Monday, 19 October 2015

Mandi-Manda di Pulau Sibuan, Semporna

AssaLamualaikum
Sambungan entry kami di puncak dan view Bohey Dulang Island. Setelah berehat seketika di jeti Pulau Bohey Dulang, kami meneruskan perjalanan ke Pulau Sibuan. Ambil masa lebih kurang 45 minit lebih kurang dari Bohey Dulang untuk ke Pulau Sibuan. Kiranya ini termasuk pakej sehari sekaligus. Di Pulau Sibuan memang aktiviti nya adalah mandi-manda. Si abang Pa'e semangat lah nak mandi laut. Itu memang kesukaan dia.
Abang pae sibuk main pasir. 
Dari mula sampai lah nak balik baru dia berhenti main pasir. 
Habis badan hitam legam lepas balik dari pulau. 
Suka sangat dia. Panas sangat matahari masa ni.
Mimpi jadi model pantai bersama anak bujangan. Haha!
Ini pun dia marah sebab sibuk ajak dia bergambar. 
Tak mahu dikacau tengah main pasir, katanya.
Model pantai. Jangan jeles! Haha
Adik-adik rombongan tengah mandi-manda. 
Siap sewa set snorkeling lagi. Berendam sakan.
Pantai Sibuan yang membiru.. jernih sangat air nya!
Dari kejauhan. Memang amat mendamaikan. 
Anggota PGA berkawal di sekitar pulau.

Menghayati keindahan alam amat mendamaikan. Semporna, Sabah memang kaya dengan keindahan di Pulau-pulau sekitarnya. Kalau teringin nak ke pulau di Sabah, jadikan Semporna pilihan nombor satu. Pasti tak menyesal. Kos untuk kesini pun rasanya harga mampu. Pelbagai pakej ditawarkan. Selain terkenal dengan Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Kapalai, Mataking banyak lagi pulau lain yang indah dan cantik. Boleh search di google ya kawan-kawan. Thanks sebab membaca. Jumpa lagi!

23 comments:

  1. Lama sungguh kakak tak mandi pantai Atie
    Pa'e tengah seronok sangat sampai ajak posing pun dah tak mahu ye:)

    ReplyDelete
  2. Canteknya air laut tu... biruuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..sejuk je mata memandang

    ReplyDelete
  3. Seronok tengok abang pa'e. Bersemangat dia.hihi
    Ya atie... semporna pilihan salu andai diberi pilihan ,memang cantik sangat2.,tp entah bile la bleh sampai.insyaAllah

    ReplyDelete
  4. cantikk...belum pernah sampai di Semporna...setakat KK saja..

    ReplyDelete
  5. mmg cantik pantainya... air nya yg biru tuh pun sejuk mata memandang

    ReplyDelete
  6. pulau2 di sekitar semporna mmg cantik sgt kan atie..atie pun cantik jadi model pantai bersama pae tu...

    ReplyDelete
  7. bila lah kaknoor nk sampai Semporna ni kan
    dah berjiran pun masih belum jejak kaki lgi
    sabo je lah

    ReplyDelete
  8. Wah enjoy betul abang pae yer....cantek pemandangan laut dan pasir pantai yang putih bersih tu...Subhanallah..

    ReplyDelete
  9. Jeles tgk air nya yg membiru...jernih.
    Dan juga, awan yg membiru!!
    Sekarang ni jerebu kat sini!!!!!

    ReplyDelete
  10. Satu hari nanti saya nak ke Sabah...

    ReplyDelete
  11. Cantik air laut tu Atie.. biru kehijauan..
    Nampak sungguh jernihnya...
    Paie main pasir jer..
    Kalau Nabil anak akak dah masuk kelaut tu mandi... susah nak naik ke darat..

    ReplyDelete
  12. wow..sangat cantik pulau tersebut..ada kesempatan memang nak pergi juga nie..

    p/s >>>> Entri terbaik saya : Rahsia BESAR Lubuk Duit Terbongkar

    ReplyDelete
  13. Wow bestnya..untung org3 sabah..oantainya semua cantik2..bilalah boleh smp kesana.satu hari nanti Insyaallah..kemain kan model pantai tu.hehe

    ReplyDelete
  14. putihnya pasir...
    pulau2 di Sabah memang cantik

    ReplyDelete
  15. wah..lawa betul pantai dan pasir kat situ.. nk survey la,, naim asyik tunjuk gambar krabi, katanya nak pergi lagi.. dengan dyuit mesia makin turun ni, elokla melancong dalam negara je kan.. nanti nak try survey kalau harga memang mampu milik.. korang dekat bestla, lagi la boleh ke sana selalu..

    ReplyDelete
  16. Jeles mak dengan model pantai tu weyh....hihi....
    Dahlah bertopi, mcm Kate Middleton you hihi... baju lak sedondon dengan air laut yg biru, background pulak cantik dengan pasir yg putih bersih . Cantiknya Atieeee...Rasa nak terbang ke sana srkarang jugak tau!

    ReplyDelete
  17. hu!! damain ya melihat lautan biru...sesekali bermain dgn laut..kan laut Allah yang cipta untuk hambanya nikmati..keindahan

    ReplyDelete
  18. lawa nampak pasir pantai tu...ehemm model tu juga nampak cantik menambahkan lagi kecantikkan gambar tu

    ReplyDelete
  19. cantiknyaaaaaaaa pulau dia kak. air laun tu memang menggoda sungguh!!!!

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..