Friday, 30 October 2015

Syaitan Menyerang Melalui 10 Pintu

AssaLamualaikum
Renungan Jumaat! Menarik untuk dikongsikan. Moga bermanfaat pada kita semua.

Syaitan memasuki ke dalam jiwa anak Adam melalui 10 pintu iaitu :

1. Tamak dan Buruk Sangka .
Perlu menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.

2. Cintakan Dunia dan Panjang Angan-angan.
Perlulah ditanamkan dalam hati dan jiwa dengan rasa takut kedatangan maut yang datang dengan tiba-tiba.

3. Cintakan Nikmat dan Kerehatan.
Yakinilah bahawa segala nikmat akan hilang dan ianya tidak kekal, kerehatan sebenar adalah di Syurga bukannya didunia.

4. Ujub, yakni Kagum Pada Diri Sendiri.
Sentiasa bersyukur atas nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksa Allah (kerana terhapus amal kebaikan bila ada sedikit sahaja sifat ini).

5. Pandang Rendah Terhadap Orang Lain dan Tidak Menghormati Mereka.
Perlu mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

6. Hasad.
Perlu menghadapinya dengan sifat qanaah iaitu berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar serta redha diatas pemberian Allah terhadap makhluk-Nya.

7. Riak dan Suka Pada Pujian Orang.
Perlu menghadapinya dengan sifat ikhlas dan tawaduk.

8. Bakhil.
Perlu meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk itu akan binasa, manakala apa yang ada disisi Allah itu akan kekal.

9. Takabur.
Perlu menghadapinya dengan sifat tawaduk atau merendahkan diri.

10. Tamak.
Perlu menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak megharapkan sesuatu dari manusia.

Oleh itu perlulah kita sentiasa berhati-hati untuk menghadapi bisikan, godaan dan serangan syaitan laknatullah. Dia datang secara halus memasuki saluran darah halus dalam tubuh kita dan cuba menguasai nafsu supaya tunduk atas kehendaknya. Mohonlah perlindungan Allah setiap masa dan ketika supaya kita terpelihara dari gangguan tersebut.

Kredit kepada:
PUSAT RAWATAN ISLAM
SINAR ASSYIFA' ULLINNAS, Tawau Sabah.

23 comments:

  1. Perkongsian yang bagus.. Singgah sini..

    ReplyDelete
  2. Takutnya Atie..... mintak dijauhkanlah hendaknya.....
    Sedangkan tu semua tu mmg sifat manusia yg susah untuk dielakkan....

    ReplyDelete
  3. Tak boleh ke Atie....kenapa pulak ek...

    ReplyDelete
  4. Salam jumaat atie...
    Sama2 lah kita mohon perlindungan Allah dari syaitan yg selalu menghasut kita.

    ReplyDelete
  5. Kakakmerenung dlm diri kakak
    Terjentik juga sebab ada kalanya kita ni lupa
    Kembali mohon ampun kepadaNya... betapa kita ni selalu dilalaikan syaitan kan Atie.

    ReplyDelete
  6. memang sedikit sebanyak ciri2 ni semua memang ada dalam diri kita..muhasabah diri membacanya

    ReplyDelete
  7. Nice sharing sis... Semoga kita jauh dr semua sifat di atas.

    ReplyDelete
  8. salam jumat cik kak atie tuuu ;p

    ReplyDelete
  9. Bagus perkongsian di atas....boleh bagi cepat sedar dan beringat....

    ReplyDelete
  10. Salam Jumaat..syukran..syaitan sentiasa mencari jalan utk menyesatkan anak Adam..

    ReplyDelete
  11. Nauzubillah.. semoga kita terhindar dari sifat tersebut..
    Kekadang kita tak sedar sifat itu wujud dlm diri kita..
    Harap akak selalu lah muhasabah diri dan ber istigfar..

    ReplyDelete
  12. perkongsian yang baik.. terima kasih ye..
    itu la kan..kadang2 tanpa sedar, kita ada sifat2 mcm tu..
    semoga dijauhkan..

    ReplyDelete
  13. salam atie ..
    dalam crita P ramlee, kedekut2 hj bakhil pun bila berdepan dgn cikgu Murni dia jadi pemurah ..
    hihi ..
    sekadar lawak bila salah satu pintu tu adalah bakhil.
    apapun satu perkongsian yg menarik

    ReplyDelete
  14. Great post dear! Have a nice weekend:)

    irenethayer.com

    ReplyDelete
  15. Terima kasih atas peringatan..
    Takut. Moga dilindungi dari sifar2 buruk tersebut. aamiin

    ReplyDelete
  16. Allahuakhbar..terima kasih atiey atas peringatan ni :-))

    ReplyDelete
  17. memang 'letih' nak tepis setan dari masuk ke dalam diri....

    ReplyDelete
  18. nauzubillah moga dijauhkan dpd perkara tersebut.

    ReplyDelete
  19. Semoga kita semua terhindar dari bisikan syaitan..

    ReplyDelete
  20. Menakutkan....semoga minta di jauhkan dri sifat2 gini..

    ReplyDelete
  21. moga kita tergolong dlm org yg dijauhi dari syaiton yg direjam.
    mengerikan !

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..