16.2.13

:: TERKINI - PENCEROBOHAN Kumpulan Bersenjata Di Lahad Datu::

AssaLamualaikum..
Sambungan daripada ENTRY ini. Situasi terkini tentang pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu. Berita ini dah tersebar di seluruh negara. Bagi kami yang tinggal di Lahad Datu rasa sedikit gusar. Namun kami percaya dengan kewibawaan pasukan keselamatan kita . Di mana semua pasukan keselamatan negara bergabung untuk cuba menyelesaikan masalah ini tanpa menggunakan kekerasan yang boleh melibat kan orang awam. 

Perkembangan terkini pencerobohan Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Lahad Datu Sabah. Pencerobohan yang berlaku dikatakan mempunyai kaitan dengan pergolakan yang berlaku di selatan Filipina dan PDRM mengesahkan pencerobohan tersebut adalah terdiri daripada Tentera Diraja Kesultanan Sulu bagi mengembalikan semula tuntutan ke atas Sabah. 

PDRM dalam kenyataanya telah menyediakan rancangan lain berhubung insiden pencerobohan dalam rundingan dengan kumpulan bersenjata tersebut yang diketuai oleh waris kesultanan Sulu iaitu Datu Esmail Kiram. Pesuruhjaya Polis Sabah memaklumkan rundingan sedang berjalan dengan para anggota kumpulan itu,. Selain itu, pihak PDRM yakin bahawa rundingan akan berjaya dilakukan secara aman agar dapat menghantar mereka keluar dari negara ini secepat mungkin.

Dianggarkan lebih 100 orang mendarat di pantai Lahad Datu menggunakan bot pancung dan bersenjata. PDRM dan ATM kini mengambil pendekatan ‘berhati-hati’ bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Kumpulan tersebut memilih Kampung Tanduao, yang terletak di bahagian timur yang paling hampir dengan kepulauan Filipina iaitu Bungay dan Sibutu. Kawasan itu sejauh 22 kilometer dari perairan antarabangsa dan jarak kampung tersebut ke kepulauan Filipina adalah kira-kira sejam dengan menaiki bot.

Kerajaan Filipina kini menggesa sekumpulan 100 warga negara itu yang bersenjata dan kini dikepung pasukan keselamatan Malaysia pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di tanah air mereka. Setiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Besar Filipina di Kuala Lumpur, Johann Veronica M. Andal berkata pasukan tentera dan polis negara itu kini memantau serta bertukar maklumat dengan rakan sejawatan mereka di Malaysia dalam usaha mencari penyelesaian segera insiden itu. Pada masa sama, rondaan dan langkah keselamatan lebih ketat dipertingkat diperairan Tawi-Tawi dan pulau bersebelahan.

Admin sangat setuju dengan kenyataan PDRM dimana orang ramai dinasihatkan supaya tidak percaya dengan khabar angin mengenai pelbagai andaian akan berlaku ekoran insiden pencerobohan sekumpulan tersebut. Andaian itu tidak menggambarkan situasi sebenar, sebaliknya keadaan di kawasan tersebut setakat ini masih terkawal. Rundingan dengan kumpulan tersebut adalah dalam keadaan tenang dan selamat. Setakat ini tiada kejadian buruk atau sebarang kekecohan yang berlaku.
Kredit : SINI
Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan segera. Doa kan semoga situasi ini tidak akan berlanjutan, kerana negara kita Malaysia terkenal dengan keamanan di mata dunia. Amin!
WasSaLam^_^

33 comments:

  1. moga selamat semuanya Atiey...& ndak da apa² yang serius berlaku...moga semuanya di lindungi..

    ReplyDelete
  2. Semoga tiada yg tidak baik berlaku. Minta Allah lindungi.

    ReplyDelete
  3. Semoga tiada apa2 yang buruk berlaku.......

    ReplyDelete
  4. jangan bimbang, tentera kita ada pengalaman dan kepakaran nak atasi situasi ni :)

    ReplyDelete
  5. hope akk n family selamat..
    n hope tak da pe2 yg tak elok berlaku..

    ReplyDelete
  6. Aik..jd rombongan tentera diraja sulu lak yer...hmmm komplikated jgk kan..tp kalau perasan kat paper utusan takderlah besar buat berita utama kan..sbb taknak menakut2kan rakyat tuh..anyway moga semuanya cepat setel..take care tie..

    ReplyDelete
  7. Filipina memang bermasalah, err..

    ReplyDelete
  8. cikgu doakan semoga semuanya dapat diselesaikan dengan cara baik. Jgn la ada tembak2 bom sana bom sini. harap atie sekeluarga pun berhati2 yer.Ya allah jauhkan lah segala perkara buruk dan tidak diingini berlaku di tanah air ku ini. lindungilah kami semua ya Allah, amin

    ReplyDelete
  9. harap semuanya baik2 aje dan keadaannya terkawal, lagipun anggota keselamatan kita sangat terlatih. semoga semuanya dilindungi dan selamat atas hendak-Nya. sama2 kita berdoa.

    ReplyDelete
  10. hopefully selamat dear. risau la baca pasal ni.

    ReplyDelete
  11. semoga semuanya selamat.Insyaallah..:)

    ReplyDelete
  12. lepas tgk kt google map mmg dekat sgt dah lahad datu dgn kepulauan filipina...smog semuanya selamat

    ReplyDelete
  13. semoga semuanya selamat. selalu je ada khabar angin yg tak betul. saja menakutkan orang ramai.

    ReplyDelete
  14. Moga jangan diapa2kan rakyat Malaysia kita disana. Zaman dah berubah, tak perlu menggunakan kekerasan untuk mendapatkan apa yang dikehendaki.

    ReplyDelete
  15. semoga tiada perkara buruk yang berlaku disana..
    semoga pihak berwajib dapat menyelesaikan perkara ini secepat yg mungkin..
    Atie hati2 sana ya..

    ReplyDelete
  16. amin! semoga segalanya berada dalam keadaan terkawal...
    take care tau!

    ReplyDelete
  17. takutnye..risau juga..
    moga tiada ape2 buruk yang berlaku

    ReplyDelete
  18. risau jg..kmi d sabah ni..sbnarnya tuntutan ni dah lama...cuma kita tidak anggap serius sgt..sehingga mereka(kononya waris sultan sulu)menceroboh dan membuat tuntutan..negara Mlaysia yg aman dan makmur semakin di cemburui..cuma yg paling di risaukan adalah..mulut2@ kabar angin yg sengaja di ada2kan dan d tokok tambah oleh "mereka" yg ada agenda tersendiri..isuini jgn d politikan..ini soal keselamatan..jiwa rakyat/penduduk..soal hidup dan mati....
    (mohon maaf andai tesalah kata~ sekadar peringatan~muhasabah diri)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..kita yang berada di Sabah ni yg risau.. mgkin di tempat lain tidak terasa risau nya.. kita doa kan moga semua nya akan baik2 aja..:)

      Delete
  19. risau juga dengan keadaan lahad datu.. moga2 smuanya baik saja.. aminn..

    ReplyDelete
  20. Anonymous10:39 pm

    ini semua poyooooooooo.....ini xkan terjadi kalau sistem keselamatan di sabah ketat dan longgar bgini..100 org.x masuk akal.askar diraja konon.pg matila dengan impian yang bodoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous3:57 am

      Ulasan yg bodoh.. .

      Delete
  21. ku doakan baik2 saja kak..tp ada takut juga skg ni...mudah2an semuanya terkawal

    ReplyDelete
  22. Anonymous1:47 pm

    Question ?!

    Setujukah anda jika negeri majmuk ini diperintah oleh 1 bangsa iaitu bangsa "SULUK" or "TA'U SUG" yang memang terkenal sebagai "bandit" diseluruh dunia sejak dari zaman dahulu kala ??

    ReplyDelete
  23. Anonymous1:53 pm

    Question 2 ?

    Perlukah diujudkan pasukan (underground) sukarelawan anak pribumi/bumiputera sabah sebagai benteng terakhir dalam menghadapi situasi genting sebegini ??

    Jika perlu, maka bagi pihak2 yang berkenaan sila ujudkan pos pendaftaran sukarelawan tersebut.

    ReplyDelete
  24. Anonymous11:00 am

    Dah lebih seminggu pencerobohan,.. rundingan tak selesai lagi dan penceroboh belum diusir keluar,.. what happen ??,.. mcm ada sesuatu yg tersembunyi !!!!

    ReplyDelete
  25. Anonymous6:48 am

    Porahhhh..kalu rakyat sendiri tak bersenjata semasa himpunan BERSIH 2.0 dipukul dibalun oleh PDRM..kenapa dlm senario pencerobohan rakyat asing bersenjata api di Lahad Datu masih mau dikasi layanan, mau dirunding lagi...kasi balun juga. Ini adalah agenda politik dekat2 pru..Nanti rundingan berjaya kerajaan BN kata..hanya BN sahaja yang boleh kasi setel ini kes...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous4:11 am

      Cakap memang senang bro. Setakat hmpun 2.0 ala balek rumah paling lebam sbgai pengajaran. Ini kes x sama bro silap percaturan berbunuhan manusia dsabah ni nanti ngan org suluk.. . Bhasa tu biarlah indah ckit. Bhaya dia ni memang sekutu iblis bila mengomen.. .

      Delete
  26. Anonymous4:19 am

    Apax hal doakanlah semuanya selesai dgn aman dn bijaksana tnpa kejadian yg tragis.. .

    ReplyDelete
  27. tembak katak jek setan2 tu haram jadah semua nyer

    ReplyDelete
  28. harapan seluruh rakyat malaysia agar semua angita polis dan tentera di lahat datu selamat didalam peperangan dan sentiasa berhati2 dan juga kepada penghianat bbangsa ada lah musuh negara yang utama ambillah tindakan undang2 yang sewajarnya

    ReplyDelete
  29. tian chua cino bangang tu kalau hebat sangat pergi lah ke lahat datu kenapa lak ke singapura nak tahu sendiwara ke tidak pergi lah


    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..