AssaLamualaikum
Dah lama sebenarnya nak buat entry ni. Sebab makin ramai yang bertanya maksud perkataan "Tumpis". Gelaran yang ku beri pada putera tercinta dalam blog ini. Baru-baru ni sis WATIE ada bertanya apa maksud tumpis. Hehe! so, aku buatlah entry penjelasan ni. Menurut sini tumpis bermaksud "cerdik dan petah bercakap". Kan semenjak pandai bercakap, ada-ada sahaja yang budak sorang ni bualkan. Memang asyik bercakap dan bertanya. Sampai satu tahap Ibu & baba terdiam dengan pertanyaan-pertanyaan dari Pa'e. Satu pertanyaan Pa'e yang lucu dan takkan ku lupa ialah " kenapa anjing tak pakai selipar"?? Haha! adoi! pening ibu nak explain masa tu. Kihkih! Sebab tu yang dok panggil 'Budak Tumpis'. Hehe! Harap kengkawan dapat penjelasan tentang maksud perkataan Tumpis ni ya.
Inilah Budak Tumpis.
Alhamdulillah sekarang dah 3 tahun 9 bulan.
Sihat, ceria & aktif:)
WasSaLam^_^
Pa'e ni tengok muka pun tahu dia punya cerdik Atie.
ReplyDeleteKalau ada adik lagi meriah ni Atie... ada teman bermain:)
Ohhh itu maksud tumpis ye Atie... dalam bahasa orang Lahad Datu ke tu :)
ReplyDeleteHahaha bila cerita pasal anjing teringat pulak Nabil bertanya pada akak "Kenapa anjing tu asyik jelir lidah pada Nabil jer mama ?
baru tau maksud tumpis!hihi...sekarang budak tumpis suka berpantun kan kak atie?hehe
ReplyDeletehehehe..samalah ngan tumpis fiji..kalau tumpis nie kepala kita takleh occupy nak pikir benda2 lain sbb dia asyik jer ade soalan dok tanya..:)
ReplyDeletep/s-thanks atie friends forever yea..:)
oo..baru thu..:)
ReplyDeletetertanya-tanya jgk sblm ni apa mksdnya.. ahhaa.. sma ngn aisyah, byk cakap.. -_- mgkn sy boleh bg gelaran tumpis jgak utk aisyah.,.hahaha
ReplyDeletebaru hari ni akak tau makna tumpis heheh
ReplyDeleteHaha...lawaklah Pa'e ni....ada bakat jadi pelawak macam Auntie tu Pa'e....hehe
ReplyDeleteAnak mmg anugerah yang tak terindahkan Atie....moga kita dpt mendidik mereka sebaik mungkin
baru tahu
ReplyDeletealololo……comelnye budak tumpis tu. baru kros tau maksud tumpis tu.
ReplyDeleterupanya ramai yg tak tau maksud tu..samala ngan akak..hari ni baru tau..hahahaha..:)
ReplyDeleteerr kak tumpis tu bahasa apa?sy pun br 1st time dgr ni :)
ReplyDeletebaguslah.....kalau bagi gelaran yg baik2 Atie.....
ReplyDeleteHaha..soalan cepumas tu atie..nak dok test iQ mama dia lah tu :) jawab jng tak menjawab :D
ReplyDeleteTumpis..satu perkataan yang baru akak dengar tau !!..so sweet :)
bole saya gunakan perkataan ini untuk anak-anak pula...tumpis
ReplyDeleteehehee bijak tu makk saperlar X sayang anak mak ., tapi ada kann.., kannns makkk ;-p
ReplyDeletealhamdulillah.. xleh nk komen pjg2 kebusyan sgt ni ! mengejar waktu lunch tuk terjah laman kawan2 !
ReplyDeleteyg penting maknanya baik kan...moga budak tumpis tu terus bijak,aktif & ceria
ReplyDeletemoga lepas ni makin petah bercakap pa'e...
ReplyDeletebetter banyak cakap atie dari dok diam..kang kita plak yang naik risau..
hahaha habislah kalau dia tanya lembu pulak lepasni, kenapa tak pakai selipar jugak ;p
ReplyDeleteTumpis bah Pa'e ni, hihihi dia memang curious, ok la kan sifat ingin belajar dia tu tinggi jugak.
ReplyDeletechumil la abg pae neh
ReplyDeleteooo baru tahu apa maksud tumpis hehe
ReplyDeletesusah tu nak jawab kenapa anjing tak pakai selipar...huhuhu..memang tumpis!
ReplyDeletebaru tahu makna tumpis.bagus bah panggil dengan perkataan baik2..Insyaallah makin cerdik pae
ReplyDeleteooo itu maksudnya... hehehe okla tu as long as maksudnya baik2 saja... hehehe rupanya tumpis ni sebaya alisya saya la...
ReplyDeleteoooo...bhasa apa jugak ne Tumpis?xpenah cik dengar...
ReplyDeleteohhh baru tau makna dia. moga jadi anak yang makin bijak lepas ni pa'e aminnn
ReplyDelete