AssaLamualaikum..
Mungkin ramai dah tahu info ni. Macam aku setelah baca artikel ni baru tahu beza antara Marjerin dan Mentega. Kena ambil tahu, sebab benda ni selalu ada di rumah dan selalu kita gunakan dalam masakan. Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka. Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Percaya tak?
TAHUKAH ANDA .. Perbezaan antara Marjerin dan Mentega?
Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada Marjerin. Menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru, dengan memakan Marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega.
Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!
Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.
Marjerin pula, ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak 3 kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.
Apa yang paling membimbangkan ?
Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan kita supaya mengelak dari memakan marjerin dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).
Cuba melakukan ujikaji ini:
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:
*Tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya
*Ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda? erk! seram baca ini!
Kredit : SINI
So, bila dah tau ni boleh lah mengurang kan pengambilan marjerin sebalik nya beli lah mentega (eh! mcm promosi plak). Semuanya untuk menjaga kesihatan seisi keluarga. Betul tak?
WassaLam^_^
Owh...kena beli mentega lah lpas nih. Thanks for the info.
ReplyDeletePernah jgk baca tentang nie atie..tp tidak berubah jgk habitnye..heheh..saya suka butter, tp abuaidan prefer marjerin..semua nak sapu marjerin jer..biskut pun...ari tuh sy ckp psl lalat tak hinggap tak marjerin..pastuh kebetulan ade lalat kat meja..kitorang nunggu tengok tul kena..ade lah singgah sikit.heheh
ReplyDeleteplastikk!! ada plastik la dlm bdn ni huhu..
ReplyDeletetq info ini Atie..baru tau ni..
lepas ni beli mentega nda mau lg beli marjerin..
ok... fakta ni memang dah lama sy cari... saya pun selalu keliru antara mentega ngan marjerin...thanks for sharing...(",)
ReplyDeleteOo baru tahu mmg selama nie xpernah tau pun.. Tq sharing ya.. :D
ReplyDeleteerr.. majerin membunuh.. err
ReplyDeleteekkk..seram pulak bila tau.
ReplyDeleteyg sedap tuh lah selalu yg bahaya
ReplyDeleteooo... x sama erk..?
ReplyDeleteSaya lebih suka mentega......:D
ReplyDeleteok tq share ye
ReplyDeleteXnak dah beli marjerin huhu
ReplyDeletekalau makan merjerin banyak2 boleh la dapt muka ala plastik botox hehehe.
ReplyDeleteMentega mahal kan.
saya mmg lebih suka guna mentega pun. nasib baik la. ;) tq info.
ReplyDeletementega memang sedap harganya pun lebih mahal dari marjerin...info ni pun baru saya tahu..tq
ReplyDeleteTerima kasih atie atas info yg bermanfaat ni. Pernah juga sy terbaca ttg ini tapi sy lupa kat mana dah, mungkin kt blog or kt majalah.
ReplyDeletehe3..baru tau..tq share.
ReplyDeleteoh..kena tukar la lepas ni..tq sharing
ReplyDeleteEkkk? plastik? dh nak hampir2 tu.. adehh la.. abih tu, yang jagung campur marjerin tu? dah la sy suka makan cmtu.. sedap ooo... :(
ReplyDeleteBtl tu atie...mentega ada kandungan nutrisi yg bagus berbanding marjerin...info yg sgt berguna utk dikongsi bersama!:-)
ReplyDeleteMarilah kite sama2 menjaga kesihatan...hehe:-)
Nice Info Atiey..Nasiblah Ktorang memang selalu guna mentega dari majerin..
ReplyDeletesangat2 infomatif!..patutla dlu selalu org betulkan..kalau cakap majerin,katanya mentega..kalau kata mentega..sebut majerin...pada saya dua2 sama ja..haha..ingat lg dlu cam satu lemak haiwan..satu lemak sayuran..tak ingat yg mana satu sudah...
ReplyDeleteBaru tau, selama ni makan bahan yang hampir jadi plastik.. Memang merbahaya untuk kesihatan. Tq Atie.
ReplyDeletekat sini agak susah nak jumpa marjerin... lebih banyak yg jual mentega :)
ReplyDeleteselalu juga tertanya2 beza marjerin dan mentega. fakta berkenaan marjerin sikit lagi boleh jadi plastik sangat menakutkan.... :D
ReplyDeleteHoho...baru tau Atie...so igt mentega tu lagi tak bagusnya...tp sebaliknya pulak ek....bis tu nk beli brand apa eh Atie?...selalunya soft margerin je...planta
ReplyDeletehuh!..plastik la kite mkn selama nih!
ReplyDeletegud info..sy pun baru je tau tentang margerin nih!..
tq dear..