Thursday, 7 March 2013

:: ADAB Tuan Rumah ::


AssaLamualaikum
Sambungan dari entry Adab Bertamu, kita sebagai tuan rumah pula mempunyai adab dalam menyambut kedatangan mereka ke rumah. Di antara adab-adab tersebut ialah seperti :

1. Apabila kita dikunjungi oleh tetamu,maka uruskanlah makanannya sebaik mungkin. 
2. Sentiasa menunjukkan sikap ramah kepada tetamu dan layanlah mereka dengan sebaik mugkin.Apabila menghidangkan makanan pastikan ianya bertutup. 
3. Tidak perlu mendesak para tetamu supaya makan. Ini kerana mungkin mereka sudah kenyang atau mempunyai halangan lain. 
4. Sekiranya ingin menghidangkan makanan lagi, jangan mengalih bekas makanan yang masih ada,sebaliknya bawalah makanan tambahan itu di dalam bekas yang baru. 
5. Pastikan tetamu kita berada dalam keadan yang selesa:contohnya elakkan sentiasa berada di sisi mereka sambil memerhati gelagat mereka makan atau sebagainya. 
6. Tunjukkan kepada mereka di mana tandas,supaya mereka tidak berasa gelisah apabila tiba waktu untuk qada hajat. 
7. Elakkan daripada keluar mencari-cari sesuatu untuk tetamu kita, hidangkan apa sahaja yang sedia ada. 
8. Setelah menghidangkan makanan,jangan membiar mereka begitu sahaja.
9. Jemput mereka makan sambil kita makan bersama.
10. Beri perhatian kepada mereka untuk memastikan segalanya memuaskan. 
11. Apabila tetamu meminta diri untuk pulang,disunatkan mengiringi mereka hingga ke pintu.
picture: Google
Apa yang paling penting muliakan lah tetamu kita kerana ianya amat dituntut. Semoga dengan kedatangan para tetamu ke rumah kita akan membawa rezeki kepada tuan rumah dan mengeratkan lagi silaturrahim diantara sesama kita. Indah nya ukhuwah yang terjalin kerana Allah.
WasSaLam.

25 comments:

  1. salam atie..adat2 th senang kan jika kita biasa mengikuti..begitulah kalau ade tetamu nak dtg kan..beriya2 segala persiapan utk memasak yg spcial2 heheh

    ReplyDelete
  2. Sebab tu patut simpan biskut kering atau keropok dalam rumah takut orang datang takde apa nak bagi...hehe..

    ReplyDelete
  3. owh mcm tu eak.. saya selalu keluar beli apa2 kuih sebab umah mmg x da stock

    ReplyDelete
  4. bagusnya info ini, cuma ada tak info untuk adab bertamu di rumah orang pula... sebab agak sedih bila menerima tetamu.. dan hal yg mungkin kurang selesa di mata "tetamu itu" diceritakan pula pada orang lain di luar... ketika itu pergerakan saya amat terbatas (kerana baru lepas bersalin)... sedih bila jadi mangsa keadaan.. Hanya Allah yang tahu ketika itu... (errr terluah perasaan pula... sob sob sob)

    ReplyDelete
  5. Nk tmbah sket lg ..
    Rumah kena sntiasa bersih dan kemas,
    Persediaan menerima tetamu yg dtg mengejut. Klu brselerak di kuatiri keadaan rumah kita jadi bahan fitnah

    ReplyDelete
  6. Itulah sebabnya kakak mee-hoon sentiasa kena ada stock kalau org dtg senang. Kalau nasi dan lauk ada lagi ok juga tapi kalau kita dah habis makan gorengkan mee-hoon jadilah...

    ReplyDelete
  7. memuliakan tetamu tue dituntut dan dapat pahala. sebab tue suami selalu suruh bukak je puasa kalau puasa sunat bila ada tetamu yang dari jauh ajak makan tengahari sekali.

    ReplyDelete
  8. sama2 kita memuliakan tetamu.....kerana iyanya di tuntut di dalam islam.....

    ReplyDelete
  9. hidang tetamu makanan walaupun kita sendiri tak cukup makan :)

    ReplyDelete
  10. hehe... bagus ni Atie...kalau tak OKje suh dia makan tak habis-habis...haha...
    Betul tu... tetamu membawa rezeki dan menghapus dosa kita....
    tapi kadang tu bila time penat, baru lepas balik kg ke...ada kalanya syaitan jadi banyak tanduknya hehe

    ReplyDelete
  11. Tidak perlu mendesak para tetamu supaya makan - haa yang ni abah saya suka buat.kalau tetamu makan, mmg banyak la makanan dan masakan dia hidang.

    macam kenduri cukur jambul pon ada :D alasan dia, biar lebih, jangan kurang :)

    ReplyDelete
  12. DTg singgah bila sakit sedikit kebah. TQ doanyer ye

    ReplyDelete
  13. kite kne ingt. setiap tetamu yg dtg tu akan bwk kua dosa kite skli :)
    so layanlah sebaik mgkn

    ReplyDelete
  14. kalau tetamu datang rumah itu adalah rezeki..

    ReplyDelete
  15. betul tu tetamu kena dimuliakan....tetapi sebagai orang yg ingin bertamu pun tengo juga keadaan orang hendak dikunjunginya tu....sesuai ke masa dan situasi tu bila kita nak pegi berkunjung....

    ReplyDelete
  16. Seronok bila ada org dtg umh :)

    ReplyDelete
  17. nice n3 atie. dan saya suka baca komen2 sebab banyak tambahan pengetahuan.

    ReplyDelete
  18. selalu pastikan ada bihun, macaroni, keropok kat umah...supaya senang bila tetamu datang..ini yg jenis terjah..kalau beritahu awal2..senang nak prepare...perkataan yang biasa bila tetamu datang...'Sila la makan..ajak la anak2 tu makan"..."eh nape tak makan.." mcm paksa pun ada..hehehe...tapi niat di hati tu mmg nak kasi diaorg makan puas..hehe

    ReplyDelete
  19. mak mst rungsing bila tetamu dtg time hujan..
    time tu mst wet ngah kureng...

    ReplyDelete
  20. saya kalo kawan lepak kat umah suruh je diorang bukak peti sejuk tgk apa yg ade..hahah

    ReplyDelete
  21. selalu je kalau tetamu dtg tak tau nak hidang ape. hihi..

    ReplyDelete
  22. hohoho saya kalau tetamu datang memang kena keluar tapau something, nak bagi depa makan saya masak?? Muahaha kesian pulak depa tu nnt.

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..