AssaLamualaikum
Mesti biasa dengar tentang main kutu ni kan? kami satu pejabat dulu pernah main kutu. Kutu DUIT. Ramai lah yang join. Lepas habis satu pusingan kami stop. Lama juga. Bulan ni terasa nak main semula. Semua sibuk nak cari duit untuk persediaan raya nanti. Hehe.
Picture: Google
Tapi ada pula terbaca hukum Main Kutu ni. Ada sesiapa boleh terang kan dengan lebih jelas tentang hukum main kutu ni. Pandangan anda amat dihargai:)
WasSaLam^_^
no komen..:)
ReplyDeletesaya pun ada main jugak kutu dengan budak2 opis ni...tak pasti pulak bab itu
ReplyDeletesabar je la
ReplyDeleteXtau hukum tp kat opis mmg main ;)
ReplyDeleteNisah baca satu artikel.
ReplyDeletebermain kutu tidak haram, namun ada aqad nya..
"Wajib atas yg memberi dan menerima wang kutu aqad sebagai aqad hutang seperti berkata yang memberi "aku hutangkan kamu sebayak RM100" dan jawab yang menerima "aku hutang dari kamu sebanyak yg tersebut itu."
Dengan ini sah pinjaman tersebut mengikut kaedah muamalat Islam.
********************************************************************************
yang ni lagu satu. dr UAI :
Soalan : hukum main kutu?
UAI : ade 3 hukum main kutu...
pertama haram iaitu bila kita bagi begitu sahaja duit, kepada ahli yang main kutu tanpa akad...
kedua harus iaitu bila ada akad...
ketiga makhruh iaitu bile mung (bila kamu) main kutu hok (yang) atas rambut horrr (lah) sebab kotor... wakaka
UAI — at Masjid Jamek Pengadang Baru.
>> semoga bermanfaat untuk kita :)
main 2-3 orang je tak best..mau tidaknya 10 org..lagi meriah..
ReplyDeletedulu bunda selalu gak main...tapi tak tau plk hukum nya..
ReplyDeletecikgu pernah main skali... tu pun sebab nak rapatkan kemesraan dengan kawan2. ye lah bila sorang tak main, karang orang pandang pelik pulak. Tapi hakikatnya cikgu tak berapa gemar main kutu....nak komen tentang hukum, cikgu tak pasti la pulak....boleh jadi ada benarnya dengan pendapat kat atas nun yg mengatakan perlu ada akad...wallahualam
ReplyDeletemember pernah ajak main tp cikna tak minat sgt main kutu. huhu.. tentang hukum tu xtau lak.
ReplyDeletesy pernah men kutu ni sekali je masa skola dulu..tu pun main tak banyak...50sen je...nak merasa la kata org pun..pastu sampai sekarang tak pernah main lagi..
ReplyDeleteyg penting semua jujur memberi ..
ReplyDeletejgn lps giliran nya dia culas utk membayar ..
wktu bukan saja haram ..
malah kena sumpah seranah kawan2
main kutu nie kaedah alternatif untuk kita menabung kan kak...
ReplyDeletetak tau plak hukumnya...masa keja dulu pernah juga main kutu ni...
ReplyDeleteTak berani nak komen pasal hukum, tapi kami dulu adik beradik suka main kutu, yer la niat untuk menabung kan.
ReplyDeletekalau main kutu suka ambik yang last hehe...rasa macam untung!
ReplyDeleteX tau pulak hukumnya tp klu semua jujur ok kot....
ReplyDeletedulu main, sekarang pun main, tapi tak pulak buat akad tu.. maksudnya bila kena akad tu, kita kena akad kat seme yang mainlah ye.. ala, susah tu.. macam kitaorang walau satu tempat kerja tapi building lain2, bagi duit pun through account transfer, ye lah main sebab nak bayar duit insurance dan road tax kereta... nak kena tanya bijak pandai gak ni.. :(
ReplyDeletePC tak pernah lagi main kutu ni...tgk orang main je;p
ReplyDeletePasal hukum pulak tak berani nak komen sbb kurang arif bab kutu ni:)