4.2.13

::Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau::

AssaLamualaikum
Selaku anak kelahiran Tawau (ceh!), aku nak cerita tentang Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau yang saban tahun di adakan di Daerah Tawau. Jumaat malam lepas (8/02/2013) festival ini telah berlangsung sekali lagi dan ianya masuk dalam salah satu Kalendar Pelancongan Negeri Sabah.

Info berkaitan Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau:
*Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau yang diadakan pada setiap awal tahun yang merupakan acara tahunan bagi Majlis Perbandaran Tawau.
*Festival Ini juga merupakan salah satu festival wajib bagi Daerah Tawau.
*Festival ini mempersembahkan pelbagai jenis suku kaum yang terdapat di daerah Tawau. Setiap persembahan mengikut konsep yang telah ditetapkan oleh penganjur.
*Festival ini mempunyai lagu tema nya tersendiri yang bertajuk Harmoni Melalui Kebudayaan.

Difahamkan sebanyak 24 etnik dan suku di Tawau mempamerkan tarian tradisi mereka diikuti beberapa negara luar antaranya Syria, Thailand, Brunei, Indonesia dan Jepun.
Korang layan lah beberapa picture di bawah:


Artis jemputan: Najwa Latif & Sleeq
Sumber : SINI  dan SINI 
Festival ini telah berjaya menarik ribuan orang awam untuk menghadiri nya. Aku sebenar nya tak sempat nak pergi sebab acara ni di buat Jumaat malam tu. Siang tu dah lah kerja. InsyaAllah tahun depan lah aku pergi tengok. Bermula dari jam 7pm- 12am juga baru habis acara. Dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Hj Aman. Sesiapa yang nak datang melawat Tawau, boleh lah plan datang time festival ni diadakan. Boleh tengok kepelbagaian suku kaum yang terdapat di sini:)
WasSaLam^_^

19 comments:

  1. Nampak menarik dan bewarna2 tie..sy dr dulu lagi minat dgn kepelbagaian budaya sabah sarawak nie...atie melayu tulin yer...? hehe

    ReplyDelete
  2. Wahhh baru tau ni.. hehe tq perkongsian maklumat

    ReplyDelete
  3. assalam atie..acik tengok gambar pun macam seronok je..cantik juga berwarna warni

    ReplyDelete
  4. jauhnya nak pergi

    ReplyDelete
  5. negeri yang kaya dgn etnik dan budaya!

    kak, saya dah ada blog baru. blog lama bakal diabaikan.eh!..hehe

    mkhakimi.com

    ReplyDelete
  6. Bestnya.. saya suka sangat tengok acara2 macam ni.

    ReplyDelete
  7. patutlah cari gambar tuan belog takder..rupernya tak pergi...hehe

    ReplyDelete
  8. aramaitii..syioknya..
    bestkan ada acara mcm ni..bole bagi naik nama..

    ReplyDelete
  9. meriahnya... harap dapat tgk live suatu masa nanti, mesti best!

    ReplyDelete
  10. Tak pernah pergi festival kebudayaan ni..
    adikku kata ramai..meriah...

    ReplyDelete
  11. wah menarik..tapi tak pernah tgk live

    ReplyDelete
  12. idop anak tawau!! hehehe

    ReplyDelete
  13. org sabah kaya dengan etnik dan budaya..:)

    ReplyDelete
  14. wah...bestnye..menarik...sy xpernh tngk live

    ReplyDelete
  15. Macam best je. X pernah sampai tawau lagi ni..

    ReplyDelete
  16. Seronok le orang Tawau malam Jumaat hari tu yeh boleh jumpa Najwa Latif...haha..

    ReplyDelete
  17. patutlah hari tue singgah tawau ada pasang2 macam konsert

    ReplyDelete
  18. dekat tmpt niesa skali je dulu kak..best festival kebudayaan ni..masa tu nisa mmg ambik bahagian..sekarang xde dah.. :( untung dapat jumpa sleeq!waahhh!!

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..