Tuesday, 3 December 2013

::Sepanjang Perjalanan Di Rantau...

AssaLamualaikum
Tiba-tiba nak cerita tentang pengalaman dan perjalananku sepanjang 7 tahun berada dibumi Semenanjung suatu ketika dulu. Pengalaman dari zaman belajar hinggalah aku balik semula bekerja di bumi Sabah ini. Lebih kepada nak cerita negeri-negeri dan tempat yang pernah aku lawati sewaktu berada di sana (bukan maksud nak menunjuk-nunjuk tau! haha). Sekadar berkongsi keseronokan meneroka negeri dan tempat yang aku lawati :

1. Kedah (sebab belajar disana, so majoriti tempat dah pernah pergi termasuklah Langkawi)
2. Perlis  (mungkin sebab dekat dengan Kedah, so cuti-cuti mesti jejak Padang Besar, Gua Kelam. Felda Chuping pun dah sampai. Indahnya pemandangan melihat Ladang Tebu:)
3. Penang (cuti semester mesti ke Penang kerja kilang bersama rakan-rakan cari duit poket. Hehe. Sampai tahap dah boleh jalan sendiri di Penang ni, dah hafal Tapi itu dulu. Sekarang mesti dah lain. Haha!
4. Perak (Pernah tinggal di Parit Buntar dekat setahun juga. Kerja di Sungai Bakap. Ipoh, Lumut, Tanjung Malim, Slim River, Felda Besaut, Pulau Pangkor semua dah jejak:)
5. Kelantan (ikut member balik cuti sem, duduk kat Melor Kota Bharu. Pasar Siti Khadijah, bestnya lihat para wanita berniaga. Belajar makan budu, sedapnya! 
6. Terengganu (ikut roomate balik, duk Chendering. Ke pasar Payang shopping kain dan makan nasi dagang yang paling sedap! oh ! rindunya.
7. Selangor (Ikut kawan- Pergi Kuala Selangor. Cantiknya kampung nelayan kat sana. Shah Alam semua tu memang dah round. Masuk UITM pun pernah. Eh! Genting Highland Pahang kan, dah sampai juga 2 kali naik sana. Tapi tak main game. Haha!
8. Negeri Sembilan (Pernah pergi Port Dickson dan round-round Seremban. Hehe..
9. Kuala Lumpur (tempat lepak lepas graduate, ingat nak keja sana tapi tak dapat. Dah boleh jalan sorang-sorang juga dulu, kalau sekarang memang dah tak berani. Haha!

Majoritinya ikut kawan-kawan semasa cuti semester. Indahnya kenangan! Sepanjang berkelana banyak ukhuwah yang terjalin dan hubungan itu masih berterusan hingga sekarang. Alhamdulillah! aku memang dikurniakan kawan-kawan yang amat baik semasa disana sehinggalah sekarang. Semuanya tersimpan sebagai kenangan terindah dalam hidup aku.
WasSaLam^_^

27 comments:

  1. bestnya atie..banyak tempat dah jejak ni..kalo ingat balik mement tu memang rindu kan..zee ni rasa nak ke alam sekolah balik..ahahahaa

    ReplyDelete
  2. Tak sampai JB pulak ye Atie. Kalau tak agaknya jumpa kakak hihi...

    ReplyDelete
  3. Byk jugak tmpt Atie dah penah tggl kan..JB jerk blm erk..hihihi nnt sesekali turun JB lak k mkanan dkt sana sdp2 tau..hihihi

    ReplyDelete
  4. Atie, Gua Kelam tu dekat sangat dah dengan rumah Linda di kampung...

    ReplyDelete
  5. wahhh..jauh perjalanan luas pengalaman..eh..betul ka ayat tu?hehe..bestnya kak atie masa muda mudi dh byk tmpt boleh pg..mesti seronok..

    ReplyDelete
  6. akhirnya, blk ke negeri sendiri ye atie..hehehe..

    ReplyDelete
  7. banyak juga tempat dah singgah ni...
    alhamdulillah...

    ReplyDelete
  8. pahang & johor atie belum sampai lagi kan..:)

    ReplyDelete
  9. rindu zaman belajar... komitmen hnya pada pelajaran & ibu bapa jer...

    ReplyDelete
  10. wah banyak juga tmpt dah pergi ya... saya yang dok semenanjung ni pun, belum sampai Perlis dan Kelantan... huhuhu tragis...!

    ReplyDelete
  11. eh, kuala kangsar kg saya tak pergi pun atie? dah dekat dgn ipoh tu..huhu..bestnya ramai kawan2 rajin ajak pergi kampung dorang

    ReplyDelete
  12. bestnyaaaaaaaa jalan2 banyak tempat. cheq orang kedah ni pun banyak lagi tempat kat kedah yg belum berkesempatan nak p. hehheehehee

    ReplyDelete
  13. salam atie..
    wahh bestnya..jauh perjalanan luas pengetahuan!!!
    meh atie pi Johor pulak..pi umah akak :)

    ReplyDelete
  14. serono kan round2 mesia gittew.. masa bujang lah dok p mana2. dah kawen xdan nak p mana. hahaha.. t dtg lah semenanjung lg. dtg perak tau. leh jumpa. hihi

    ReplyDelete
  15. Kenangan belajar dan sambil tu berjalan-jalan memang tidak boleh dilupakan... seronok... akak belum gi Sarawak jer lagi, sabah dah pergi 2 kali sebab kakak ipar kahwin orang sabah....

    Mana jumpa suami Atie orang Melaka tu pulak ye :)

    ReplyDelete
  16. ada lagi ke ladang tebu kat Chuping tu? Saya nak lawat la...baru sekali seumur hidup pergi Perlis...;P

    ReplyDelete
  17. So dah hampir satu malaysia la u pusing, best kan dapat bukan tengok jer, tapi merasa duk kat tempat orang, banyak kenagnan dan pengalaman tercipta.

    ReplyDelete
  18. Wah.. Seronoknya... Hmpir 1 malaysia dh de kawan... Jauh pejalanan luas pngalamn..

    ReplyDelete
  19. bestkan waktu belajar.byk kenangan.bila nak dth semenanjung lagi kak.hihi

    ReplyDelete
  20. best nya banyak pengalaman..kalau cik ne kat sabah ja...penah p kl pon brapa hari jak..huhuhu..tak puas rasa nya..

    ReplyDelete
  21. salam atie ..
    jauh berjalan ...
    luas pandangan ..

    ReplyDelete
  22. Untung Atie...bila belajar di tempt yg jauh dpd kampung halaman.... sambil menyelam boleh le minum airkan...kalau OKje ni dah duk sini belajar pun kat sini...... so dalam mimpi je le dapat tengok negeri orang hehe

    ReplyDelete
  23. banyak jugak tempat yg kamu dah menapak yer

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..