Monday, 23 December 2013

:: Bagaimana Melawan Keletihan..

AssaLamualaikum
Letih sangat kot! Hehe
Oleh kerana aku selalu letih, maka aku tercari-cari juga solution untuk mengurangkan gejala yang selalu melandaku ini. Balik kerja mesti lesu. Kekadang nak bermain-main dengan anak pun masa terhad dek kerana letih yang melampau.

Perkara nombor satu yang boleh menghalang kita kembali daripada bekerja terutamanya diawal minggu seperti hari ini ialah keletihan. Kelesuan boleh menjadi tanda keletihan.

1. Menjaga pemakanan
Penjagaan pemakanan amatlah penting bagi mengembalikan tenaga.
Ini amat perlu bagi mengelakkan keletihan dan makanan seperti daging tanpa lemak, ikan, keju, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah baik untuk kesihatan anda. Tidak bersarapan pagi adalah tabiat yang tidak harus diteruskan kerana ia hanya akan membawa kemudaratan kepada anda.

2. Minum Lebih Air
Penyahhidratan boleh menyumbang kepada keletihan. Jika perasaan anda letih, kopi boleh membantu tetapi kopi juga boleh menjadi punca yang menyebabkan dehidrasi. Seterusnya anda berasa letih, minum 2-3 gelas air dan anda akan perasan rasa segar datang dengan segera.

3. Bersenam
Kesibukan merupakan penyebab kebanyakan di antara kita lupa akan kepentingan bersenam.Kita harus meluangkan masa untuk melakukan senaman di samping menikmati kesegaran udara yang bersih kerana ini dapat memulihkan tahap kesihatan kita.

4. Merangsang Lebih Adrenalin
Adrenalin adalah apa yang memberi kita yang rasa tergesa-gesa atau perjuangan. Walaupun kita tidak mahu sesuatu yang amat gembira, sedikit rangsangan kepada kelenjar adrenal boleh pergi jauh dalam melawan keletihan.

5. Tidur yang mencukupi
Tidak dinafikan ada di antara kita yang menghadapi masalah untuk tidur. Elakkan dari mengambil pil tidur sebaliknya lakukan beberapa senaman ringan dan minum segelas susu suam sebelum tidur. Ini akan membantu anda tidur lebih cepat dan mendapat rehat yang secukupnya.

6. Berehat
Tekanan kerja juga boleh menyebabkan keletihan. Oleh kerana itu anda dinasihatkan agar berehat seketika tetapi waktu rehat itu tidak terlalu lama.

7. Mengembalikan semangat
Kekurangan zat besi merupakan sebab mengapa kita merasa letih. Oleh itu anda disarankan agar mengambil makanan laut, limpa dan sayur-sayuran.

8. Memendekkan waktu kerja
Melengah-lengahkan kerja akan membuat anda merasa letih. Menyelesaikan kerja dengan segera akan membuat anda merasa gembira dan lapang fikiran.

9. Persekitaran
Anda akan merasa lebih tenang jika berada di tempat yang jauh dari bunyi bising. Di samping anda merehatkan badan, fikiran juga akan menjadi tenang.

10. Berfikiran Positif
Anda melihat masalah sebagai cabaran dan peluang untuk meningkatkan keupayaan diri. Yakin pada diri sendiri dan anda adalah yang terbaik.

Copy paste : Mutiara Cahaya

Moga dapat memberi manfaat ya! apa salahnya diamalkan kalau ianya membawa seribu kebaikan. Jangan ada yang mood Monday Blues hari ini:)
WasSaLam^_^

23 comments:

  1. Yang paling berkesan yang selalu fiza amalkan minum air kosong dlm kadar yg byk dan wajib tidur dengan cukup.

    ReplyDelete
  2. bagus tips nie atie..kalau ummu takder istilah penat sbb tak cukup ms jer..kalau rehat pun depan pc jer..hehe

    ReplyDelete
  3. minum air kena cukup dan kalau boleh lebih..kita amik supplement sama..:)

    ReplyDelete
  4. Atie...bila okje tengok hubby yg pagi pagi kena bangun pergi kerja walaupun sampai kampung malam tadi... oohhhh syukurnya sebab dah berhenti keje hehe...kerja rumah boleh buat tanguh tangguhkan...

    ReplyDelete
  5. mmg seronok bah kalau sentiasa bersemangat buat kerja...apa2 pun, semua jalan ja...huhu..makasih tips..nampaknya banyak kena belajar amal nih...huhu...lebih2 lagi kalau part bersenam tu...kantoi abes~haha

    ReplyDelete
  6. Ada dua yg pasti agak susah buat kakak Atie. Satu bersenam, dua pendikkan waktu kerja. Tengok org bersenam suka tapi kakak ni tak rajin... waktu kerja pulak memang dah set susahkan nak tukar..

    ReplyDelete
  7. kalo saya la lepas balik sek lewat, singgah kedai beli 2 botol 100 plus..pas minum baru aktif balik..hehe

    ReplyDelete
  8. Bersenam n nak jaga pemakanan ni la payah sikit...hahaha...thanks share kak atie..boleh jugak niesa praktikkan nanti sbb mmg sll jgak la penat...hehe

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing... moga boleh diaplikasikan..
    Tapi eina ni, susah nak konsisten klu buat sesuatu..alahaii..

    ReplyDelete
  10. boleh cuba.... tapi sbb usia mkn tua...akak ni cpt je penat kalau bt kj banyak..hihi

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing Atiey.......tapi yang rehat tu selagi namanya ibu dan isteri susah sikit nak dapatkannya kan....:-)

    ReplyDelete
  12. Sesuai tuk nurul ni.... hari ni rasa letih & lemau semacam....

    ReplyDelete
  13. betul tu... yang penting jaga pemakanan, minum banyak air suam,senaman dan yang paling penting mendapatkan rehat yang cukup... thanks sharing...

    ReplyDelete
  14. TIDUR SEKETIKA MASA REHAT TENGAH HARI PON OK GAK..

    ReplyDelete
  15. salam kak Atie, saya pulak selalu minum kopi utk bg tenaga kalau rasa lesu wktu pagi..tapi skrg ne tabiat tu kurang sket lah sbb tak baik jgk minum minuman berkaffein hari2 kan..hehe

    ReplyDelete
  16. Good sharing Atie... akak pun selalu letih bila banyak kerja :)

    ReplyDelete
  17. belum konsisten nak buat senaman, ada buat cuma tak kerap.. kena kuatkan semangat cenggini..

    ReplyDelete
  18. Thanks Atie..for sharing this info..aida pon sellau letih..semua dah buat kecuali ade certain2 yang macam bersenam dengan pendekkan waktu kerja..mana boleh kan..hehee

    ReplyDelete
  19. salah satu sebab econ. mengadap pc. tu yg letih kot.. huhu..

    ReplyDelete
  20. hmm entah la sis, even saya buat semua tu..tapi mesti rasa malas gak lebih2 lagi mula kerja seawal hari isnin.mungkin sebab mindset dah kata monday blues kot

    ReplyDelete
  21. sangat bermanfaat kak.. supplement pun membantu gak kan.. cikna pun mkn supplement utk elak cepat letih..

    ReplyDelete
  22. amik sedikit masa, berehat n tidur selalu sy amalkan..klu letih kepala tintong buat satu kerja pun tak jalan..dpt tido sekejap jadi la

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..