Monday, 26 October 2015

Bila tak dengar cakap Nenek

AssaLamualaikum
Nak habaq tentang budak bertuah kesayangan hamba. Tengok lah apa kejadiannya. Balik-balik dari periksa gigi ku, tengok muka dah jadi macam ni. Seriau nengok. Mak cakap jangan marah dia, sebab dia dok takut ibu dia ni jadi singa. Kesian, nak marah pun ada. Haha. Nasib tak kena mata tau!
Nak dijadikan cerita, nenek cakap si abang Pa'e sibuk main air dalam tandas. Siap buat ala-ala kolam renang, masuk buih then berendam dalam besen besar. Feeling mandi kolam lah konon. Haha! Ish! bertuah sungguh budak ni. Nenek dah panggil udah-udahlah berendam tu, Dia buat tak tahu, asyik sangat berendam. Last-last nenek masuk dalam tandas tengok, sengih-sengih ntah macam mana pusing badan dalam tandas tu, tergelincir. Muka kena kat bucu toilet tu. Darah keluar banyak juga mak kata. Yang harunya, mak yang nangis si abang Pa'e buat tak tahu. Mak cakap dia diam sahaja, takut kena marah kot. Haish! Pa'e. Pa'e. Nasib tak teruk, tapi confirm akan meninggalkan parut. Sabar jak lah nak oi. Pagi tadi masa nak sekolah siap tanya "Ibu, luka hidung abang Pa'e ni nanti sembuh tak??". Tahu takut. Huhu! Anak oh anak.
Jumpa lagi!

20 comments:

  1. sian pae'i sakit tu..kak pun pernah tergelincir dlm bilik air ni sampai dahi terkoyah n terpaksa naik ambulan ke spital...lain kali paei mesti dh beringt utk hati2 dlm bilik air.

    ReplyDelete
  2. Allahu... sakit tu Atie. Kesiannya... itulah dikatakan budak Atie kita tak boleh sedikit leka macam-macam boleh jadi walau tak sengaja tapi kesannya panjang tu. - jadi parut

    ReplyDelete
  3. Allahumma.. semoga pae cepat sembuh..
    Dah anak2 kecik mmg mcm tu..
    Anak nabil tu hari jatuh basikal..
    Sudah luka lutut.. dah ckp jgn bawa basikal laju2.. tu lah jadinya tak dengar ckp kan.. sabarlah kita atie ;)

    ReplyDelete
  4. Kanak-kanak memang begitu perangainya.. Takpe, biar jadi pengajaran berguna buat dia.. :'(

    ReplyDelete
  5. kesiannye.. mesti sakit kan tu... budak dah besar mcmni kalau luka ke apa mesti die buat muka kesian tkut kena marah. yelah kita marah sebab taknak dia buat sakit kt dia lagi.. tp takpelah.. kene bersabar. kalau marah lagi sedih.. dahlah sakit kena marah pulak tu. ghihihihi.. nasib baik tak kena mata kan

    ReplyDelete
  6. Ya Allah atie...teruk juga lukanya tu ,manalah nenek tak menangis.Anak kakak azim masa baya pae ni pernah main basikal depan rumah jatuh tersangkut kat meter air ...sampai bujang ni masih ada kesan bengul kat bahagian rusuknya.

    ReplyDelete
  7. Allahumma yassir.. insyaAllah semoga cepat sembuh ya abg pa'e.. tabah dia.. hihi. Nak buat camne kan atie, sedang membesar mcm2 la karenah n skill dia nk buat.. mungkin pa'e bayangkn duk mndi kolam.. hik.. kata org ,sel2 otak sedang berhubung tu..

    ReplyDelete
  8. perghh barulah hero abang Pa'e...Budak2 lelaki memang macam ni, dia tak kisah pun kalo org cakap yg penting seronok.. takpe bagi dia rasa betapa indahnya dunia..lepas ni confirm tak buat lagi dah..hehehehe :D ikut style omputih sikit..hehhehe "Learn from the experience" gituuuu..

    ReplyDelete
  9. Budak lelaki kalau tak luka tak lelaki kan abg pae...cian abang pae..jangan nakal2 ye pae...nanti dapat hadiah..

    ReplyDelete
  10. kesiannya dia.. mau tak seriau tgk kalau drh byk keluar...

    ReplyDelete
  11. biasalah budak2 atie. bukan nak dengar ckp org tua. bila dah kena baru tau serik. Kesian mmg kesian tp bagus untuk pengajaran. In sha Allah nnti eloklah tu.

    ReplyDelete
  12. Nasib baik tak kena mata. Mungkin lepas ni tak nakal lagi.

    ReplyDelete
  13. Ala kesiannya..
    Lelaki kna kuat...sikit jer tu...

    ReplyDelete
  14. biasalah kan anak tengah membesar tragedi camnu mesti punya jadi..at least oae dpt pengajaran..pasni mesti tak berani dah kuak lentang swimming dlm kolah mandi nenek.hehe

    ReplyDelete
  15. Nampak mcm bengkak jugak tu Atie....bagi ubat lukalah tak pun minyak gamat ke.
    Budak budak mmg suka main air. Biasalah tu..

    ReplyDelete
  16. kasih seorang nenek...sampai nangis tengok cucunya luka kan..

    abang pae moga cepat sembuh lukanya tu ye

    ReplyDelete
  17. Aduhai....kesian kat abang Pae.
    Moga cepat sembuh ya

    ReplyDelete
  18. kesian pulakk haa.. cepat sembuh ye

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..