25.10.15

Ringkasan Jumaat, Sabtu & Ahad

Assalamualaikum
Tajuk ntah apa-apa!. Haha. Biasalah kalau idea dah kering, nak fikir tajuk pun dah blur. Saja nak cerita, hari Jumaat tu sebenarnya aku ambil cuti nak selesaikan urusan pembelian rumah di Tawau. Aku ke Tawau sorang-sorang, si abang Pae tinggal. Kena gerak sorang sebab nak cepat. So, pagi-pagi dah bertolak. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Sign agreement bank, jumpa lawyer, etc. Sabtu semalam just duduk rumah layan karenah anak bujang tu. Biasalah dia bila cuti memang banyak karenah. Nak makan bersuap, nak ajak main sekali. Ajak bercerita. Tengok kartun pun sama-sama. Layan lah dia janji happy. Hehe. Ahad hari ini, di rumah juga. Nak keluar pun berat sebab masih ada sisa-sisa jerebu. Jadi baik lah kita bertapa di rumah sahaja. Sambil tu gosok lah baju untuk 5 hari. Haha. Esok sambung mencari rezeki, baik lah kita simpan tenaga. Apapun moga hujung minggu kalian juga bermakna dengan adanya keluarga tersayang. 
Jumpa lagi. Bye!...

Related Posts:

  • BLOG Bercuti :) AssaLamualaikum Saja nak habaq yang blog tak picisan ini akan bercuti. Kemungkinan memang tak dapat publish apa-apa entry bermula hari ini 17hb-21hb… Read More
  • Sabtu Yang Mungkin Busy AssaLamualaikum Selamat berhari Sabtu you all! Buat apa tu? Aku hari ni mungkin agak busy. Ada beberapa perkara nak selesaikan. Dalam tengah hari ni… Read More
  • :: Cuti Pesta Ka'amatan... AssaLamualaikum Rakyat di bumi Sabah tengah bercuti-cuti sakan. Cuti sempena Pesta Menuai@ Pesta Ka'amatan@ Harvest Festival. Long weekend lah kami.… Read More
  • Ke Pasar Tamu Kampung Paris, Kinabatangan AssaLamualaikum Plan yang dah lama direncanakan. Baru Jumaat baru-baru ini 01.05.2015 terlaksana. Kami jalan-jalan ke Pasar Pagi di kampung Paris, K… Read More
  • Cerita Kosong di Hari Sabtu AssaLamualaikum Salam Sabtu you all! buat apa tu? hehe. Aku baru habis masak untuk lunch. Kejap lagi kot Kulingku nak balik makan tengah hari. Makl… Read More

10 comments:

  1. Alhamdulillah..betul..dalam keadaan sekarang lebih baik istirehat di rumah..

    ReplyDelete
  2. Wah...mesti best melayan kerenah si bujang tu...Bila mama ada, masa nilah abang Pae nak manja2.

    ReplyDelete
  3. wah dh bersedia nk jadi oranng tawau ni...bagus tu...

    ReplyDelete
  4. bosan betui bila jerebu ni..asyik terperap je kat umah.. Kalo tak boleh main kejar-kejar ker, main basikal ker... ehh! :D

    ReplyDelete
  5. salam atie ..
    Reserve tenaga tu ..
    esok kerja .. bagi isnin yg ceria

    ReplyDelete
  6. Macam mana dgn atie... dah baik ke..

    ReplyDelete
  7. Asalamualaikum atiey..kat sini masih jerebu..take care atiey

    ReplyDelete
  8. Beruntunglh hensem boy tu ye..nk manja2 di kla mak dia adalh tu,..

    ReplyDelete
  9. Dah tak de geng Atie, surelah maknya yg diajak main. Tak mintak nenek layan ke?

    ReplyDelete
  10. harapnya jerebu cepat berlalu kan

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..