Monday, 29 April 2013

:: Faedah Bila Memeluk Isteri ::

AssaLamualaikum
Besarnya kebaikan bila suami memeluk isteri. Kena buat selalu ni. Haha. Ops! untuk pasangan suami isteri sahaja tau. Yang halal!  bagi adik-adik yang belum berkhawin tu tunggu lah saat bergelar suami isteri nanti ya. Hehe!

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.
Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu. Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

Abg Pa'e sekarang dah pandai cemburu bila Babah dekat-dekat dengan ibu. Siap cakap "babah jangan dekat-dekat dengan Ibu abg Pa'e"... Haha. Sabar lah! Kesimpulan nya tak boleh nak romantik-romantik bila depan anak. Haha. 
WasSaLam^_^

25 comments:

  1. kengkawan opis de tambah ayat tu... peluk isteri selalu... bukan stakat panjangkan nyawa.. tapi leh tambah nyawa ( anak ) skali..ha3

    ReplyDelete
  2. wahhh.. peluk pun ada kebaikan ye. ;)

    ReplyDelete
  3. Betullah tie ...dpn anak susah sikit nak peluk2 adelah adegan yg bapak kena pukul ngan anak kecik sbb jeles..bapak tido dekat pun tak boleh..camaner nak panjangkan hayat bapak nie..hehheh

    ReplyDelete
  4. assalam atie..sayang ibu tutu sebab jeles he he

    ReplyDelete
  5. mau minta peluk laini hari2 aTie..begumuk suda sy skrg hehe..

    mcm anak sy yg 2 thn lebih..pandai jeles sm abahnya kalo dkt2 sama sy hehe..

    ReplyDelete
  6. klu cmni kena request peluk hari2 nmpknya..:)

    anak kecik mmg mudah jeles bila ibu abah nak mesra2..aiman dulu pun sama..dh beso ni dia ok je..siap kata "bercinta la tu.."haha..

    ReplyDelete
  7. Ya lah atiey, skg nak mesra sikit pun tak boleh depan anak2, dorg heran semcm...hehe

    ReplyDelete
  8. anak da makin bijak gitu he3

    ReplyDelete
  9. wah2....sekarang nie....kena sering berpelukkan lah ye......kan banyak kelebihannya he heeeee.......

    ReplyDelete
  10. baiklah sekarang gak saya balik utk plok isteri saya kak *alasan nak balik mengular ngeh3 :P

    ReplyDelete
  11. hihihi....pa'e sayang ibu dia la tu..tu yg jealous

    ReplyDelete
  12. ini khas utk orang yg dah kawin ja :))

    ReplyDelete
  13. saya kawin ti setiap pagi suruh suami peluk 10 saat. boleh menurunkan berat badan.haha

    ReplyDelete
  14. Tapi perasan tak Atie, bila kita berpeluk....macam nak gi keje ke...( haa.. bukan yang tu...) hehe...kita akan rasa sangat tenang.. ada rasa tak?

    ReplyDelete
  15. tips yang berguna ini.
    suami isteri kena manfaatkan nya.

    ReplyDelete
  16. Itulah hikmahnya bersuami-siteri. Allah jadikan manusia berpasang-pasangan yg mana pasti ada hikmah besarnya.

    Pa'e jeles ye:)

    ReplyDelete
  17. alah.. abg pa'e cemburu ya.
    Ibu & Babah, kenalah beromantik didlam bilik aja.
    tanpa abang pa'e ya.

    hehehe.
    kak, gud info. semoga kite boleh praktikkan :)

    ReplyDelete
  18. hahah Pa'e jeles lah tu kn akk nk romantik2

    ReplyDelete
  19. nice sharing.. boleh amalkan bila dah kahwin nanti :)

    ReplyDelete
  20. Mudah sebenarnya nak sihat, kan. All for goodness peluk2 ni, no harm ;) Kalau JJ, dia terus lompat duk tengah2.

    ReplyDelete
  21. lama lagi lah nak dapat faedah nihh.. :D coming sooonnn... hahaha

    ReplyDelete
  22. hahaha...untunglah... saya belum b'isteri lagi hahahaha...

    Tapi tu lah kan Kak Atie, kuasa sentuhan tu... ajaib... sentuhan dari ibu bapa, atuk nenek, kawan rapat... ajaib :)

    ReplyDelete
  23. Banyak kebaikannya kan..nak suh hubby baca ni.. :D

    ReplyDelete
  24. hehehe...suke bile bace ni;p

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..