5.12.13

:: Jemputan sebagai Tenaga Pengajar - KKLD...

AssaLamualaikum
30 hb November 2013 bersamaan Sabtu.
Pada hari itu juga aku dijemput sebagai tenaga pengajar untuk "Kursus Pendek Asas Pembinaan Blog". di Kolej Komuniti Lahad Datu. Haha! korang percaya tak?? dalam ketidakyakinan, akhirnya semua peserta hari itu dapat juga menyiapkan blog masing-masing dengan menggunakan platform blogspot. Gembira rasanya bila dapat berkongsi ilmu. Mula-mula ditawarkan aku memang menolak sebab tak yakin dapat mengajar dengan baik, tapi sebab nak menolong kawan yang diarahkan untuk mencari tenaga pengajar aku pun terima. Kesian plak! So, Aku ajak kawan sepejabat sekali untuk menolong. 
Tak lah aku terkapai-kapai sendiri masa mengajar. Haha!
Masa pembelajaran adalah selama 8 jam. Pening juga nak ajar peserta yang majoritinya belum tau apa-apa tentang dunia blog. So, kami mula dengan buat akaun Gmail untuk setiap peserta dan lepas itu terus kepada pembinaan blog secara asas. Seterusnya serba sedikit tentang Nuffnang. Jumlah peserta adalah dalam 18 orang. Dan peserta paling tua adalah seorang warga emas yang berumur dalam lingkungan 60 tahun ke atas. Pergh! cabaran betul mengajar 'makcik' tersebut. Tapi kami tetap kagum dengan semangatnya! Hehe. Seronok sebenarnya bila dapat berkongsi ilmu ni kan? walaupun setakat ajar tentang asas dunia blog, tapi amat berpuas hati bila semua peserta dapat membina blog masing-masing. Di akhir sesi, kami diberikan sijil sebagai tanda penghargaan. Terima kasih pada Kolej Komuniti Lahad Datu kerana memberi kepercayaan.
WasSaLam^_^

24 comments:

  1. Wah.....dah jd sifu blog ni atiey....bagus2 tahniah! :D

    ReplyDelete
  2. Salute makcik yg 60 tahun itu Atie.
    Tahniah juga buat Atie yg berjaya mencapai misi tersebut.

    ReplyDelete
  3. Kolej komuniti LD kat Sri Perdana ke tu kak??hehe.. tak sangka sekarang buat blog pun ada khursus siap promosi nuff lagi :D

    ReplyDelete
  4. Bagusnya Atie..yalah ilmu yg kita ada nie kenalah berkongsi kan... Tahniah Atie :)

    ReplyDelete
  5. selamat pagi cikgu hihihihi

    sonok kan kak dapat berkongsi ilmu, dan yang penting paling sonok sebab benda tue yang kita paham dan buat hari2 hihihihi

    ReplyDelete
  6. tahniah... dapat ajar..mg mereka berblog secara sihat

    ReplyDelete
  7. wahh seronoknya .. 1 pengalaman berharga ni. kalau sy disuruh mengajar mmg x pandai

    ReplyDelete
  8. Wahhhh kira hebat jugak tu sampai jadi pensyarah jemputan...lepas nampak gayanya tambah femes le cik Atie kita...hehe

    ReplyDelete
  9. wahhh..jadi sifu blog ekkk..bleh laa ajaq akak cane nak tepek iklan kat sidebar tuhhh...hahahaha..

    ReplyDelete
  10. wahhhh menarik nyer... kot saya, mau gugup x abes ;)

    ReplyDelete
  11. wah...dah jadi cikgu plak ye...

    ReplyDelete
  12. bangganya dapat belajar buat blog...

    ReplyDelete
  13. salam tengah hari cikgu atie..
    first nak ucap tahnia..coz berkongsi ilmu pada yg ziro dalam dunia blogger ni..macam saya hehe..
    kalau akak dah kompem nervous,hoho ;)

    ReplyDelete
  14. wah..tahniah..dapat mengajar..bagus2 dapat turunkan ilmu..kaksura dulu terkemut kemut nak buat blog ..takde sapa nak jadi sifu..:)

    ReplyDelete
  15. wahhh..hebat la atie..pasni boleh la melebarkan sayap mengajar tu..

    ReplyDelete
  16. tahniah atie..nie kes yg gabra tuh yer..syabas yer berjaya jgk..:)

    ReplyDelete
  17. Anonymous1:36 pm

    Wah tahniah ..berbangga tu !

    ReplyDelete
  18. Bagus tu atie kongsi ilmu yg adakan :)

    ReplyDelete
  19. bestnyer.....bgus la tu sis..
    nt sis jd blogger hebat la..hehehe

    ReplyDelete
  20. best nya...next tyme buat kat sandakan pulak...hihihihi

    ReplyDelete
  21. wah...tahniah Atie... dah jadi cikgu plak ni...

    ReplyDelete
  22. tahniah atie...ini baru 1st step kan?

    ReplyDelete
  23. Wah..jadi Cikgu Blog dah Atie..Tahniah!semoga mereka dapat input yang berguna dari Atie n Frens ya dan boleh manfaatkannya...

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..