4.3.13

::Lahad Datu Sekitar 01.03.13::

AssaLamualaikum.
Syukur Alhamdulillah masih diberikan nafas di bumi Allah Lahad Datu, Sabah. Ya Allah! aku tak tahu nak kata apa. Hanya kesyukuran yang mampu dipanjat kan kerana Allah S.W.T masih menyayangi kami semua. Peristiwa 01.03.2013 akan menjadi salah satu kenangan yang TAK mungkin ku lupakan sepanjang hayat ku. Ada juga sedikit rasa fobia dan sedikit trauma. Pagi Jumaat yang pada mula nya tenang tiba-tiba bertukar menjadi hari yang luar biasa pada kami penduduk Lahad Datu. Sebelum jam 8.00am aku sampai ke pejabat, kami semua masih bergurau senda seperti biasa. Sehingga lah pada sekitar jam 10.00am ada seorang rakan sepejabat yang bercuti telefon dan memberitahu bahawa di Felda Sahabat (Kg Tandou) telah berlaku tembak menembak. Pada mula nya kami kurang percaya kerana sudah biasa dengan situasi ini sejak 3 minggu yang lalu. Ada sahaja khabar yang kami terima. Kebetulan pula suami BOS kami bekerja di Felda Sahabat juga, Bos sms suami nya dan bertanya kebenaran. Beliau menyatakan memang ada kedengaran bunyi tembak menembak di sekitar Felda Sahabat. Suasana cemas menyelubungi kami. Masing-masing sibuk telefon sanak-saudara termasuk 2 orang rakan sepejabat yang abang ipar mereka bertugas di Felda Sahabat pada masa ini (PGA).  Hospital Lahad Datu plak memang sudah mengeluarkan tanda "Yellow Alert" yang bermaksud kami kena bersedia untuk menerima pejuang-pejuang kita yang mungkin cedera pada bila-bila masa (persediaan telah kami lakukan sejak 2 minggu yang lalu). Kebetulan juga pejabat kami hanya bersebelahan dengan bilik gerakan bencana yang telah disediakan oleh pihak hospital. Ya Allah! kami cemas, takut dan tak henti-henti berdoa. Aku pula dah tak senang duduk, memikir kan Pa'e yang berada di rumah bersama maid. Babah juga kerja dan jarak antara kami adalah jauh. Untuk pengetahuan, rumah kami terletak dibelakang satu-satu nya jalan menuju ke Felda Sahabat. Bunyi ambulance dan trak tentera tak henti-henti kedengaran dari belakang rumah. Uiks! memang menakut kan. Bandar Lahad Datu jadi bandar mati untuk Jumaat itu. Semua kedai tutup serta merta, jalan raya jem dengan beratus kenderaan yang bergegas pulang ke rumah masing-masing. Ada juga yang mengambil keputusan untuk keluar dari Daerah Lahad Datu, tapi tak boleh keluar (Ada 2 org kawan yg nak balik ke Tawau tapi tak dibenar kan keluar). Pihak tentera dan polis berkawal di setiap jalan. Aku ambil keputusan untuk bawa Pa'e dan penjaganya ke hospital bersama aku (ditumpangkan oleh rakan sepejabat juga yang pulang mengambil anak nya). Kalau apa-apa berlaku biar lah anak aku ada bersama. Isk! tak dapat bayang kan. So, Jumaat tu kami berkampung di pejabat aku, di Hospital Lahad Datu sehingga jam 5.00pm. Sehingga hari ini kami masih tidak tenang dalam menjalani kehidupan harian. Masih sentiasa berjaga-jaga terutama pada waktu malam.
suasana 01.03.2013
Ya Allah! Lindungi lah kami dari segala aspek. Sesungguh nya ENGKAU sebaik-baik Pelindung. Doakan juga para pejuang-pejuang kita agar tiada lagi nyawa terkorban. Amin!
WasSaLam.

35 comments:

  1. bergenang airmata baca n3 ni...

    semoga keselamatan kalian d LD & Sabah sentiasa dlm lindunganNYA, amin...

    ReplyDelete
  2. doakan yang terbaik kan

    ReplyDelete
  3. Meremang bulu roma membaca nie tie..begitu menakutkan suasana disanakan..nanti pulak diorang nak buat serangan besar2an..Ya Allah selamatkanlah bumi sabah dan hambamu disana...take care atie n family yer..

    ReplyDelete
  4. Semoga semuanya baik2 saja..

    ReplyDelete
  5. semoga semua nya berakhir dengana selamat...

    ReplyDelete
  6. Kami yg di kk ni pun bah takut apalagi kamu di sana.....byk betul kabar angin yg menakutkan....sama2 kita doakan suasana pulih semula.....

    ReplyDelete
  7. risau PC dengar keadaan kat sana skg ni...Harap2 masalah ni dapat settle dengan cepat...marilah kita sama2 berdoa!semoga semua penduduk kat sana selamat, ameen...
    Take care ye atie & family!

    ReplyDelete
  8. moga sentiasa dilindungi olehNYA..

    ReplyDelete
  9. ya Allah kakkk . bahaya nya keadaan kat sana . bella kat semenanjung ni dah gerun . apatah lagi akak yg berhampiran kat sana . moga Allah lindungi kita semua kak . kalau boleh , akak update cerita terbaru kat sana ye . bella nak tahu

    ReplyDelete
  10. Semoga sentiasa di lindungi oleh-NYA.... banyakkan berdoa...

    ReplyDelete
  11. Semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah selalu buat semua penduduk di sana.. Amin

    ReplyDelete
  12. semua rakyat malayis doakan yg terbaik..mengharapkan semuanya segera pulih..sedih bila menatap dada akhbar tentang berita kematian pejuang kita yg semakin meningkat..

    ReplyDelete
  13. ya allah semoga selamatnya semuanya yer atie, kami yg jauh cuma dapat mendoakan... atie yg hadapinya mmg sgt cemas sekarang ekk..

    ReplyDelete
  14. Aku yg berada di sini pun risau dengan keadaan di sana..Moga cepat²lah kembali aman seperti sebelum ni...Moga semuanye di lindungi...

    ReplyDelete
  15. semoga Allah lindungi Lahad Datu..aamiin

    ReplyDelete
  16. Ya Allah, selamatkan warga Lahad Datu, jauhkan warga Lahad Datu dari sebarang malapetaka.

    Sabar ye kak, tentera kita sedang bertarung nyawa demi negara

    ;'(

    ReplyDelete
  17. semoga Allah melindungi kita semua Atie..harp2 semuanya akan berakhir

    ReplyDelete
  18. meremang bulu roma baca entry kak atie..semoga Allah melindungi kak atie dan kluarga ya..dan semua penduduk lahad datu.. :(

    #PrayForLahadDatu

    ReplyDelete
  19. Doa kami sentiasa mengiringi kalian..

    ReplyDelete
  20. bila berbicara mengenai lahad datu kak zu sentiasa terbayangkan Atie dan keluarga..semoga sentiasa dibwah lindungan yang Maha Esa...

    ReplyDelete
  21. meremang bulu roma baca entry akk..apa2pun semoga akk sekeluarga sntsa dibwh lindungan Nya..

    ReplyDelete
  22. Tak terkata kakak bila baca N3 Atie ini. Kalau kakak yg jauh pun ngeri apa lagi Atie yg depan mata. Moga ada penyelesaian segeralah hendaknya.

    Amalkan qunut nazilah Atie. Ambil sedikit masa selepas solat buatlah... kakak doakan dari jauh. Apa yg bimbang mereka kelihatan seperti kita juga - penyamaran bila-bila masa boleh dibuat.

    ReplyDelete
  23. seram akak baca.. kita yang jauhnipun rasa macam takut inikan pulak berada di sanakan.. moga Allah melindungi pejuang2 di sana juga penduduk lahad datu...

    ReplyDelete
  24. sedihnya kak.. smoga kalian tabah hadapi dugaan ni.. peliharalah mereka, YA ALLAH.. amin ya rabbal alamin..

    ReplyDelete
  25. Sama2 kita berdoa semoga keadaan kembali pulih. Scary lah bila baca.

    ReplyDelete
  26. semoga semuanya berakhir dgn selamat. take care kak atie sekeluarga.

    ReplyDelete
  27. semoga semuanya akan jadi seperti sediakala... semoga semuanya di sana selamat

    ReplyDelete
  28. Ya allah..semoga tabah..berdoa banyak2..semoga kalian semua di bawah lindungannya..amin..

    ReplyDelete
  29. Stay calm and strong dear, kami tak putus berdoa untuk kalian.

    ReplyDelete
  30. salam atie ...
    sama2 kita berdoa agar kemelut ni tk berpanjangan ..
    biarla kembali aman dgn secepat mungkin ..
    pejabat di hospital???
    attach dgn Faber ker ?

    ReplyDelete
  31. kami doakan kak skluarga slmat2 n dilindungi.. amin...
    hmm sedih tgok keadaan sana

    ReplyDelete
  32. Okje pun jadi cemas kat sini....risau dgn keadaan kat sana...manalah tak risau...anak kat rumah tukan... lagi2 rumah pulak dekat dgn jalan felda sahabat....
    Pagi ni pulak ada jet pejuang berterbangan di udara
    Banyakkan berdoa ye atie...

    ReplyDelete
  33. Kesian penduduk kat sana...kita doakan Allah selamatkan mereka di sana moga aman kembali..

    http://www.noormalashahar.blogspot.com

    http://www.noormalashahar.com

    ReplyDelete
  34. banyakkan berdoa agarnya semuanya dilindungi Allah s.w.t

    ReplyDelete
  35. harap semua nya baik2 belaka kak... seram ayu bace entri akak ni... rase terkesan...

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..