30.5.13

::Dialog Ibu & Pa'e part 9::

AssaLamualaikum
Cerita si budak tumpis dah makin bertambah dari hari ke hari. Ada sahaja yang ditanyakan, ada sahaja yang nak diceritakan. Alhamdulillah, makin ceria hidup keluarga kecil ku. Semalam balik kerja, masuk dapur nak goreng cekodok pisang. Perbualan kami:

Pa'e : Ibu masak ape? (bahasanya dah campur2 pelat Semenanjung+Sabah)
Ibu   : Goreng cekodok pisang.. jangan dekat-dekat Ibu, nanti kena minyak.
Pa'e : Abg Pa'e nak tengok Ibu macak (masak)
Ibu   : Abg Pa'e nak tolong ibu masak kah?
Pa'e: Abg Pa'e kan kecil lagi Ibu.. nanti abg Pa'e besar, baru abg Pa'e tolong ibu macak ya...
Ibu   : Haha.. ya lah sayang..

Ada je kan budak-budak ni. Bercakap dah macam orang dewasa. Macam dia dah faham semua. Macam Pa'e ni kekadang sampai tak terlayan nak bercakap. Bila dah tak boleh jawab, aku diam sahaja. Lama-lama dia pun senyap. Haha..

*Sabah Public Holiday hari ni & esok. So, weekend kami 4hari..cuti-cuti dirumah..:)
WasSALam^_^

12 comments:

  1. wah..dah makin becok mulut dia bercakap...selamt bercuti atie..:)

    ReplyDelete
  2. Hehehe..samalah ngan si tumpis fiji nie..radio buruk prop prep prop prep tak henti2..skarang nie lak banyak tanya itu ini..mmg letih nak melayan..
    pa'e kalau masak mesti best dr yg ibunya buat kan...hihhi

    ReplyDelete
  3. mkn byk ckp pa'e skg ye...si aliya pun mcm tu...kdg2 mode mls nk lyn tu mari jgk...syp je lah..tp bile syp die marah pulak tak jwb...hihihi;) kerenah anak2 kecil;p

    ReplyDelete
  4. betol tuu..anak kalau dah pandai cakap..sampai terkesima kita nak menjawab soalan tak putus2 ehe..

    ReplyDelete
  5. Anonymous12:00 pm

    ciri2 anak mithali nih! :D

    -Chipsmore-

    ReplyDelete
  6. Hehe.... betul apa yg dia cakapkan tukan Atie.....
    Dia kan masih kecik lagi...manalah dpt tolong ibu lagi! macam org besar je gaya pikir budak tumpis tu...alahai comenya!

    ReplyDelete
  7. Semakin cerdik Pa'e kan. Kakak percaya Atie kalau kadang apa yg dia tanya tak terjawab.

    ReplyDelete
  8. seronok kan bila ada org berbual.
    mcm sy sunyi kak

    ReplyDelete
  9. hahahahaa...pandai diaaaa...boleh layan sembang2 dengan dia

    ReplyDelete
  10. best lau borak ngan budak..lagi dia boleh respon memacam..kt ctu je dh bleh psiko train dgn mende positif ..insyaAllah, melekat smpai ke besor..
    ygpnting, anak laki kene train masuk dapur gak tlg ibu..inssyaAllah, dia lebih memahami pngorbanan ibu esp bile besar.. bijak pae..

    ReplyDelete
  11. Bestnya ada anak.. huhu. Btw, selamat bercuti :)

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..