AssaLamualaikum..
Semua daripada kita mengharapkan yang terbaik buat anak-anak kita. Namun kadang-kadang tanpa kita sedari terdapat kesilapan dalam mendidik mereka. Sama-sama kita memperbaiki diri dalam mengurangkan kesilapan dalam mendidik anak-anak anugerah Illahi ini.
picture from Google |
1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama
Sumber : Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak'oleh Dr. Hassan Ali, AKRAB 1996
Walaupun kita pernah melakukan kesilapan-kesilapan di atas, kita masih boleh memperbaiki diri agar ianya tidak berulang. Semoga kita diberikan KESABARAN yang tinggi dalam mendidik anak-anak kita. Aku sebenar nya amat TAKUT! TAKUT tidak dapat mendidik anak seperti yang diharap kan (cemerlang dunia & akhirat). TAKUT tidak dapat menjadi IBU terbaik buat hero kecil ku itu. TAKUT membesar kan nya di zaman serba mencabar ini.. Ya ALLAH bantu lah aku!
WasSaLam^_^
Nice info.. Nk share dgn husband lah...
ReplyDeletethanks...info yg menarik untuk kite sesama perbaiki diri
ReplyDeletekkdg2 kite bertindak marahkan anak2 di luar kawalan kite sendiri...haiiiii
Berat tanggungjwb yg di pikul oleh ibu bapa....saya pun masih berusaha utk menjadi ibu yang baik kepada anak2...tq sharing
ReplyDeletenice info.. :)
ReplyDeleteBila dah jadi ibu-bapa ini baru kita sedar tanggungjawab kita bukan sekadar utk makan-pakai aje tapi meliputi kerohanian yg kelak membentuk mereka atie. Moga kita mampu menggalas semua dgn baik..
ReplyDeletetq...Atie info menarik nie.....masih banyak perlu di perbetulkan.....moga belum terlewat.....
ReplyDeleteSalam tie..sapa ibubapa yg takpernah buat kesalahan tu kan..takut tuh mmglah takut kan..sbb pun belum ade pengalaman..bila tak dengar kata ms kecik2 ni pn dah risau..huhuhu
ReplyDeletehanya yg bergelar ibubapa tahu dan faham betapa susahnya menjadi 'ibubapa'..
ReplyDeletetrima kasih ..msg yg berguna untuk saya dan suami :)
ReplyDeletethanx for sharing Atiey..besar tanggungjawab kita sbg ibubapa dlm mendidik anak...moga kita dpt menjadi ibubapa yg terbaik buat anak2 kita...
ReplyDeletethnks sharing ni..bagusss sbg panduan.
ReplyDeletekena banyak sabar dalam mendidik...ingatan untuk saya juga
ReplyDeletebagus info ni...tq...
ReplyDeletememang sayapun selalu buat salah.. berdoa moga diberikan kekuatan
ReplyDeleteuntuk sentiasa membaiki diri..
tq share...amat membantu..:D
ReplyDeleteNo.26 tuh..slalu dah buat.bukan apa tapi fobia dgn kejadian yg tak diingini berlaku
ReplyDeletesaya suka ni kak! akak jangan delete blog tau.. next time nak refer balik! hehe ;)
ReplyDeletemak ayah skng sibuk.
ReplyDeletekuar pagi balik petang.
dah balik konpem penat.
nak bersama anak2 pun x sempat kan.
xpe.. setiap kesilapan boleh di perbetulkan..
ReplyDeleteasdalkan kita tahu di mana silapnya :)
Memang berat tugas mendidik anak2 ni kan, saya sendiri terkial2 mendidik diri sendiri, and extra effort needed untuk anak. Insya Allah....
ReplyDeleteMintak izin copy ni ye atie, senang nak buat rujukan, kalau tak nanti terhegeh2 mencari, dah lah pelupa. :)
ReplyDeletemenarik untuk perkongsian kita yang bergelar ibu dan bapa...
ReplyDeleteWah... ngeri ni Atie.... nampaknya ada beberapa yg dalam list...hehe... kena kasi repair dulu ni
ReplyDelete