Monday, 12 October 2015

KAMI di Puncak Bohey Dulang Island

AssaLamualaikum
Kejadian sudah lama berlalu. Oleh kerana kemalasan tahap dewa pada masa itu, maka baru hari ini dapat dicerita kan disini. Hehe! sabor lah kalian membaca entry-entry throwback. Kami plan seminggu awal untuk ke Bohey Dulang Island ni, sebab dok ternampak gambar-gambar yang cantik di google. Bertekad nak pergi sendiri melihat keindahan pulau tersebut. Akhirnya pada 29/08/15 (Sabtu) kami pun merealisasikan impian tersebut. Bersama adik-adik office mate dan student praktikal. Mengucap masa sampai kat atas ni, subhanallah! indah sangat ciptaan Allah! 
Akhirnya 3 beranak sampai ke puncak Bohey Dulang:)
Nak sampai ke puncak ini kena mendaki 600 meter ke atas dengan jalan yang agak mencabar. 
Aku hampir putus asa, nasib baik guard bagi semangat untuk teruskan pendakian. 
Aku berhenti dalam 4 kali kot sebelum sampai atas.
Memang stamina kena kuat sebelum naik ni. Hehe!
Ahli rombongan bersama adik-adik yang amat supportif. 
Yang pegang monopod tulah kiranya ejen yang membawa kami. 
Belajar lagi, masa cuti semester dia akan bawa orang-orang yang mahu ke pulau. 
Kiranya dia buat part time. Semua permit untuk masuk pulau, dia yang uruskan.
Masa ni pergi ni nak dekat sambutan merdeka, 
so, bendera Sabah & Malaysia berkibar dengan megah.
Suami isteri brutal. Berehat selepas mendaki. Haha!
Hero-hero ku. 
Depa berdua sampai dahulu ke puncak, aku tertinggal dibelakang. Haha!
Candid! Indahnya pemandangan dibelakang tu
Kami berada di pulau ni dekat 2 jam juga untuk mendaki, menikmati pemandangan, bergambar dan menghilangkan penat sebelum bergerak ke Pulau seterusnya Pulau Sibuan untuk bermandi-manda. Next entry ya! Jumpa lagi.
WasSaLam^_^

25 comments:

  1. Asalamualaikum atiet..selamat pagi...wah bercuti nampaknya ye atiey..:-))

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Atie. Syoknya cuti. Cantiknya nampak pulau tu.

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi ke sini...mesti best...

    ReplyDelete
  4. First time dengar nama ni..tapi memang chantikkkkk sangat2...

    ReplyDelete
  5. wahh bulih bah kalau kau., harhar2

    ps. gunung kinabalu dh xleh daki kan makk?

    ReplyDelete
  6. Wah beruntungnya dpt mndaki...bilalh knor nk mndaki..
    Mendaki tgga rmh bolehlh kut...

    ReplyDelete
  7. Subahanallah ..indah sungguh ciptaan Allah. Cantik sungguh permandangan tak puas tengok..rasanya nk je saly jejak kaki kesana.. bersemangat ye pa'e hihi dahuluan sampai dri ibunya..

    ReplyDelete
  8. Seronoknya dpt tngok pemandangan cantek dari puncak....seronok lagi bila ada hero atie 2 org ni kan.

    ReplyDelete
  9. kat mana ni ... sabah ke ... tak penah dgr lagi pun .... lagi ???

    ReplyDelete
  10. KAUNYA PAE MENDAKI HINGGA KE PUNCAK...KALAH MAMANYA...CANTIK SUNGGUH VIEW ALAM TEMPAT NI

    ReplyDelete
  11. subhanallah..cntik sgguh pmndgn tu kak..

    ReplyDelete
  12. Syabas Atie walau 4 kali berhenti sampai juga atas akhirnya
    Kalau tak sampai mesti terkenang-kenang rugi bila org lain bercerita keindahan yg dinikmati
    Pa'e pun boleh tahan juga kakak tengok.

    ReplyDelete
  13. nak mendaki tu yg hazab..tapi hadiahnya lebih indah..cantik pemandangan..hilang segala penat lelah..

    ReplyDelete
  14. seronoknya...memang cantik nampaknya tu..

    ReplyDelete
  15. cantiknya pemandangannn ..nak pegi tapi jauhh

    ReplyDelete
  16. wahhhh cantiknya. tahniah kak. berjaya jugak akak sampai kannnn. biasa la kita dah jadi mak2 ni kan jarang dapat masa nak bersenam tambah pjj dengan suami. lagi la masa terbatas huuu. mana la nak dapat stamina tu sgt dah

    ReplyDelete
  17. uihhh..tingginya 600m!! ya ampun.. SB awal dah give up part naik2 bukit ke gunung apa ni, Atie..walaupun tak da lemak yang nak diheret..memang cantik la tempat tu

    ReplyDelete
  18. Subhanallah, cantik nya!
    Sabah ni mmg kaya dgn pemandangan semulajadi yg hebat..
    Malangnya saya tak pernah jejak kaki ke sana...huhuhhu..
    Kena kumpul duit ni...
    Nak ke sana juga...
    1st time dengar nama Bohey Dulang ni...hihihih

    ReplyDelete
  19. Wah bestnya mendaki..cheery xmampu kurang stamina hehe

    ReplyDelete
  20. Ya allah cantikkkk! rindu gila nak balik sabah..huhuhu

    ReplyDelete
  21. bestnya sis atie..cuti2 malaysia..ruby nk pergi jugak..ke sabah..belum ada kesempatan.. :)

    ReplyDelete
  22. bestnya dpt daki.
    saya suka juga xtvt gini
    last tinggal zaman sklah dlu la.
    area sabah lagi ke tempat akak pergi tu.
    lain macam j namanya, kan...
    kiranya keduduukan nya dalam pulau la erk

    ReplyDelete
  23. ohhhh ..... kena permit ye Atie nak naik sini.....
    Cantiknyaaa...jernih air dia ek! Jeles mak tau. Jeles gambar Atie sefamily yg loving dan sweet sangat tu.....

    ReplyDelete
  24. happynya keluarga ni..abadikan kenangan tempias lah ke kami heheh tahnia bersiaran bersama yg tersayang..ha blog update lepas ni kan best!!

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..