Tuesday, 20 October 2015

Risau! Jerebu...

AssaLamualaikum
Lahad Datu dan Tawau, sangat terkesan dengan jerebu kali ini. Selalu nya tahun-tahun lepas kami jarang alami masalah jerebu ni walaupun kawan-kawan di Semenanjung dah jadi macam acara tahunan kan. Huhu! Tapi tahun ni memang terasa kesannya. Sampai anak-anak kena bercuti sekolah. Tak pernah terjadi tau! Sabar jak lah.
Pinjam pic kawan dari FB. 
Kalau ikutkan bila di posisi ini akan nampak Bukit Silam yang menghijau.
 Erm! nampaknya dah diselubungi asap :(

Aku risau sebab Mak aku ada asma. Kadang semput. Si abang Pae pun macam dah start batuk. Uish! risau hidu asap. Hari ini dan semalam abang Pae duduk rumah. Sebelum pergi kerja tadi, ibu dah pesan jangan main kat luar. Sebab bila keluar rumah pun dah bau asap. kena minum air kosong banyak-banyak. Si abang kata OK ibu! hihi
Harapnya cepat lah beredar wahai jerebu. Pergi jauh-jauh. Tak sukaaa.

17 comments:

  1. Assalam Sis..

    Jaga kesihatan sis sekeluarga yer... saya pun still x baik2 lagi batuk ni since Putrajaya kene jerebu teruk dari 3 mggu yg lepas... sekarang nak pergi mana2 pun rasa malas jer... dada sesak jer rasa... arini pun nampak pemandangan putrajaya still berjerebu...hrp2 hujan waktu terdekat ni..nak "cuci" langit yg kotor...

    ReplyDelete
  2. sekolah tutup sbb jerebu kann., ;

    ReplyDelete
  3. teruk sangat harini kalau area shah alam ni.. tak taula macam mana esok, tak ada pengumuman lagi ni

    ReplyDelete
  4. kat sini pon teruk..tak tau la camaner anak2 nak sekolah esok..cam makin tebal..

    ReplyDelete
  5. Bahaya ni. Kini Jerebu beracun. Hati hati.

    ReplyDelete
  6. Allahu..moga segeralah berakhir..mama PC dikampung pun kurang sihat..mertua pun sama...PC pesan jangan keluar rumah sangat..

    ReplyDelete
  7. Anak2 saya dah start batuk2..
    Moga cepatlah hilang jerebu

    ReplyDelete
  8. Harap cepat berakhir jerebu kan atie...sian budak2 nak main kat luar pun x boleh.Harap juga kesihatan mak atie tak terjejas.Anak2 kakak masa kecil semua semput ,mujor lh dh besar ni xde lgi kalau tidak teruk juga musim jerebu ni.

    ReplyDelete
  9. JEREBU KINI MENYEBABKAB KSHTAN KITA BERMASALAH APA LAGI ANAK2 N ORG TUA..LIDAH N KERONGKONG TERASA KESAT N SESAK DIBUATNYA....

    ReplyDelete
  10. tu la.jerebu macam surut kejap jak.lepas tu,start balik.dah tak tahan nengok keadaan persekitaran sekarang ni.gelap jak.hidu bau asap jak.adoi la.bila mau stop pun,ndak tau la.

    ReplyDelete
  11. Alahai taatnya dak Pa'e ni.....Sejuk perut ibu mengandung hihi.....
    Betullah Atie, kat KL pun teruk sangat dah ni. Rasanya masa cuti jerebu kali pertama hari tak teruk cenggini

    ReplyDelete
  12. Kat sini pepagi ni pun kelabu asap juga...sedih2 pun kita kna tempoh jugakan....

    ReplyDelete
  13. keningau pun makin tebal ni ..petang kemarin pedih dalam batang hidung Etuza

    ReplyDelete
  14. dekat rumah akak dah berbau asap je

    ReplyDelete
  15. Tahun ni menjadi-jadi pulakkan teruknya jerebu ni. Sekolah kat KL ni pun dah 4 hari tutup. Hari ni sekolah macam biasa tapi saya jadi pengetua tak bertauliah pergi cutikan anak, nak cukupkan seminggu ^_^

    Jerebu kali ni memang teruk betul. Sampaikan buka aje pintu rumah serta-merta bau asap dan sakit kepala beberapa minit kemudian. Memang takdalah nampaknya nak keluar rumah bagai!

    ReplyDelete
  16. salah satu tanda Allah untuk kita ni huuuuu. moga Allah ambik kembli Jerebu ni dan pinjamkan udara yang sihat untuk kita semua amin

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..