3.12.12

:: IBU Pendidik AQidah Anak ::

AssaLamualaikumJ
Salam pagi Isnin kawan-kawan.. 
sekadar berkongsi dari apa yang aku baca dari Majalah Al-Ustaz bagi mengisi hujung minggu ku…
Ibu adalah Insan mulia bagi seorang anak.. Ibu & Ayah adalah contoh teladan terbaik anak-anak dan oleh kerana itu, ibu bapa harus menekan kan soal akidah semenjak anak-anak itu masih kecil…
Seorang Ibu pula adalah berperanan dalam menanam Aqidah yang sahih dalam Jiwa anak-anak…
Terdapat beberap perkara asas dalam pembinaan akidah yang sahih kepada anak-anak. Antaranya ialah:
  1.  Menanam kan kalimah Tauhid kepada anak-anak, mendidik mereka memahami dan menghayati kalimah Tauhid.
  2. Berusaha mencintai Allah S.W.T dan merasa diawasi oleh-NYA, memohon pertolongan kepada Allah serta beriman kepada Qadak & Qadar.
  3. Menanamkan kecintaan kepada Rasulullah S.A.W dan keluarga baginda.
  4. Mengajarkan Al-Quran kepada anak-anak
  5. Menanamkan akidah yang kuat dan kerelaaan berkorban demi akidah tersebut.
  6. Memastikan persekitaran yang soleh untuk tumbesaran anak-anak dan membimbing anak-anak untuk memilih sahabat yang baik & soleh.
Imam Al-Ghazali merumuskan bahawa dlm proses menanam akidah pd peringkat awal umur anak-anak, tindakan nya hendak lah bermula dengan hafalan, kemudian pemahaman , seterusnya kepercayaan dan diteruskan dengan keyakinan yang mantap..
Sumber : Majalah Al-Ustaz. Isu No :8

Semoga menjadi anak yg soleh..amin :)
Semoga kita dapat menjadi Ibu bapa contoh pada anak-anak kita, yang dapat mendoakan kita bila kita sudah tiada nanti... amin!
sesungguhnya aku masih banyak kekurangan yang perlu diperbaikiL.
WassALam ^_^ 

22 comments:

  1. Salam tie...
    Thanks kerana perkgnsian yg mulia ini..bukan senang nak mendidik anak2 kan..tambah2 kita yg baru pertama kali..moga2 anak2 kita menjadi anak2 yg soleh..ameen

    ReplyDelete
  2. Thanx for sharing atiey...anak-anak adalah cerminan ibubapa..moga kita dapat menjadi ibu yg terbaik buat anak² kita...

    ReplyDelete
  3. tq..bagus sgt info ni..

    ReplyDelete
  4. semoga jue dapat jadi anak yang baik untuk ibu jue...

    thanks akak

    ReplyDelete
  5. Membentuk peribadi anak2 juga tanggungjawab bapa..tapi ramai yg menyerah bulat2 tugas itu kpd ibu.
    Kalau ibubapa bekerja pula menyerahkan bulat2 kpd guru..yak boleh macam tu kan!

    ReplyDelete
  6. Anonymous10:19 am

    setuju sgt tu!

    ReplyDelete
  7. salam ATIE....
    Semua ibu nakkan anak2 yang soleh/solehah tq kongsi info nie ye...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum...

    Satu perkongsian yang baik... Pendidikan anak bermula dari rumah...

    hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah- suci), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi ... (riwayat Bukhari dan Muslim)

    Semoga kita semua mendapat anak soleh dan solehah.. Amiin

    ReplyDelete
  9. terima kasih atie atas perkongsian ini..saya juga masih banyak kekurangan..semoga anak-anak kita menjadi orang yang baik-baik

    ReplyDelete
  10. salam atie..
    trm kasih..satu pkongsian yg bermanfaat..
    kt manusia mmg byk kkurangan tp sbgai mnusia juga kt mampu mperbaiki kkurangan itu..ayuh, sama2 kita jd ibu bapa misali...untuk sebuah khidupan yg terbaik disana nnti(akhirat&syurga)..:)

    ReplyDelete
  11. semoga kita sama sama berjaya mendidik anak anak dengan sempurna... aminnn....

    ReplyDelete
  12. saYe nk jd cntoh utk adik2 saye,hehehe

    ReplyDelete
  13. salam atie,

    Doa saya semoga kita semua beroleh anak2 yang soleh dan solehah.

    Amiiin. :)

    ReplyDelete
  14. salam atie sudi bw kat tmpt saya..
    tersentuh hati sgt baca tulisan atie..sbagai ibu mmg nak lihat anak kita terdidik dgn sempurna tp apakan daya anak2 jauh dr mata..yg ada hanyalah seorg ini (mudah2an yg seorg ini menjadi anak yg solehah)..

    ReplyDelete
  15. Salam kenal....thanks for info...memang amat berguna...

    ReplyDelete
  16. semoga saya dapat menjadi anak yang solehah dan bakal ibu yang baik suatu hari nanti..... info in sangat berguna... :) terima kasih.

    ReplyDelete
  17. terima kasih ye kak untuk perkongsian ni.. berguna untuk saya satu hari nanti ni..hehehe

    ReplyDelete
  18. .. Hish atie....nak melepaskan komen ni pun refresh 5-6
    Besarnya tanggungjawab kita Atie.... pelan oelan kayuh heee

    ReplyDelete
  19. Amin....amin amin. Saya ni baaaaaaanyak nak kena betulkan, dan baaanyak lagi nak kena belajar ni Atie, huhuhu. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  20. good sharing. boleh amalkan ni. hmm.. time cuti sekolah ni boleh la suruh amirul hafal menghafal.

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..