18 Dec 2012

:: Tip Membuat Rutin Tidur Anak ::

AssaLamualaikum..
Kadang-kadang anak kita mempunyai masalah untuk tidur malam... 
Pa'e pun sama, kadang tu sampai pukul 10.30pm mata dia masih terkebil-kebil... belum boleh tido, pastu sibuk ajak kita menyembang... Mata Ibu ni dah nak lelap tapi hero tak mau tido ..haha:D
Terjumpa info ni di SINI.
Langkah-langkah untuk membuat rutin tidur anak:
1.Tetapkan waktu tidur pukul berapa...ianya mestilah masa yang sama setiap hari.
2. Hentikan aktiviti/permainan anak 30 minit sebelum waktu tidur yang telah ditetapkan.
3.Suramkan lampu bilik anak anda.
4. Mandi, gosok gigi, baca buku atau bercerita ringkas setiap kali sebelum tidur adalah 'clue' bagi anak anda bahawa selepas itu dia perlu tidur.
5. Puji anak anda keesokan paginya kerana mematuhi waktu tidur.

Rutin di atas hendaklah dimulakan sejak anak memasuki peringkat 'toddler' (merangkak dan mula hendak bermain sendiri).. 
PETUA jika anak mengalami masalah/gangguan ketika hendak tidur pula, 
Amalkan :
Baca Surah Al-fatihah dan Ayatul Kursi sekali, dihembus ke seluruh badan anak..
Baca Surah 3 Qul, hembus ke tapak tangan anda, kemudian usap tubuh anak (3kali berturut-turut) .
Lebih baik diamalkan sebelum tidur setiap malam, termasuk doa hendak tidur dan bangun tidur di waktu pagi.
Pa'e dah 2 tahun 10 bulan.. besar dah! tapi boleh cuba juga amal kan...
Selamat Mencuba:)
WasSaLam^_^

28 comments:

  1. Atie...Tu Pa'e boleh ikut tu.... kalau orang tua pulak macamana? ha...ha...

    ReplyDelete
  2. wahh boleh praktikkan ni..sbbb anak saya pon jenis tido lambat..pastu bangun pagi punya lah payah..huhuhu..thanks sharing..

    ReplyDelete
  3. Anak saya mempunyai masalah time tido yg tak tetap...haishhhh...thanks for the tips.

    ReplyDelete
  4. Info menarik ni..^_^ Anak buat cik Que pun selalu tidur lambat..tapi kalo bangun pagi sebelum org lain bangun dia dh bangun dulu..hihi..

    ReplyDelete
  5. hmmm anak buah moon selagi makcik pakcik dia xmasuk tido..selagi tu dia xmoh masuk bilik... xmoh tido..ajak main ajer

    ReplyDelete
  6. hehe nice..
    saly sllu amalkn baca surah alfatihah n ayatul kursi..llu hembus ubun2 kpla ank.. sesuai utk lembut hati ank jg..:)

    ReplyDelete
  7. Anak AK kalau AK tk tidur mmg dia tkkan tidur punya..duk main je

    ReplyDelete
  8. Info yg bermanfaat tu Atie terima kasih sharing :D

    Tapi akak terbalik pulak ... Nabil sibuk ajak akak masuk tido sedangkan banyak mama dia nak kena buat keje... kalau ikut masuk tido sama nabil dengan akak sekali zzzzzz hahahha :P

    ReplyDelete
  9. anak kecik wak pon kekadang sampai ke pagi baru nk tidoo.. uuhhuuu

    ReplyDelete
  10. info y berguna... :) nnt lau ada ank nak bt mcm ni la..hihi

    ReplyDelete
  11. btl suma info ni kak atie sbb c baby pun dlu kami pratik mcm ni juga dr kecik smpai la skrg terbiasa suda dia hehehe so mmg senang keja kt x yah main paksa dia tido sbb dia tau time dia utk tido secara automatiknya hehehe

    ReplyDelete
  12. saya mudah je nak tido budak2 ni...tutuplampu semua..suruh masuk bilik...dalam 10 minit dah tido...baru saya buka lampu luar buat kerja lain ke sambung tengok tv ke...hehee...apa2 pun info ni memang sangat berguna....tq

    ReplyDelete
  13. Aleesya pun sama. kalau main. lupa nak tido. lagi lampu dok menyala jgn mimpi le dia nak tido. padam l;ampu ters zzzzz

    ReplyDelete
  14. hehehhe..bebudak mmg kena slu train..anak saya skg ni kol 830 je mesti dh nak tido..sbb dh train klu ari nak gi taska mlm mesti tido awal..klu x nti pg susah nk bgn..klu ari cuti xper..tido lewat pon tak per..

    ReplyDelete
  15. Good info,terima kasih ats info. boleh praktik ke anak dara saya nanti. :)

    ReplyDelete
  16. never too late to try ;) Saya lucky JJ jenis dah ada timing tido, yer la main alone at home, same routine, pandai la dia tdo. cuma semalam dia terlepas day nap.

    ReplyDelete
  17. perkongsian yg menarik...thnks dik...

    ReplyDelete
  18. niesa dari kecik dh biasa tido awl..asal pkul 9 je mataa dh berat..ayah xbg tdo lewat dan berjaga..

    ReplyDelete
  19. noted!
    boleh dpraktikkan nnt.. hehehe

    ReplyDelete
  20. Nice info Teman, ditunggu singgah baliknya

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..