Monday, 15 April 2013

::OTW Lahad Datu - Tawau::

AssaLamualaikum
Dulu pernah kongsikan dengan kawan-kawan tentang pemandangan perjalanan balik dari Tawau ke Lahad Datu di awal pagi hari. Hari ni nak kongsikan pula gambar-gambar pemandangan dari Lahad Datu ke Tawau yang sempat di snap masa balik kampung hari tu. Kami balik pada waktu petang minggu lepas. Alhamdulillah selamat sampai walau perjalanan kami di selangi hujan.
Melepasi kawasan Silam, LD
Nak fokus trak askar tu, tapi blur plak:)
Kawasan Tingkayu
Kawasan Madai
SMK Madai, Kunak
Bandar Sri Indah Tawau, Batu 10
SMK Kinabutan, di Batu 5 Tawau. Sekolah ku ting 1-5.

Sepanjang perjalanan balik ke Tawau, aku jarang tidur. Suka menikmati pemandangan sedia ada disamping menemani en Yusof drive. Jalan memang sedikit bengkang-bengkok dan kekadang lori pun banyak, itu yang kena lebih berhati-hati. Sebab hanya ini lah satu-satunya jalan utama menghubungkan daerah Tawau ke Kunak, Lahad Datu, Sandakan seterus nya ke Kota Kinabalu.
WasSaLam^_^ 

22 comments:

  1. Seronokkan pemandangan nie..kiri kanan penuh ngan kehijaun gitu..taklah panas sangat kan..

    ReplyDelete
  2. Rindunye aku denagn tempat² ni semua..In Shaa ALLAH..raya nanti dapat melepaskan rindu.. :)

    ReplyDelete
  3. pemandangan kat sini cantik...sejuk mata memandang

    ReplyDelete
  4. sukalah.....nampak kehijauannya tu......

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..dah aman. Semoga negara kita akn terus aman dan damai.. Amin

    ReplyDelete
  6. Indah... apa-apa pun atie bersyukurlah semuanya berjalan lancar. Tak ada lagi rasa takut-takut utk bergerak. Moga Sabah terus aman..

    ReplyDelete
  7. bestnye.. tenang sepanjang perjalanan tu..
    tu yg best.. :)

    ReplyDelete
  8. tempat jatuh lagikan dikenang..ini kn pula tempat membesar..mmg indah kampung atie..

    ReplyDelete
  9. suka tengok kawasan Madia tu aTie..tenang kaj tengok kan..

    ReplyDelete
  10. nampak tenang aje suasana di sana yer

    ReplyDelete
  11. Macam tak banyak kereta je Atie...bawak kereta pun best kalau cenggitu...hehe

    ReplyDelete
  12. Semoga terus aman damai do Lahad Satu ;-)

    ReplyDelete
  13. kira kanan penuh dengan pokok.en suami suka betul klu sepanjang jalan penuh pokok macam ni.suka hirup udara segar,mesti bukak tingkap,tak payah air cond..lebih2 lagi klu waktu pagi..:)

    ReplyDelete
  14. Mcm balik kota marudu pula kan...kiri kanan pokok kelapa sawit.... (^_^)

    ReplyDelete
  15. Saya pernah ke Tawau... hihihi kejap jer few days lepak2 with my frens.

    ReplyDelete
  16. mcm best je kawasan situ. redup & hijau. ;)

    ReplyDelete
  17. syukur lahad datu dah kembali aman..

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..