21.3.13

:: Tips Mengajar Anak supaya IKHLAS::

AssaLamualaikum
Ikhlas juga bermakna kita bersikap jujur dan tidak berpura-pura. Telus dengan diri sendiri dan orang lain serta mengakui kelemahan diri sendiri. Bayangkan jika diri tidak ikhlas. Ia hanya membuatkan anda pincang. Bagaimana mungkin anda boleh menjadi orang yang lebih baik jika tidak telus dengan diri sendiri? Bagaimana mungkin mengharapkan untuk mendidik anak menjadi ikhlas jika kita sendiri tidak ikhlas?
Cara-cara mudah untuk mendidik anak bersikap ikhlas:
Terapkan dalam mindanya. Ulang dan ulang lagi. Bila anda menghantar anak ke sekolah atau sebelum dia melangkahkan kaki ke sekolah, ingatkan "Ajim, ikhlaslah dengan apa sahaja yang Ajim buat." Tanya dia "Kenapa Ajim mesti ikhlas?" Katakan "Sebab, itulah satu-satunya cara untuk hati menjadi tenteram. Jika kita tidak ikhlas, semua usaha kita sia-sia kerana Allah tidak akan menerimanya. Jika anda ulangi setiap hari, kata-kata ini akan tertanam di dalam kotak fikiran anak anda. 

Jangan salahkan orang lain. Meskipun orang lain tidak tahu kesilapan anda, akuilah jika anda yang bersalah. Jangan sekali-kali menganggap diri terlalu mulia untuk meminta maaf kepada suami atau isteri, anak, rakan, jiran atau ibu bapa sendiri. Tanyalah "Apa yang boleh aku lakukan untuk memperbaiki keadaan ini?"

Jangan harapkan balasan untuk kebaikan yang anda lakukan. Ini penting, lebih-lebih lagi jika orang yang anda bantu langsung tidak menghargai usaha anda atau lebih teruk, membalasnya dengan kata-kata kesat.Yakinlah bahawa Allah akan memberi anda ganjaran bagi kebaikan yang anda lakukan. 

Bergembiralah jika orang lain lebih baik daripada anda. Tunjukkan kepada anak anda bahawa anda gembira bila sahabat, saudara-mara atau adik-beradik anda lebih senang hidupnya. Doakanlah untuk kesejahteraan mereka seperti anda mendoakan untuk diri anda dan keluarga sendiri.
Kredit : SINI  

Marilah kita sama-sama belajar untuk IKHLAS dalam perkara setiap yang kita lakukan. Betapa besar pahala yang kita perolehi bila kita ikhlas kan? Walau pun kekadang agak susah untuk kita terima, lama-lama kita akan redha bila sesuatu perkara itu berlaku (baik atau buruk). Sharing is charing:)
WasSaLam^_^

21 comments:

  1. tq...Atie kongsi tips menarik nie.....sesuai untuk ibu2...

    ReplyDelete
  2. bgs2.. ajar anak dpd kecik.. nnt xde la dia asyik nk mintak upah je.. hahaha.. erk, ada kne mengena ke?? :P

    ReplyDelete
  3. thanks for your tips..:)

    ReplyDelete
  4. Salam atie...bagus tips yang dikongsikan nie..at least byk jgk dpt belajar psl cara didik anak dr blog atie nie...:)

    ReplyDelete
  5. Tq atie, tak pernah pun terapkan guna perkataan ikhlas tu, biasa bercakap dengan anak, "kita tak boleh harapkan balasan tau bila kita tolong buat sesuatu tu, Allah yang akan balas, bila Allah balas, lagi besar dan lagi mahal dari orang tu boleh bagi". So I should terapkan perkataan ikhlas tu yek.

    ReplyDelete
  6. Ni bukan anak2 aje Atie... mak anak pun harus dididik jugak hehe...
    Kadang tu bila datang tanduknya....jadi tak ikhlas jugak heeh...sapa yg nak tolong nasihatkan kita? haha Nasib ada blog atie ni TQ atie..

    ReplyDelete
  7. Anonymous11:44 am

    tq share this . but nak mendidik tu bukan satu kerja yg mudah kan tpi tetap kena usahakan!

    ReplyDelete
  8. kak atie.. nanti nak godek2 entry kak atie.. nak cilok entry seketul dua.. hehe.. nnt kite credit kak atie.. mekaseh :D

    ReplyDelete
  9. Good tips Atie.. in sha Allah akak pratikan :D

    ReplyDelete
  10. Bukan utk anak jer ni, org dewasa pun bagus jugak

    ReplyDelete
  11. dan jangan cepat kondem kalau seseorang atau anak itu cuba buat sesuatu, kalau salah, guide elok2. (self reminder)

    ReplyDelete
  12. mmg ssh nak buat segalanya dengan ikhlas..org sekarang semuanya pentingkan material..bagus didik sejak dr kecik kan..:)

    ReplyDelete
  13. time briefing bos slalu tnya.. IKHLAS tletak dimana?
    Ikhlas boleh disebut dimulut.. tp sukar dipupuk di hati kan..
    sama2 kt terapkan nilai keikhlasan dlm jiwa kt & ank2

    ReplyDelete
  14. Nice sharing.....boleh jd panduan ni bah.... :-)

    ReplyDelete
  15. boleh ajar anak buah ni. tq sharing kak. :)

    ReplyDelete
  16. bukan ajar anak.. kena ajar mak dan bapak budak dulu.. baruler ikhlas tu subur...

    ReplyDelete
  17. ikhlas dalam setiap apa yang kita lakukan..insyaAllah banyak kelebihan yang kit dapat:)

    ReplyDelete
  18. Bagus info ni... thanks atie...

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..