17.11.13

::Tragedi Pulau Pom-Pom - Semporna...

AssaLamualaikum
Kisah menakutkan terjadi lagi. Di kedamaian bumi Sabah ini, tiba-tiba bergolak dengan kejadian tembakan dan penculikan pelancong warga Taiwan di kepulauan Pom-Pom Semporna. Mungkin ramai yang sudah tahu kan? harapnya tiada sesuatu yang buruk akan berlaku lagi. Dah penat lah hidup dalam ketakutan. Dan kalau boleh dah tak mahu ada lagi nyawa yang terkorban. Info lanjut boleh baca DI SINI
Imej daripada Google Earth yang menunjukkan kedudukan lima chalet 
atas air yang terletak di Pulau Pom Pom Resort.
Suspek dipercayai mengikat bot mereka di bawah tiang chalet atas air. 
Sebelum menembak mati seorang pelancong warga Taiwan serta menculik isteri mangsa.
Pihak polis & tentera saling bekerjasama dalam mencari dalang peristiwa ini. Semoga mangsa culik masih di pelihara oleh Allah walaupun suami mangsa terkorban akibat ditembak. Ya Allah! Lindungi lah negeri kami ini dari anasir-anasir jahat. Kekalkan lah keamanan di Bumi Malaysia ini. Amin!
*Kami sekeluarga pernah pergi di Pulau Pom-Pom di hujung tahun 2011. Masih teringat suasana Pulau nya yang damai, air laut yang jernih & kehijauan*
WasSALam^_^

19 comments:

  1. dalam rumah blm tentu selamat, inikan plak diluar rumah huhu dunia dah xde tempat selamat skrg.. dan semoga penjenayah terbabit akan cpt diberkas.

    ReplyDelete
  2. Semua pon trauma kan walaupon kedudukan tu jauh dari tempat sendiri..
    kalau macam ne berkurang lah pelancong nak datang sabah kan..

    ReplyDelete
  3. Ada dengar berita baru baru ni Atie....kesianlah pulakkan...dtg Malaysia nak happy...lain pulak jadinya....nk menyamun le tu kot.....
    Takut pulak nk brrcuti jauh jauh kat pulau nikan Atie

    ReplyDelete
  4. Tempat2 private ngan sunyi gini selalu menjadi sasaran penjenayah kan..kita doakan agar mangsa sempat diselamatkan dan janganlah mnjd lebih serius lagi..
    bak kata okje,jdtakut lak nak bercuti tpt2 yg dipulau2 gini..

    ReplyDelete
  5. semoga smuanya selamat...

    ReplyDelete
  6. adoii... macam2 la sekarang ni.. kesian lah tourist tu..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum atie, lama tak berkunjung ke mana-mana...
    Saya pun pernah tinggal di Semporna 5 tahun dan ke pulau pom pom.... ya, sangat indah
    harap kes ini dapat diselesaikan segera

    ReplyDelete
  8. macam macam kan.seriau saya kalau pergi bercuti ke pulau yg bersempadan ni.huhu

    ReplyDelete
  9. skng ni tempat percutian pun dah jadi target penjenayah.
    pasne kalo nak brcuti xtaw da kat mana..huhu

    ReplyDelete
  10. adeshh. tengah2 oo chalet tu. skg ni semua tpt pn mcm nda boleh dijamin keselamtannya. -_-

    ReplyDelete
  11. Harap kemanan terus ekalan kat sabah akak..adik sya ada disandakn..suami dia pun mmg sentiasa sibuk sejak pndah ke sana

    ReplyDelete
  12. semoga keamanan berjaya dikemablikan dan penjenayah dpt dihapuskan sesegera mungkin. Sepanjang tinggal di sabah dulu, ta pernah lagi saya sampai pulau pom-pom. Kalau pulau bum-bum pernah sampai sekali.

    ReplyDelete
  13. Ya Allah apa lagi depa ni nak yer, ni dah burukkan nama Malaysia jadinya. Btw my brother kena posting ke Sabah ni.

    ReplyDelete
  14. salam atie ..
    pengalaman menggunakan laluan laut tu ketika pergi ke Kepulauan disana memang mengsuspen kan ..
    kebarangkalian utk berdepan dengan kejadian yg tk diingini memang boleh berlaku ..
    tp kena tenang kan diri utk mengatasi keresahan tu .

    ReplyDelete
  15. kesian...tujuan nak bercuti2 lain plak jadinya..Moga mangsa culik tu selamat..

    ReplyDelete
  16. kejadian tu si suami mati kan?
    mcm2 berita y mgejutkan kat Malaysia skarang..
    apa2 pon smoga keluarga & Malaysia sntiasa dibawah lindunganNya..

    ReplyDelete
  17. ada gk dengar brita pasal ni..kesian kat si isteri..harap2 takda apa2 yg buruk blaku...

    psstt : bila la niesa nak jejak kaki ke semporna nih..mabulll..hihihih

    ReplyDelete
  18. lately bnyak berita2 yg membuatkan kita terfikir Malaysia sudah kurang selamat utk didiami..harapnya benda n tak berlarutan..tak sanggup rasanya nk hidup dalam ketakutan..boleh bayang tak macam mana nti keturunan anak cucu cicit kita macam mana?

    ReplyDelete
  19. kadang2 cikda pun pelik.. kenapa la dengki sangat sampai nak bunuh2..colik2..
    sayang tempat aman damai permai mcm nih tercemar dengan insiden yang tak sepatutnya nih

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..