereka kini sedang mengambil langkah menghancurkan 
masjid-masjid di negara berkenaan.
Presiden Angola, Jose Edurado dos Santos dipetik sebagai berkata, 
kini tiba masanya pengaruh Islam berakhir di negaranya.
Sementara itu Rosa Cruz de Silva, Menteri Kebudayaan Angola berkata, tindakan itu diperlukan bagi membanteras ibadah yang‘bertentangan’dengan budaya penduduk dinegara itu.
” Masjid akan ditutup sampai pemberitahuan lebih lanjut , ” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ikatan Muslimin Malaysia hari ini mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Angola mengharamkan Islam, menutup masjid-masjid dan merobohkan sebahagiannya.
“Tindakan mereka tidak masuk akal dan sangat melampau. Tindakan mereka tidak bertamadun bahkan amat bertentangan dengan hak-hak asasi manusia yang sering mereka laungkan selama ini,” demikian tegas Naib Presiden I ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.

Jelasnya, dalam konteks ini kerajaan Angola tidak boleh mengkategorikan Islam sebaris dengan ratusan agama-agama palsu ciptaan masyarakat di Angola yang juga telah diharamkan.

“Sedangkan Islam adalah salah satu dari agama besar dunia dan telah diiktiraf oleh masyarakat dunia sedemikian rupa.

“Jika hendak dibandingkan dengan agama-agama besar dunia lain seperti Kristian, Hindu, Yahudi dan Buddha, Islam dilihat lebih sempurna ajarannya,” ujar Ustaz Fauzi.

Mengulas lebih lanjut katanya, dakwaan bahawa Islam hanyalah ritual pemujaan dan pendatang yang melakukan jenayah pemalsuan dan pembersihan wang haram rata-rata adalah orang Islam adalah tuduhan yang tidak berasas.

Bahkan mengaitkan orang Islam Angola dengan kumpulan al-Qaedah juga tidak pernah dibuktikan oleh pihak kerajaan.

Sebenarnya jelas Ustaz Fauzi, tindakan kerajaan Angola itu dilihat hanyalah kesinambungan dari siri-siri kebencian kerajaan Kristian itu terhadap perkembangan dakwah Islam yang sedang meningkat naik di Angola.

Justeru, beliau meminta seluruh umat Islam di Malaysia mengambil iktibar dari pendirian kerajaan Angola tersebut dan berusaha untuk memahami tabiat sebenar pertembungan di antara Islam dan musuh Islam.

“Umat Islam perlu mempertahankan Islam di mana juga mereka berada. Doa kita kepada umat Islam di Angola agar tidak menyerah kalah dengan pendirian kerajaan tersebut,” katanya kepada wartawan ISMA.  
Kredit : Mynewshub

Apa nak jadi dengan duni sekarang? Seolah-olah kembali ke zaman Jahiliah!
WaSSaLam^_^

30 comments:

  1. salam pg atie..mmg x patut btul la..kan

    ReplyDelete
  2. haram jadah..geram plak tengok muka pak itam tu..

    ReplyDelete
  3. ya allah, salah satu tanda akan berlakunya khiamat..semoga Allah melindungi umat islam di sana...

    ReplyDelete
  4. kurang ajor namanya nie

    ReplyDelete
  5. bila manusia rasa berkuasa.....inilah padahnya.....moga Allah menunjukkan kebesarannya.....sama2 kita berdoa moga islam tidak terhapus di Angola.

    ReplyDelete
  6. Ya Allah..menakutkan...semoga Allah memberi balasan yg setimpal dan menyelamatkan saudara seagama..

    ReplyDelete
  7. Allahuakbar!!... bersama kita jadikan iktibar bila akidah kian longgar tak mustahil agama kita akan diperkotak-katikkan. Sudah jelas depan mata. So kuatkan iman dan didik anak-anak kita sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  8. Allahuakbarr...dah melanggar hak2 asasi manusia ni...

    ReplyDelete
  9. Ya Allah...dah kembali kepada zaman jahiliah dah manusia zaman skrang ni...
    moga saudara Islam kita di sana tabah menghadapi dugaan yang hebat ini..Sebaik2 pelindung adalah Allah swt..

    ReplyDelete
  10. Ya Allah... mg ada balasannya....

    ReplyDelete
  11. MasyaAllah.... semoga saudara Islam kita Di Angola dipelihara oleh Allah set. Amin

    ReplyDelete
  12. Ya Allah..... moga allah selamatkan dan membela orang Islam di Angola...kan Atie

    ReplyDelete
  13. Ya Allah...cik baru tahu berita ne...Ape nak jadi lah dengan mereka2 ne..nak kene bala mcm kat filipina ke...Semoge Allah menghantar bala kat negara mereka...

    ReplyDelete
  14. Dah baca kat satu blog psl nie..membuak rs benci n nak marah pd angola nie..actually saja nak menaikkan darah orng2 islam mereka nie...mereka cuba hapuskan islam..tp tengoklah nanti camane Allah akan membalasnya..

    ReplyDelete
  15. Ya Allah Ada ke patut mcm tu..
    Tak bertamadun pnya negara..
    Gerammmm sgt tau..huhu

    Neway salam Kenal..hihi

    ReplyDelete
  16. kuang ajar.. semoga umat islam kat angola ni besabar dan tetap imannya..

    ReplyDelete
  17. exactly, bila baca pasal ni semalam, terus teringat kisah zaman nabi di mana pembesar menolak Islam kerana kepentingan diri mereka terjejas. Allah maha Kuasa, one of these days.. kebenaran akan muncul.

    ReplyDelete
  18. mengharamkan islam....aduh teruknya
    moga ada pembalasan kelak...

    ReplyDelete
  19. Ya Allah... Kenapa blh jadi mcm tu haishhh :(

    ReplyDelete
  20. zalim betul!..sampai robohkan masjid...hishh tggu jela balasan dia nanti! (marah nih!) heee..

    ReplyDelete
  21. Memang kejam sangat Negara Angola ni kan..memang tak patut betul..semoga Allah etrus pelihara umat islam di sana..Amin!

    ReplyDelete
  22. Anonymous2:11 pm

    Ya Allah, moga Allah swt menyelamatkan umat2 islam disana, x bertamadun langsunglah !

    ReplyDelete
  23. Yg boleh kita, negara negara majoriti umat Islam buat,ialah hulur bantuan apa yg termampu pada kominiti Islamdi Angola tu

    ReplyDelete
  24. Itu merupakan satu dugaan dan cabaran besar bagi rakyat Angola yg beragama Islam... Semoga Islam teguh walaupun diduga sehingga begitu.

    ReplyDelete
  25. wak baru baca nih:
    On November 19, 2013, the Minister of Culture supposedly announced that "all mosques would be closed until further notice" after stating that Islam is not a religion but a cult. This was later confirmed to be a hoax by the official sources. The Government declared that there was no such announcement ever made. This was possibly done & popularised by anti-social, anti-Muslim elements involved in creating a rift between different communities in the otherwise peaceful Angola.'
    http://www.huffingtonpost.co.uk/2013/11/26/angola-denies-islam-ban-destruction-of-mosques_n_4342108.html

    ReplyDelete
  26. Apa pun. .Islam tetap tertgk di bumi ni smp kiamat..

    ReplyDelete
  27. MasyaALLAH!!!!!!!kalau betul la statement ni tunggu ajelah balasan ALLAH nanti. Semoga semua umat islam di seluruh dunia tabah & tetap berpegang dgn ajaran islam.

    ReplyDelete
  28. DORANG BOLEH RUNTUH MASJID, TAPI TAK BOLEH RUNTUHKAN IMAN UMAT ISLAM.

    ReplyDelete
  29. Semoga mereka ambil iktibar apa yg berlaku di pihilipine. Mmg tak patut. Mereka semakin takut dgn Islam sebenarnya. Semoga Allah buka hati mereka dgn kebesaranNya

    ReplyDelete
  30. salut deh untuk presiden Angola dan Donald Trump....
    sebagai pelopor dan pionir yg patut diacungi jempol...
    Kalau tdk ada yg memulai, kapan akan berani membendung teroris dan radikalisme

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..