3 Jan 2013

:: 6 Sebab SUKA MENGUMPAT ::

AssaLamualaikum
Kadang-kadang wanita ni selalu di kaitkan dengan perkataan "suka mengumpat" kan?
Cuma nak betul kan lah, bukan semua macam tu..
Setiap wanita ada perangai masing-masing, so tak adil kalau semua wanita nak disamakan.. betul tak? Kalau diikut kan kaum Adam pun ada yang suka mengumpat ni.. kadang-kadang lagi teruk dari kaum hawa..haha....wahai blogger2 adam, ada yang terasa tak??..hihi..opps..sorry!
Kredit picture to Google
Menurut Imam al-Ghazali, ada 6 sebab seseorang itu suka mengumpat:
1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam. 
2.  Suka mendengar dan mengikut perbualan teman yang menyerang peribadi dan kehormatan orang lain. 
3.  Mahu bersaing dan menonjol diri dengan menganggap orang lain bodoh.
4.  Desebabkan dengki, dia berasa iri dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya. 
5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan sesuatu mengenai kelemahan dan kecacatan orang lain.
6.    Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain. 

Imam Al - Ghazali selanjutnya menyarankan 5 perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat:
* Mesti sedar dan insaf bahawa Mengumpat itu berdosa.
* Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri spt sabda Rasulullah S.A.W. yg bermaksud : 
"Syurga adalah bagi orang yang membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang lain".
* Hendaklah berasa malu terutama apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencelakecacatan orang lain seolah-olah mencela Tuhan yang menciptakannya.
* Hendaklah insaf dan sedar sebagaimana dia berasa tersinggung dan sakit hati apabila perlakuannya dan peribadinya dijadikan bahan umpatan.
* Menguatkan iman kerana secara tidak langsung akan mengelakkan lidah daripada suka mengumpat.

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Semoga kita tidak tergolong dalam kategori di atas...amin! 
Kadang-kadang BERDIAM itu lebih baik dari berkata-kata..:)
WasSalam^_^

23 comments:

  1. kesian orang yang diumpat tu kan... hehehe.. kak atie orang sabah rupanya... sama la...

    ReplyDelete
  2. Moga kita dijauhkan dari sifat² sebegitu...

    ReplyDelete
  3. amin!moga kita dijauhkan dr sifat2 tu.. :)

    ReplyDelete
  4. kena wat azam plng menggunung nk berenti ngumpat ni uhuks

    ReplyDelete
  5. dari mengumpat baik buat ketupat...boleh jugak makan..hihi...#gurau je

    ReplyDelete
  6. xelok kan mengumpat...baik dok diam jer..zip mulut

    ReplyDelete
  7. Amin...in shaa allah. Betul tu, lelai pon suka megumpat juga tau.

    ReplyDelete
  8. sebab tu kita tak perlu bercakap bende yg tak perlu..pelagi kalu dok berlonggok2 tu..

    ReplyDelete
  9. kkdg tu kite sendri tak dapat lari dari mengumpat ni kan...haii tak baek..tak baek...kena sentiasa muhasabah diri...moga kite semua dijauhi dari segala kezaliman...aminn

    ReplyDelete
  10. kdang tak sedar dok ngumpat org hahaha.. biasalh benda ni mana pon ada insyallah cuba berubah dan kurangkan even x sempurna..

    ReplyDelete
  11. kdg2 memg tak sedar kite termengumpat....insyaALLAH lepas nih cube blaja tahan diri dr buat ketupat

    ReplyDelete
  12. terkadang cakap 'bukan nak mengata cuma nak cerita" padahal dah ngumpat dah pun...

    ReplyDelete
  13. dah jelas2 mengupat tu....berdosa...tapi masih ramai yang berlumba2 nak buat kan...

    ReplyDelete
  14. heheh..lelaki pun kalo kadang2 ade jugak mengumpat.

    ReplyDelete
  15. kalau boleh jauhkan dari mengumpat..
    tq kak atie..

    ReplyDelete
  16. Salam atie..
    lambat dtg hari nie..baru balik outing maghrib baru sampai umah...ngumpat tuh kan kalau kena geng memanglah makin menjadi2..baik dok sorang2...kwang kwang....

    ReplyDelete
  17. bab mengumpat ni menyakitkan hati mangsa yg kena umpat

    ReplyDelete
  18. benda ni mmg payah nak control kan, sometimes bercakap2 tanpa sedar dah masuk bab mengumpat. tu la berdiam adalah yg terbaik. tapi skang ni mulut diam tapi jari tup tap tup tap menaip huhuhuhu

    ReplyDelete
  19. betul2,,kdg dh syok sgt bcerita smpai mengumpat pulak

    ReplyDelete
  20. Pagi tadi tv 9 pasal mengumpat.... Org yg diumpat akan dpt pahala kita

    ReplyDelete
  21. Moga dijauhkan dr sifat ngumpat..

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..