Assalamualaikum
Saja buat gempak. Macam lah aku sahaja yang En Abil Fikri ni Follow kan?..haha.
Tapi sebenarnya betul-betul terkejut bila En Abil Fikri follow blog ku ini. Kenal tak dengan Abil Fikri? Duda idaman Malaya kot sekarang ini. (jangan marah tau En Abil:). Beliau pernah mewarnai media tempatan dengan kisah pengorbanan dalam menjaga isteri yang sakit. Sehingga sanggup berhenti kerja demi menguruskan keperluan isteri tercinta. Kini Kak Gee telah meninggalkan beliau buat selamanya (kembali ke rahmatullah baru-baru ini). Al-Fatihah buat arwah Kak Gee, moga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin! Sesungguhnya arwah Kak Gee beruntung mendapat seorang suami sebaik En Abil. Cinta dan sayang pada isteri membuatkan En Abil sanggup berkorban apa sahaja. Masa, tenaga, wang ringgit & kasih sayang tak berbelah bagi. Sehinggakan beliau mendapat gelaran SUAMI SATU DALAM SEJUTA.
picture : Google
Sekarang ini En Abil aktif dalam program-program motivasi. Alhamdulillah boleh juga beliau kongsikan pengalaman-pengalaman beliau. Memang contoh suami mithali diabad ini. Aku buat entry ini bukan niat mengatakan bahawa Kuling ku tak baik. Hehe! Sebaliknya kisan En Abil & Kak Gee ini boleh kita jadikan motivasi. Kepada para suami, isteri adalah tanggungjawab dan amanah anda! Sekadar menjadikan kisah beliau & isteri sebagai motivasi pada diri agar sentiasa menyayangi pasangan dalam keadaan apa jua. Bak kata En Abil " Allah pinjamkan isteri saya sementara ketika dia sihat & sakit. Sekarang Allah ambil dia kembali". Walau sekasih manapun saya pada Gee, Allah lebih menyayangi dia". Terharu sangat bila baca kisah mereka. Kepada En Abil moga terus tabah dalam menjalani kehidupan selepas ini. Sudi-sudikan lah berkongsi ilmu dengan para pembaca di blog anda.
WasSaLam^_^
Terharu dengan kisah en. Abil kan..kalau isteri berkorban begitu mmg biasa, tetapi jika para suami mmg satu dalam sejuta betul ...semoga Allah menemukan mrkkembali di jannah,,,
ReplyDeleteMemang betul satu dalam sejuta kakak rasa tepat sekali...
ReplyDeleteBeliau pun follow kakak juga tau tapi dah lamalah sebalum Gee meninggal lagi..
Salam atie,
ReplyDeleteBrtambah besar dan meriah keluarga blog atie,
Sedikit sebanyak tau juga kisah abil. Semoga allah swt beri kekuatan kpd nya utk mnghadapi hari2 mndatang.
Alfathihah utk arwah isterinya
Dalam gambar di atas tu, ada plak gambar Aniq Bukhary.. huhu. :)
ReplyDeleteTerharu baca cerita di blog Abil, KA suka jd silent reader aje
ReplyDeleteSemoga roh Kak Gee ditempatkan pd org2 yg beriman.
ReplyDeletesemoga abg abil semakin tabah..
ramai yg memperkatakan tentang kisah beliau...
Salam ziarah Atie, itu lah cinta sejati kan...;)
ReplyDeleteabil ni bgus kak.. lau kita follow dia.. dia mesti follow semula... kadg setengah blogger yg glam tue tak mahu pun follow blog yg tk pemes nie kan..
ReplyDeleteU guys kan part of me, so saya follow ler..hanya kadang2 tu no komen jadi silent reader jea..Ada baca N3 kafir tanpa sedar tapi tak komen jea...
ReplyDeleteAnyway, tqq dok share citer saya tu dan love U guys semua..terima kasih Atie n tqq U guys..
Untungnya Encik DIM tu hehe...siap ada entri khas lagi!
ReplyDelete