15.2.13

::Beza Marjerin Dan Mentega::

AssaLamualaikum..
Mungkin ramai dah tahu info ni. Macam aku setelah baca artikel ni baru tahu beza antara Marjerin dan Mentega. Kena ambil tahu, sebab benda ni selalu ada di rumah dan selalu kita gunakan dalam masakan. Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka. Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Percaya tak?


TAHUKAH ANDA .. Perbezaan antara Marjerin dan Mentega?
Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada Marjerin. Menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru, dengan memakan Marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega.

Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!

Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.

Marjerin pula, ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak 3 kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.

Apa yang paling membimbangkan ?
Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan kita supaya mengelak dari memakan marjerin dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).

Cuba melakukan ujikaji ini:
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:
*Tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya 
*Ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda? erk! seram baca ini!
Kredit : SINI
So, bila dah tau ni boleh lah mengurang kan pengambilan marjerin sebalik nya beli lah mentega (eh! mcm promosi plak). Semuanya untuk menjaga kesihatan seisi keluarga. Betul tak?
WassaLam^_^

28 comments:

  1. Owh...kena beli mentega lah lpas nih. Thanks for the info.

    ReplyDelete
  2. Pernah jgk baca tentang nie atie..tp tidak berubah jgk habitnye..heheh..saya suka butter, tp abuaidan prefer marjerin..semua nak sapu marjerin jer..biskut pun...ari tuh sy ckp psl lalat tak hinggap tak marjerin..pastuh kebetulan ade lalat kat meja..kitorang nunggu tengok tul kena..ade lah singgah sikit.heheh

    ReplyDelete
  3. plastikk!! ada plastik la dlm bdn ni huhu..

    tq info ini Atie..baru tau ni..
    lepas ni beli mentega nda mau lg beli marjerin..

    ReplyDelete
  4. ok... fakta ni memang dah lama sy cari... saya pun selalu keliru antara mentega ngan marjerin...thanks for sharing...(",)

    ReplyDelete
  5. Oo baru tahu mmg selama nie xpernah tau pun.. Tq sharing ya.. :D

    ReplyDelete
  6. err.. majerin membunuh.. err

    ReplyDelete
  7. ekkk..seram pulak bila tau.

    ReplyDelete
  8. yg sedap tuh lah selalu yg bahaya

    ReplyDelete
  9. ooo... x sama erk..?

    ReplyDelete
  10. Saya lebih suka mentega......:D

    ReplyDelete
  11. Anonymous4:35 pm

    ok tq share ye

    ReplyDelete
  12. Xnak dah beli marjerin huhu

    ReplyDelete
  13. kalau makan merjerin banyak2 boleh la dapt muka ala plastik botox hehehe.
    Mentega mahal kan.

    ReplyDelete
  14. saya mmg lebih suka guna mentega pun. nasib baik la. ;) tq info.

    ReplyDelete
  15. mentega memang sedap harganya pun lebih mahal dari marjerin...info ni pun baru saya tahu..tq

    ReplyDelete
  16. Terima kasih atie atas info yg bermanfaat ni. Pernah juga sy terbaca ttg ini tapi sy lupa kat mana dah, mungkin kt blog or kt majalah.

    ReplyDelete
  17. he3..baru tau..tq share.

    ReplyDelete
  18. oh..kena tukar la lepas ni..tq sharing

    ReplyDelete
  19. Ekkk? plastik? dh nak hampir2 tu.. adehh la.. abih tu, yang jagung campur marjerin tu? dah la sy suka makan cmtu.. sedap ooo... :(

    ReplyDelete
  20. Btl tu atie...mentega ada kandungan nutrisi yg bagus berbanding marjerin...info yg sgt berguna utk dikongsi bersama!:-)
    Marilah kite sama2 menjaga kesihatan...hehe:-)

    ReplyDelete
  21. Nice Info Atiey..Nasiblah Ktorang memang selalu guna mentega dari majerin..

    ReplyDelete
  22. sangat2 infomatif!..patutla dlu selalu org betulkan..kalau cakap majerin,katanya mentega..kalau kata mentega..sebut majerin...pada saya dua2 sama ja..haha..ingat lg dlu cam satu lemak haiwan..satu lemak sayuran..tak ingat yg mana satu sudah...

    ReplyDelete
  23. Baru tau, selama ni makan bahan yang hampir jadi plastik.. Memang merbahaya untuk kesihatan. Tq Atie.

    ReplyDelete
  24. kat sini agak susah nak jumpa marjerin... lebih banyak yg jual mentega :)

    ReplyDelete
  25. yang saya tahu marjerin xsedap...sebab tu xbeli marjerin...rupa2nya xbagus marjerin ni ye

    ReplyDelete
  26. selalu juga tertanya2 beza marjerin dan mentega. fakta berkenaan marjerin sikit lagi boleh jadi plastik sangat menakutkan.... :D

    ReplyDelete
  27. Hoho...baru tau Atie...so igt mentega tu lagi tak bagusnya...tp sebaliknya pulak ek....bis tu nk beli brand apa eh Atie?...selalunya soft margerin je...planta

    ReplyDelete
  28. huh!..plastik la kite mkn selama nih!
    gud info..sy pun baru je tau tentang margerin nih!..
    tq dear..

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..