AssaLamualaikum..
Kanser adalah sejenis penyakit yang paling ditakuti oleh kita semua. Orang kata lebih baik mencegah daripada merawat. Terdapat pelbagai jenis kanser yang perlu kita ketahui simptom-simptom agar kita dapat berhati-hati dari awal.
(1) Kanser Pangkal rahim- sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan
(2) Kanser payudara- bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada
(3) Kanser Usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air
(4) Kanser Paru-paru- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah,sakit dada dan hilang berat badan
(5) Kanser Perut- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur,cepat kenyang walaupun makan sedikit
(6) Kanser Limpa- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak
(7) Kanser Ovari- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam
(8) Kanser Otak- sakit kepala,muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti
(9) Kanser Prostat- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan
(10) Kanser Darah (leukimia)-letih,pucat, mudah lebam dan mudah mendapat efeksi
(11) Kanser Tekak- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
10 PENYEBAB UTAMA KANSER
(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan
TEH DAN KANSER
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di nagara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya.
Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.
DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E,B-6, dan evening primrose oil
Kredit : SINI
Semoga bermanfaat dan menjadikan kita lebih berhati-hati. Sama-sama kita berusaha mempertingkat kan kualiti hidup kita ke arah hidup yang lebih sihat. Kita mampu berusaha dan berdoa moga dihindari dari penyakit-penyakit berbahaya ini. Amin!
WasSaLam^_^
perkongsian yg bagus ni atie..moga moga kita lebih peka dengan perubahan diri kita sendiri.
ReplyDeletekak zu suka minum teh..alhamdulillh
Kanser antara pembunuh utama.. Info yang amat berguna. Terima kasih Atie atas perkongsian ni..
ReplyDeletenice sharing kak atie...perempuan yg paling bahaya kan?? kawan Na kan kak atie sihat walafiat..pastu lepas dah kawen 3 bulan..tbe2 dye pengsan..anta hospital DR kata dye boleh hidup lagi 2bulan je sbb ade cancer... mmg ktorg smua terkejut kak atie.. so for girl out there klau bole rajin laa buat check up ye.. Al-fatihah utk arwah.
ReplyDeleteMacam2 jenis kanser, yg penting kena amalkan cara hidup sihat kan.
ReplyDeleteNauzubillah ... huhu,semoga kita dijauhi penyakit-2 bahaya ni .. thanks for sharing ..
ReplyDeleteamin.. sedih juga baca ada seorang blogger yg baru didiagnose kena brain cancer... doakan semoga beliau kuat utk melawan kanser
ReplyDeletenice sharing Atiey..
ReplyDeletetahun lepas 2 orang sepupu ku meninggal gara2 kanser...sedih..anak2 masih kecil lagi..minta2 kita di jauhkan dr penyakit ni...
ramai yg takut nk cek kanser awal2 kan. takut jugak bila bce bnda2 mcm ni. mohon dielakkan. thx share info ni kak. :)
ReplyDeletetakot ni.... kena buat check up selalu kan.. huhu.. bagus info ni kak atie..
ReplyDeleteAtuk nia dh kene kanser usus thp 3..kesiannn sgt tgk dia thn sakit..asyik pegi toilet..xleh buang air besar..
ReplyDeletetq foe sharing..
ReplyDeletelya dulu dh kena tumor otak.. dah operate masa umur 15 thn..
alhamdulillah..smpai skarang still survive
Salam atie....pi mana lak ari nie yer...heheh
ReplyDeletetakutnya kanser nie kan...minta2 Allah jauhkan kita darinya selagi boleh...kalau dah takdir tuh nak wat camaner kan
Tq for sharing atie...
ReplyDeletekanser ni bahaya kan kak . dia menyerang senyap2 je . bila dapat tahu , dah di tahap yg teruk . moga dijauhkan dari kita semua
ReplyDeleteWah..artikel yg menarik..byk info dah blog mu ni kn Atie..i like..kena bejaga2 ni Aite..lps ni kena minum teh jakla..kurangkn minum kafein..huhu..
ReplyDeleteNice info..... :D
ReplyDeletethanks untuk info ni... takut... macam2 jenis kanser yang dengar sekarang...
ReplyDeletetq Atie..info ini menarik..
ReplyDeletetapi kan sy ni suka makan..yg belemak2 la jadi kesukaan hati..huhu..
thanks info teh tu jg Atie..mau minum teh la ni nanti..
tengs sharing info ni...kanser takut kan
ReplyDeleteSemoga dijauhkan .....
ReplyDeletetq sharing..info yg berguna
ReplyDelete