AssaLamualaikum.
Semua daripada kita pernah merasa resah. Bila rasa resah itu menguasai diri, memang hidup akan rasa tidak tenang. Penyebab keresahan dalam hidup manusia menurut pandangan Islam terlalu banyak tetapi yang menjadi punca utama ialah :
Picture: Google
1. Tidak adanya iman atau lemahnya iman seseorang.
2. Percampuran antara iman dan syirik.
3. Kurangnya kesedaran bahawa dalam usaha manusia ada ketentuan Allah yang Maha Berkuasa. Manusia hanya sebagai makhluk yang diciptakan dan berada dalam kekuasaanNya. Firman Allah Ertinya : "Dan kepunyaan-Nyalah apa-apa yang di langit dan di bumi, semua makhluk tunduk kepadaNya" (Surah al-Rum : 26)
4. Umat Islam kurang menghayati dan mengamalkan kehidupan berumah tangga berlandaskan ajaran Islam.
5. Ibu bapa atau penjaga kurang memberi perhatian ilmu pengetahuan dan pendidikan keagamaan kepada anak di samping ilmu pengetahuan yang lain.
6. Kebebasan dalam pergaulan tanpa didasari dengan keimanan sehingga boleh mempengaruhi manusia melakukan perkara yang haram mengikut hukum syarak.
7. Manusia terlalu membanggakan ilmu pengetahuan hasil daripada pemikiran akal manusia tanpa disertai iman sedangkan pemikiran manusia amat terbatas.
8. Pengaruh makanan dan minuman haram ke atas umat Islam secara sedar atau tidak sedar.
9. Adanya penyakit rohani yang membahayakan dan merosakkan peribadi dan martabat manusia seperti hasad, dengki, khianat, dusta, takbur, riak dan sebagainya.
10. Kurangnya kesedaran rasa syukur sewaktu mendapat nikmat Allah S.W.T. dan terlalu mementingkan urusan duniawi.
11. Sentiasa diselubungi perasaan bersalah atau berdosa kerana telah melakukan perbuatan terkutuk yang bertentangan dengan hati nuraninya sehinga terjadi konflik batin. Konflik batin ini menyebabkan gangguan fikiran seperti tidak tenteram dan tertekan.
Apapun penyebab kepada keresahan itu, semoga kita dapat mengatasi nya dengan bijak. Guna lah akal sebaik mungkin dalam menghadapi keresahan itu. Fikir positif selalu dan elak kan anasir-anasir yang tidak sihat menganggu fikiran. Moga bermanfaat pada semua.
WasSaLam^_^
setuju
ReplyDeletebagus entry nie
Salam atie..bagus yg dikongsikan nie..kalau resah2 jgk elok baca quran2 byk2 ngan maknanya sekali kan...moga2 kita sentiasa dpt ketenangan jiwa dunia & akhirah..
ReplyDeleteTq SHARE..ilmu yang bermanfaat
ReplyDeleteTq sharing info yg sungguh berguna nie :D
ReplyDeleteTq share..panduan yg berguna .. :D
ReplyDeletethank sharing :)
ReplyDeletetp keresahan saya ni...ish.xtau nak habaq lagu mana..huhu...terimakasih perkongsian nya kak...(skema jap)huhu
ReplyDeleteTak ada org yang nak hidupnya resahkan Atie ....kalau boleh nak yang hepi hepi aje....takde masalah tapi sebagai manusia memang tak sunyilah dengan dugaan dan musibah yg membuatkan kita akan jadi resah... semoga kita dapat menangani dgn baik dan berimankan Atie.. ( eh? macam series pulak komen okje ni hehe..)
ReplyDeletethanks sharing2..
ReplyDeletethanks sharing ini Atie..:)
ReplyDeletetq...kongi info menarik nie Atie....
ReplyDeleteresah...gelisah...semua pernah merasa. selagi nama manusia.
ReplyDeletesetuju dengan Kakak...gunakan akal sebaiknya kan.
nice sharing dear...
ReplyDeleteapa2 berbalik pada Islam... kalau betul, InsyaAllah hati pon tenang ;)
ReplyDeleteaah.. tak boleh biarkan je. kena cepat2 cari jalan keluar.
ReplyDeleteKetenangan hakiki tidak mungkin diperoleh melalui penyelesaian berbentuk keduniaan. Dan hakikatnya tiada seorang pun diantara kita boleh terlepas daripada masalah kehidupan. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah atas perkongsian ini ... Betul tu.. Dalam kehidupan ni kita perlu banyak beristighfar ... Mungkin Allah beri cahaya di hati kita namun tak sampai mungkin kerana dosa kita yang banyak ... Bersihkannya dengan istighfar in syaa Allah semuanya baik-2 saja :)
ReplyDeleteSama mcm kalau lampu suluh dinyalakan tetapi dihadang oleh kain yg gelap,tak sampai cahaya tu ...
info yang berguna atie..banyak sebab rupernya yg menjadi penyebab hati sentiasa resah gelisah jer..
ReplyDeletesekarang ni memang ramai manusia yg suka berbahaas guna akal ...bahaya betul
ReplyDeleteTetiba teringat lagu "Bila Resah"... saper nynayi I tak tau. Heishh tengok perangai, orang tazkirah Jumaat, I duk lagha lagha jugak. Ya Allah...
ReplyDeletenice info kak..tengs sharing
ReplyDeletekeresahan tu perasaan yg ada pada setiap manusia,yg paling penting bagaimana cara kita menanganinya..:)
ReplyDelete