9.12.13

:: Yang Di Rindu - Kisah Arwah Bapa :(

AssaLamualaikum
Tersentuh sangat rasa hati bila baca entry blogger MIA di SINI. Kisah tentang kasih sayang seorang ayah demi untuk melihat kebahagiaan anak-anak. Dalam keluarga aku juga arwah ayah kami panggil "bapa" atau "pak" sahaja. Memang begitulah kami bahasakan diri. Seingat aku, arwah jarang marah dan aku memang tak pernah kena pukul pun. Arwah memang bukan jenis yang suka naik tangan pada anak-anak. Beliau juga agak pendiam orangnya. Arwah bapa aku hanya bekerja sebagai buruh. Tahu sahaja lah dulu-dulu gaji memang murah. Aku ingat lagi masa aku tingkatan 1,2 & 3 kalau tak silap bapa hanya bergaji dalam rm450 sebulan. Kami pula seramai 5 orang adik beradik. Mak pula menolong dengan berjualan kuih-muih pagi dan petang. Tapi itu semua bukan penghalang untuk bapa dan ibu menyekolahkan kami. Arwah bapa memang tegas. Selalu dia berkata " biarlah bapa & ibu sahaja yang susah". Dia tak mahu melihat kami susah juga dikemudian hari bila tiada pelajaran. Dan oleh sebab itu, aku selalu berazam untuk belajar bersungguh-sungguh. Tamat tingkatan 3, keputusan tak berapa cemerlang, tapi ayah suruh juga sambung naik tingkatan 4 dan seterusnya (sebab dulu susah, ramai juga kengkawan yang takat tingkatan 3 dah berhenti sekolah). Tamat tingkatan 5, Alhamdulillah dapat Pangkat 1 boleh kulihat kegembiraan arwah bapa dan ibu. Tak putus panjatkan syukur sebab dapat keputusan yang agak baik. Walaupun hidup susah, tetap juga teruskan persekolahan di tingkatan 6 dan ambil STPM. Arwah bapa tak pernah mengeluh sampai lah aku dapat tawaran masuk universiti nun jauh menyeberang Laut China Selatan. Diiringi dengan airmata oleh Ibu dan adik-adik aku, arwah bapa tetap tenang. Sehinggalah habis belajar dan bekerja, arwah tetap orang yang sama ku kenali. Rasa ralat sangat sebab aku hanya sempat belikan arwah sepasang baju dengan hasil duit gaji aku. Betapa gembiranya beliau, sehinggakan masa itu juga beliau pakai baju tersebut. Sebaknya! Memang tak boleh lupa. Bulan 4 tahun 2006, masa tu aku bekerja di Semenanjung. Dapat panggilan telefon dari pakcik, yang menyatakan arwah bapa kena strok. Masa itu juga aku terus beli tiket dan balik ke Sabah. Ya Allah sedihnya. Masa sampai arwah bapa sudah koma. Hanya bisikan kata-kata ku dengarkan ditelinga nya bahawa aku sudah kembali untuk melihatnya. Dekat sebulan juga arwah strok, kami menjaganya dengan penuh kasih sayang. Sampai lah beliau menghembuskan nafas terakhir dipangkuan Ibu dan kami adik beradik. Masih teringat, malam sebelum arwah meninggal kami beramai-ramai bacakan Surah Yasin. Dan esoknya arwah pergi, dipagi  hari Jumaat yang mulia. Al-Fatihah!
*Hanya DOA & kiriman Al-Fatihah buatnya setiap kali lepas sholat. Moga Arwah bapa ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman* Amin! Beruntung kawan-kawan yang masih mempuyai insan yang dipanggil bapa, ayah, abah & baba. Sayangilah insan mulia ini.
WasSALam

21 comments:

  1. assalamualaikum
    singgah pagi isnin

    ReplyDelete
  2. hmm.. mmg sedih nak kenangkn pengorbanan seorg bapa... tak terbalas jasanya mencari rezeki utk kita...

    ReplyDelete
  3. Sungguh besar pengorbanan seorang ayah..sedih niesa baca..alfatihah utk arwah ayah kak atie.. :')

    ReplyDelete
  4. Besar sungguh pengorbanan seorang bapa kan? Al Fatihah untuk arwah bapa

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah atie..
    besar pengorbanan bapak ngan mak kita..memang akan diingat sampai bila2..
    doakan arwah moga ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..Amin..

    ReplyDelete
  6. betul tu atie. beruntung siapa yg masih ada ayah lagi. saya dah hilang abah saya masa tgkatan 3 lagi. tahun 1996. tapi ingatan tetap utuh. moga semua yg tlh meninggalkan kita akan terus dicucuri rahmat Allah..

    ReplyDelete
  7. alfatihah tuk arwah ayah atie..
    sedih baca kisah pengorbanan ayah nie..moga dapat bersatu kembali diakhirat nanti inshaallah

    ReplyDelete
  8. salam atie..
    tersentuh baca entri atie " yang di rindu "
    dan tersentak juga naluri hati merasa rindu pada kedua orang tua yg telah lama kembali ke penciptanya..
    walau akak tak pernah melihat arwah bapak sedari kecil..namun akak merasa beruntung masih berpeluang melihat arwah mak,walau hanya 7 tahun sahaja :(
    ALFATIHAH..buat bapa atie , mak dan bapak akak jugak..

    ReplyDelete
  9. Al-fatihah unuk arwah ayah kak atie.. sedih baca.. semoga arwah ayah kak atie dan jugak arwah insan2 kesayangan kita ditempatkan dikalangan org yg beriman.. amin

    ReplyDelete
  10. bila baca entry ni...sayu sangat teringat arwah ayah saya juga...

    ReplyDelete
  11. Al-Fatihah untuk bapa..
    Setiap ibu bapa mahukan terbaik untuk anak-anaknya..
    Sentiasa berdoa dan bersedekah untuk arwah.

    ReplyDelete
  12. Al-fatihah
    betul tu kak.
    Mudah mudahan kami yg masih mpunyai ayah dan ibu mnghargai mreka

    ReplyDelete
  13. Al-Fatihah ...
    In syaa Allah In akan berusaha to make my parents proud of me :")
    Selagi mampu,In akan berusaha jaga ibu bapa kelak bersama abang-abang :))

    ReplyDelete
  14. salam Kak Atie, meremang bulu roma baca kisah arwah beliau akk..beliau sy juga dulu sorg buruh..kadang2 org tua kita tak suka tunjukkan emosi sayang mereka pd anak2 tapi mereka tunjukkan kasih syg tu dgn cara yg lain. sy masih punya orang tua dan kedua2 masih hidup. kisah akk boleh sy jadikan iktibar sbb kdg2 kta sbg anak slalu terlepas cakap, takut2 nanti mereka sudah pergi baru kta menyesal kan kak :')

    ReplyDelete
  15. Al-Fatihah… memang sedih bila teringatkan orang yang telah pergi..
    Hanya doa yang mampu kita panjatkan utk arwah ayah, kan?
    Besar pengorbanan seorang ayah….

    ReplyDelete
  16. sedih membacanya..akak juga dah kehilangan ayah 6tahun yg lalu

    ReplyDelete
  17. Al-Fatihah buat arwah ayah atie...semoga beliau berada dikalangan orang2 yang beriman...aminn...

    p/s: sayang mak ngan ayah ila sangat2 jugak =)

    ReplyDelete
  18. Semoga Atie tabah dan kuat..Al-Fatihah buat arwah bapak Atie dan semoga rohnya tenang di alam sana..

    ReplyDelete
  19. al-Fatihah... moga arwah bapa atie ditempatkan bersama para solihin... Amin...

    ReplyDelete
  20. Al-Fatihah untuk arwah.....semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.....amin

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..