5.2.13

::Beza antara ANAK LELAKI & ANAK PEREMPUAN::


AssaLamualaikum..
Sharing is caring. Kalau kita perhatikan sifat anak-anak kita berbeza di antara satu sama lain. Amat penting untuk kita mengenali sifat-sifat mereka agar tidak wujud jurang perbezaan antara mereka.
Putera katak & Princess Barbie :)
*LELAKI
• Anak lelaki sangat suka memerhatikan pergerakan tubuh manusia. Mereka menggemari sesuatu yang dinamik dan anak lelaki lebih cepat pandai berjalan.
• Sejak dari kecil, jika diperhatikan bayi lelaki lebih kerap menggeliat, menendang kakinya dan bergerak lebih aktif berbanding bayi perempuan.
• Anak lelaki lebih mudah tersentuh hatinya berbanding anak perempuan. Memujuk anak lelaki yang menangis adalah lebih lama berbanding anak perempuan.
• Anak lelaki juga lebih menyukai kehadiran orang lain, terutama kelompok yang seusia dengannya. Tidak hairanlah, apabila menginjak dewasa mereka gemar membentuk persahabatan secara berkumpulan.
• Dalam satu kajian yang dilakukan kepada bayi berusia 3 hingga 12 bulan mendapati, bayi lelaki lebih pantas memberikan respons positif kepada suara-suara keras. Manakala bayi perempuan pula menunjukkan reaksi takut bila mendengar bunyi-bunyian yang agak keras dan garang itu. Ini jelas membuktikan bahawa anak lelaki lebih berani berbanding perempuan.

*PEREMPUAN
• Walaupun baru lahir, bayi perempuan akan cuba menjaga kontak mata dengan ibunya. Dan dalam komunikasi pula, anak perempuan lebih cepat mengeluarkan kata-kata pertama berbanding anak lelaki.
• Lebih bijak menggunakan tangannya. Jadi tidak hairanlah apabila anak perempuan dilihat lebih cepat bermain dengan pelbagai alat permainan maenggunakan senduk dan garpu walaupun dalam usia yang terlalu kecil dan lebih cepat mampu menulis dengan rapi.
• Anak perempuan juga lebih peka mengesan suara atau bunyi-bunyian. Anak perempuan lebih tertarik dengan suara manusia berbanding bunyi lain. Cuba anda bunyikan loceng kepada sepasang bayi berlainan jantina. Anda tidak dapat melihat perbezaan yang jelas antara respons bayi lelaki degan bayi perempuan. Tapi, cuba anda mengeluarkan suara seperti sedang berbual. Bayi perempuan akan menunjukkan minatnya untuk berbual dengan anda.
• Anak perempuan juga lebih tertarik untuk memerhatikan wajah seseorang, khususnya wajah lembut para ibu. Mereka lebih bijak membaca emosi orang lain.

Aku dah ada hero Malaya seorang tu. Sekarang ni mengharapkan kehadiran heroin Malaya pula. Hari-hari memohon dari Illahi agar permintaan ini dikabul kan. MAMA Jelita jangan marah Na. Pinjam picture Jelita sat. Dok terbayang-bayang ada baby girl like Jelita. Indah nya dunia..haha:)
WasSaLam^_^

30 comments:

  1. mak cik.....kita pon masih tertunggu kehadiran putera puteri dalam hidup kita...seddehhhh (ayat raja azura)..

    ReplyDelete
  2. anak lelaki suka main game berbanding anak perempuan, hehehe

    ReplyDelete
  3. Amiiin,Semoga Allah makbulkan impian atie. Saya memang dah ada heroin malaya,tak kisah kalo dapat lagi heroin malaya pun tak pe sbb suka.hehe....Kalau dapat hero pun Alhamdulillah. :)

    ReplyDelete
  4. Tq sharing...
    Inshaa Allah nnt adalah rezeki tu... :D

    ReplyDelete
  5. tq ATIE.....info menarik nie.....

    ReplyDelete
  6. Salam atie...kelasakan anak lelaki mmg ketara..suka bermain ganas2 ..terutamanya hero fiji saya nie..tak pernah dok diam mulut ngan badan..tp jgn underestimate anak pompuan gak..ade gak yg lasak2...hehehe

    ReplyDelete
  7. Comel ya amattt budak pempuan tu. Semoga kak atie dapat heroin malaya nanti yer ;)
    Nice info btw :)

    ReplyDelete
  8. Terima kasih Atie ats perkongsian.Moga Heroin Malaya yang Atie idamkan akan bertandang satu masa nanti.

    P/S: Setakat ni yg paling jelas ttg anak lelaki n perempuan mengikut pemerhatian saya ialah, anak2 perempuan ni cepat matang berbanding anak2 lelaki.

    ReplyDelete
  9. Kakak ramai anak saudara dan anak sendiri ketiganya perempuan. Tapi biasa kalau anak lelaki yg atas agak lasak walau adik perempuan dia akan ikut siabang juga tahan lasak. So kalau atie ada puteri jgn terperanjant dia pun boleh tahan lasak macam dua putera atie. Bagus budak tahan lasak tak mudah menangis dan berani.

    ReplyDelete
  10. gambar bby pompuan tu kalau tak salah saya gambar anak blogger Nastyna kan?kan?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah'ah.. itu lah anak Nastyna duk Jerman tu..hihik..pinjam sat pic dia..
      monster yg jelita...hehe:)

      Delete
  11. Insya Allah, jika diizinkan ada lah rezeki atie tu. Yang penting sabar ye.

    Tq 4 sharing, emm.. antara yang di atas tu ada yang agak sama lah dengan pembesaran anak2 saya, tapi ada jugak yang lari sikit, mungkin faktor persekitaran pun memainkan peranan.

    Anyway, hero kat atas tu memang hensem dan si heroin sebelah tu memang comelnya...

    ReplyDelete
  12. nice info...alhamdullilah saya dah ada kedua-duanya hehe...

    ReplyDelete
  13. bella ada anak saudara 2 orang . kedua duanya lelaki . memang lasak laa . haha . teringin nak merasa anak saudara perempuan pula . bella doakan pa'e cepat cepat dapat adik perempuan . hihi

    ReplyDelete
  14. bagus la info nie..

    ReplyDelete
  15. Dato' Fadzilah kamsah kata, sifat anak berbeza kerana emosi ibu akan berubah2 setiap kali menagndung.

    ReplyDelete
  16. xtaula camne sbb xde anak laki. ayu teringin nak anak lelaki pas ada dua perempuan..

    ReplyDelete
  17. Nice sharing...;) saya pun mengharapkan kehadiran seorang heroin...hrp2 dimakbulkan Tuhan..

    ReplyDelete
  18. Semoga dimakbulkan apa yang diharapkan....sya pun baru dapat anak pompuan si Damia tu..sebelum ni dua2 pun lelaki....

    ReplyDelete
  19. Teringin juga nak puteri. Insyaallah jika diizinkan Allah. Comelnya baby jelita :) nice info

    ReplyDelete
  20. good info atie...hehehe..tetiba rasa nak beby boy pulak..leh tengok beza baby girl ngan boy membesar kann

    ReplyDelete
  21. pa'e encem.. muahhahaa

    ReplyDelete
  22. hahaha ada si jelita pula sini..putera kacak ba si pa'e
    thanks info ini Atie..sy ada kedua2nya

    ReplyDelete
  23. Dua2 comel...In Shaa ALLAh..moga dimakbulkan doa Atiey..

    ReplyDelete
  24. perbezaan tu kdg2x menyeronokkan diri sbgai ibu bapa kan?plbagai kerenah yer nnt :)

    ReplyDelete
  25. Wie... baru dapat baca entry ni. akper...sila sila tak luak kan. Hehehehe
    Tapi si Jelita ni, nama jer Jelita tapi dari baby dah lasak. Ikut perangai saper tah. ANd tak dengar kata pulak tu.
    Apa pun, doa kan u dapat gegurl yang sopan santun lemah lembut, baru la gadis Malaya.

    ReplyDelete
  26. good info! thanks for sharing. :)

    ReplyDelete
  27. Moga dimakbulkan doa tu Atie.... doa kena diiringi usaha yang sangat kuat hehe

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..