AssaLamualaikum
Cerita tentang tandas pun mau kongsi kah?? haha! sesuatu yang unik dan agak luar biasa mestilah nak kongsi dengan semua. Sebab : bukan semua baca Metro Online kan?
kualiti gambar agak kurang memuaskan
Menurut SUMBER :
London: Tandas dengan pemandangan indah ini dipilih sebagai tandas paling ekstrem di dunia.
Tandas ini digunakan pekerja di stesen cuaca terpencil di Kara-Tyurek, Pergunungan Altai dan terletak di cenuram setinggi 2,600 di atas paras laut.
Pekerja yang bekerja di stesen itu dikunjungi sebulan sekali oleh posmen yang mengumpul data cuaca dan helikopter yang menghantar makanan, air dan kayu untuk dijadikan bahan bakar pada setiap musim luruh.
Namun, mereka pasti memerlukan keberanian untuk menggunakan tandas menakutkan itu dan pastinya tidak kerap ke tandas ketika ditugaskan bekerja di stesen itu.
Tandas berbahaya itu sudah digunakan sejak 1939, di daerah yang bernama “Black Heart” dalam bahasa Altaya Selatan.
Satu kaji selidik terbaru mengenai tandas luar biasa di seluruh dunia mendapati tandas di Altai itu menduduki tempat pertama sebagai tandas paling ekstrem.
Tandas lain yang berkualiti turut dinamakan dalam kategori berbeza dalam kaji selidik itu.
*Tandas bersih tetap menjadi pilihan kan?? tapi kalau dah tandas begini, adui! fikir banyak kali juga untuk guna. Haha! Gayat you!
WasSaLam^_^
Kalo kat jepun..ada toilet yg akan kuar suara bg arahan..ad toilet yg bleh kusr muzik.saya pernah guna toilet.mcm ni kat shopping complex kt sana.nak membuang pun terbantut
ReplyDeletesalam weekand atie...
ReplyDeletebetul tu tak semua baca paper online kan!..macam saya hehe..:)
anyway good info n kelas kau tandas tu..kalau saya berhajat pon mau terbantut khakhakha..
rasanya kalau nk membuang tu mmg xjd la sbb dh masuk dlm balik..hahaha..adoi..
ReplyDeletehahaha..lawak..
Deletecancel buang air kalau macam nie kak.. Wkakaka :D
ReplyDeleteHhihih..takutnya..mesti kalau bergoyang sikit tuh dh lari tak sempat basuh tuh..hehe
ReplyDeleteTak terasa terus nak buang kalau dah kena pi tandas mcmtu! Rela lagi kat tepi highway... #eh
ReplyDeletegila.. tandas takde pump ni. lepas buang. terus terjun kebawah.. nasiblah.. hahaha.. rasanya pekerja kat situ rela buang tepi semak. kahkah
ReplyDeleteMmg tak berani. Lama juga usia tandas ni.
ReplyDeleteSalam atie.
ReplyDeleteMmg ekstrem tandas ni.mmg mcabar minda tu.haha
Hahaha,wow ...letak satu kaki dalam toilet tu amek gambar XD
ReplyDeleteSinggah petang..lama dh xdatang =D
ReplyDeletehaha mmg ekstrem..tp klu takde pilihan sanggup ke tahan?
ReplyDeleteYa Allah atie..tengok pun dah rasa seriau..memang tak masuk la acik..
ReplyDeletehuwaa, tak sanggup….
ReplyDeletemasa kat amsterdam, pernah jumpa tandas yg lutsinar dari luar, means kita boleh nampak apa yg ada dlm tandas tu dari luar… terus tak jadi nak buang hajat… rupanya kena kunci dari dalam, baru tak nampak dari luar… adoyai… terasa diri sangat jakun ;p ;p
gayat nak mencangkung ni atie, huhu
ReplyDeletetak tercerna sistem saya kalau tau ketinggian tandas ni, semua pun terbantut muahaha. wei gayat la tapi kalau lama2 takper kot.
ReplyDeleteapa dorg teda tpt laen ka mo bikin itu tandas.. ahhaha.. btw, header tu comel.. abg pa'e hensem pkai spek... >_<
ReplyDeleteHahaha mahu tak jadi nak menunaikan hajat Atie... gayat menengoknya..
ReplyDeleteMmang ekstrem betul
ReplyDeletetak terbuang isi perut nampak gayanya..
ReplyDeletewoahh. keselamatan mesti diutamakan! haha
ReplyDeletehuhu.. cari semak je kot.. huhu.. bukn takut gayat.. tpi keselamatan.. nk mmbuang pun tak tntteram nnt.
ReplyDeletePergh Atie.... berpeluh peluh dulu nak membuang tu...fikir 100 kali hehe...silap silap nyawa melayang
ReplyDeletekalau terpaksa membuang pn, agak2 tonggeng ke depan ke depan sikit kejap2...kononlah..takut patah ke blkg la katakan..huhu..mcm naik parking shopping complex la, org lain bawak terbenti kat tengah, kita yg terjongket2 punggung nye nak naik..haha...
ReplyDelete